Pages

Januari 27, 2018

Pok Ya Cong Codei menjadi bualan


Pok Ya dan Cong Codei menjadi bualan - PELAKON Sabri Yunus, 57, tidak kisah dipanggil Pok Ya dan Cong Codei selepas telefilem lakonannya, Pok Ya Cong Codei tular di media sosial dan internet sejak Ahad lalu.
Sabri yang juga pengarah telefilem itu berkata, bukan sahaja peminat malah keluarga juga memanggilnya dengan nama sama.
“Sejujurnya, saya tidak menjangka cerita ini mendapat sambutan sekali gus tular. Ini satu pengalaman baru apabila karya arahan saya hangat diperkatakan penonton.

“Selepas disiarkan 20 Januari lalu, ramai yang berkongsi di laman sosial masing-masing. Mungkin disebabkan itu juga ia menjadi tular. Ditambah pula perkataan 'Concorde' dieja Cong Codei.
"Kalau di rumah, anak bungsu saya rajin mengusik. Dia kata, sekarang saya lebih popular daripada Fattah Amin. Saya hanya tergelak saja. Saya nak berterima kasih kepada semua penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Sabri, dia juga berbesar hati jika Astro dan penerbit ingin menyambung cerita itu.
Malah Sabri yang juga popular menerusi drama Kampung Semarah Padi terfikir untuk mengangkat watak Pok Ya itu ke layar lebar.
“Kalau orang suka dengan cerita ini, saya sangat hargai. Cuma, kalau nak sambung saya perlu ambil masa dan duduk berbincang. Kalau boleh biar cerita kali ini lebih menarik.
“Saya percaya selain watak Pok Ya yang menarik perhatian, jalan cerita dan mesej disampaikan dalam cerita ini antara faktor ia ditonton.
“Watak ini tidak digambarkan sebagai ketua gangster yang melakukan kejahatan semata-mata, sebaliknya dia memiliki hati yang baik. Ini antara tarikan cerita ini,” katanya.
Kata Sabri, karektor seperti Pok Ya memang wujud di negeri kelahirannya, Kelantan dan tempat lain.
Selain itu, perkataan Cong Codei juga pernah menjadi bualan di kalangan masyarakat Kelantan sekitar 70-an. - MyMetro


SINOPSIS POK YA CONG CODEI : Pok Ya merupakan seorang samseng gedebe di Kelantan. Dia mendapat tugasan untuk mencari anak seorang peniaga yang diculik di Kuala Lumpur.

Pelakon : Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mustapha Kamal, Saidi Sabri, Hadi Nawawi, Laila Nasir

Tajuk : Pok Ya Cong Codei
Tarikh : 20 Januari 2018
Masa: Sabtu, 9.00 Malam
Siaran :  Citra Exclusive (Astro Citra 131 & Mustika HD 134)




0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!