Bila Kekasih Merajuk – Versi



Bila kekasih mula merajuk
Bagaimanakah dapat ku pujuk
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Kau tak percaya yang aku setia
Bukan niatku bermesra dengannya
Kerna ianya teman biasa

Bila kekasih mula berpaling
Tak perlu lagi bertentang mata
Ucapan sekian lama untuknya
Dapat menunduk setiap bicara
Kerna cintaku hanya untukmu
Hanya untukmu

Belum puasku mengecapi redup asmara
Kini cintaku dihiris dengan perasaan
Pada zahirnya engkau curiga
Walau dijiwa terlalu setia
Apa erti cinta tanpa sefahaman

Jangan dipertaruhkan cinta dan perasaan
Sehingga hatimu terluka
Padaku kaulah insan
Senyumanmu penawar jiwa

Kekasihku… Lupakanlah…
Usah biarkan aku sengsara

Bila kekasih aku merajuk
Adakah mungkin engkau meluncur
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Rindu dan dendam bukan permainan
Kerna cintaku hanya padamu
Hanya padamu…

Pok Ya Cong Codei menjadi bualan


Pok Ya dan Cong Codei menjadi bualan - PELAKON Sabri Yunus, 57, tidak kisah dipanggil Pok Ya dan Cong Codei selepas telefilem lakonannya, Pok Ya Cong Codei tular di media sosial dan internet sejak Ahad lalu.
Sabri yang juga pengarah telefilem itu berkata, bukan sahaja peminat malah keluarga juga memanggilnya dengan nama sama.
“Sejujurnya, saya tidak menjangka cerita ini mendapat sambutan sekali gus tular. Ini satu pengalaman baru apabila karya arahan saya hangat diperkatakan penonton.

“Selepas disiarkan 20 Januari lalu, ramai yang berkongsi di laman sosial masing-masing. Mungkin disebabkan itu juga ia menjadi tular. Ditambah pula perkataan 'Concorde' dieja Cong Codei.
"Kalau di rumah, anak bungsu saya rajin mengusik. Dia kata, sekarang saya lebih popular daripada Fattah Amin. Saya hanya tergelak saja. Saya nak berterima kasih kepada semua penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Sabri, dia juga berbesar hati jika Astro dan penerbit ingin menyambung cerita itu.
Malah Sabri yang juga popular menerusi drama Kampung Semarah Padi terfikir untuk mengangkat watak Pok Ya itu ke layar lebar.
“Kalau orang suka dengan cerita ini, saya sangat hargai. Cuma, kalau nak sambung saya perlu ambil masa dan duduk berbincang. Kalau boleh biar cerita kali ini lebih menarik.
“Saya percaya selain watak Pok Ya yang menarik perhatian, jalan cerita dan mesej disampaikan dalam cerita ini antara faktor ia ditonton.
“Watak ini tidak digambarkan sebagai ketua gangster yang melakukan kejahatan semata-mata, sebaliknya dia memiliki hati yang baik. Ini antara tarikan cerita ini,” katanya.
Kata Sabri, karektor seperti Pok Ya memang wujud di negeri kelahirannya, Kelantan dan tempat lain.
Selain itu, perkataan Cong Codei juga pernah menjadi bualan di kalangan masyarakat Kelantan sekitar 70-an. - MyMetro


SINOPSIS POK YA CONG CODEI : Pok Ya merupakan seorang samseng gedebe di Kelantan. Dia mendapat tugasan untuk mencari anak seorang peniaga yang diculik di Kuala Lumpur.

Pelakon : Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mustapha Kamal, Saidi Sabri, Hadi Nawawi, Laila Nasir

Tajuk : Pok Ya Cong Codei
Tarikh : 20 Januari 2018
Masa: Sabtu, 9.00 Malam
Siaran :  Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)




Wangikanlah Hatimu - Noraniza Idris & Tyka


Wangikanlah Hatimu - Noraniza Idris & Tyka

NORANIZA IDRISMENGAPA MEREKA YANG MENGAKU SUCI
SERING LUPA MENCERMIN DIRI SENDIRI
TYKA
MENYAKITI UNGKIT-UNGKIT KESALAHAN
MOLEK ANDAI BERSAMA BINA IMPIAN
NORANIZA IDRISWANGIKANLAH HATI
TYKAWANGIKANLAH HATI
NORANIZA IDRISANDAINYA DIBERIKAN BUDI
SEHARUMNYA KASTURI
WANGIKANLAH HATI
NORANIZA IDRISCIPTA KETENANGAN HATI
BUKAN MENAMBAHKAN BENCI
WANGIKANLAH HATI
MENGAPA MEREKA YANG MENGAKU SUCI
SERING LUPA MENCERMIN DIRI SENDIRI
MENGUNGKIT KESALAHAN
MOLEK ANDAI BERSAMA BINA IMPIAN
WANGIKANLAH HATI
 
TYKA
SEGALA YANG KITA MILIKI
PINJAMAN DUNIAWI
INSAFI DIRI
WANGIKANLAH HATI
SETIAP DETIK HIDUP INI
BIAR MENGINDAHKAN HARI
HARUM HARUM SYURGAWI
WANGIKANLAH HATI
TYKA
MENGAPA MEREKA YANG MENGAKU SUCI
SERING LUPA MENCERMIN DIRI SENDIRI
MENYAKITI UNGKIT-UNGKIT KESALAHAN
MOLEK ANDAI BERSAMA BINA IMPIAN
NORANIZA IDRISMENGAPA MEREKA YANG MENGAKU SUCI
SERING LUPA MENCERMIN DIRI SENDIRI
MENGUNGKIT KESALAHAN
MOLEK ANDAI BERSAMA BINA IMPIAN
WANGIKANLAH HATI
WANGIKANLAH HATI
AAAHHH…. AAAHHHH….
WANGIKANLAH HATI
WANGI WANGI WANGIKANLAH HATI
LAGU : WANGIKANLAH HATIMU
ARTIS : NORANIZA IDRIS & TYKA
KOMPOSER : AMIR JAHARI & AG COCO
PENULIS LIRIK : AHMAD FEDTRI YAHYA

www.akarkitazapin.com.my

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu


Drama Lafazkan Kalimah CintamuTengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? - MIT

Lafazkan Kalimah Cintamu
JUDUL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
JUMLAH EPISOD : 32 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah Semail
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid , PGRs Team, Ainaa Hanez
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah, Erissa Puteri

WATAK PELAKON 
Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha
Adriana Adnan sebagai Farhana
Farez Ridzwan sebagai Azrul
Imam Shah sebagai Shafiq
Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena
Erissa Puteri sebagai Tengku Natasha
Nur Qistina Raisah sebagai Tengku Aqilah
Anne Abdullah sebagai Mak Kiah
Adibah Noor sebagai Kak Kembong
Nazia Mustafar sebagai Tuti
Azhar Sulaiman sebagai Tengku Hashim

Perdu Cinta

Perdu Cinta

Wadah Terkini