Tutorial: Cara Pasang Kotak Komentar Facebook di Blog Blogspot

Cara Pasang Kotak Komentar Facebook di Blog Blogspot

Siap pasang komentar facebook di blog Anda? Mari kita mulai!

1. Pasang Meta Facebook. Simpan di bawah kode <head>

<meta content='12345678' property='fb:admins'/>
<meta content='12345678910' property='fb:app_id'/>

Ganti angka-angkanya dengan FB Admin ID dan FB App ID Anda. Baca: Cara Mendapatkan FB Admin ID dan FB App ID.

2. Copas kode berikut ini di bawah kode <body>

<div id='fb-root'/>
<script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/>

3. Copas kode berikut ini di bawah kode <div class='comments' id='comments'>

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div style='margin-top:20px'>
<div class='fb-comments' data-num-posts='5' data-width='600' expr:data-href='data:blog.url'/>
</div>
</b:if>

3. Save! 

Kredit : contohblog

# Cara Mendapatkan FB Admin ID (fb:admin)

FB Admin ID yaitu identitas admin Facebook atau pemilik akun. Gunanya untuk memoderasi komentar Facebook dan otorisasi share Facebook.

Untuk mendapatkan FB Admin ID:
1. Buka laman www.findmyfbid.com
2. Masukkan URL atau link akun Facebook Anda
3. FB Admin ID akan muncul.
FB Admin ID

FB Admin ID

4. Copas kode tersebut (berupa angka) dan masukkan ke dalam kode seperti ini:

<meta content='FACEBOOK-ADMIN-ID' property='fb:admins'/>

menjadi <meta content='100007685192099' property='fb:admins'/>

# Cara Mendapatkan FB App ID (fb:app_id)

1. Buka halaman Developer Facebook.
2. Klik "Register" di sudut kanan atas.
3. Masukkan kembali password FB Anda
4. Klik "Create a New App ID"
5. Pilih "Website"
6. Pilih Kategori, misalnya "News" (Berita)
7. Klik "Create App ID"
FB App ID

8. Akan muncul FB App ID Anda (Angka) dan masukkan ke kode sebagai berikut:

<meta content='FACEBOOK-APP-ID' property='fb:app_id'/>

menjadi <meta content='FACEBOOK-APP-ID' property='fb:app_id'/>

Kredit : contohblog

Penselduabee


Penselduabee

Tutorial: Rahsia memaksimumkan pendapatan melalui adsense



Bagaimana memaksimumkan pendapatan anda melalui Google Adsense?

Saya akan menerangkan beberapa tip penting yang dapat meningkatkan pendapatan anda melalui laman web.Ikut tip-tip yang diberikan supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya fungsi Google Adsense pada halaman web peribadi anda bagi menjana duit dengan cara yang lebih berkesan.

Ada di antara tip ini kelihatan biasa sahaja,namun sebenarnya dapat memberikan perubahan yang besar kepada pendapatan anda.

1)Pemilihan format iklan yang betul

Adsense for content menawarkan banyak format iklan yang dapat digunakan.

Anda perlu memilih format iklan yang sesuai.Menurut Google format iklan yang terbaik dan menghasilkan banyak klik adalah format banner 728x90 format persegi 336x280.

Anda dapat memasukkan sehingga tiga jenis iklan pada satu halaman blog anda.Saya menyarankan supaya anda menggunakan iklan bersaiz 336x280 di tengah blog anda dan bersaiz 728x90 pada header blog anda .

2)Iklan seperti kandungan

Kebanyakan orang yang melayari internet ingin mencari maklumat.

Iklan yang anda masukkan perlu diubah warnanya supaya menyamai kandungan blog anda.Jadikan iklan itu sebahagian daripada kandungan blog anda.

Gunakan kemudahan yang disediakan oleh Google iaitu bagi mengubah warna, latar,teks,link dan border.

Pastikan sama dengan yang tersedia di laman web anda.Ini membantu meningkatkan CTR laman web anda.

3)Guna Iklan teks

Menurut kajian pelayar internet lebih cenderung mengklik pada teks,bukan pada imej.Ada di antara pelayar beranggapan iklan teks adalah sebahagian daripada kandungan laman web.Penggunaan iklan teks juga meningkatkan kecenderungan pelawat blog anda untuk mengklik pada iklan Adsense.Jangan gunakan iklan berbentuk imej kecuali benar-benar perlu.Faktor ini bergantung kepada desain laman web anda.

4)Tonjolkan Iklan Anda

Bina atau pilih tema yang menonjolkan yang menonjolkan iklan Adsense anda.

Jangan menyembunyikan iklan Adsense anda dan elakkan daripada meletakkan iklan di tempat di tempat yang tidak dilihat oleh pelawat.

Tiada pelawat yang mahu mengklik iklan anda yang tersembunyi.

Anda perlu memastikan iklan anda kelihatan seakan-akan sebahagian dari kandungan laman web anda.

Kebarangklian bagi orang mengklik iklan anda adalah tinggi apabila iklan itu sebati dengan desain laman web anda.


5)Hindari Penggunaan Border

Pastikan border iklan anda sama dengan warna latar laman web.Ubah warna sehingga kelihatan seperti sebahagian daripada link laman web anda.CTR laman juga dapat digandakan dengan membuang border iklan.Apabila ada border kelihatan seperti iklan.Pelawat blog anda akan mengelak daripada mengklik apabila mereka tahu ia adalah iklan.Jadikannya seolah-olah sebahagian daripada link dalam laman web anda.

6)Semak Kombinasi Warna Iklan

Kombinasi warna iklan teks juga adalah salah satu desain.Pastikan warna iklan teks sama warna teks laman web anda.Warna teks mempengaruhi orang mengklik.Selitkannya dekat dengan link laman web anda.Menurut kajian pelayar lebih cenderung mengklik pada teks berwarna biru kerana biru sinonim sebagai link navigasi.

7)Jumlah Iklan Yang Wajar

Penggunaann iklan yang banyak merimaskan pelawat blog anda.Ini boleh mengurangkan pendapatan Adsense anda kerana iklan yang bernilai rendah tidak akan disiarkan akibat terlalu banyak ruang iklan yang perlu disi.Pilih kedudukan yang anda rasakan dapat menghasilkan klik yang banyak.

Walaupunn kata kunci yang digunakan benilai tinggi,tidak semua iklan yang disiarkan di laman web anda bernilai tinggi.Anda boleh menggabungkan penggunaan iklan teks dan iklan link pada blog anda.

8)Manfaatkan Google Search Box

Kotak carian Google masih kurang digunakan.Kebanyakan penulis blog tidak menggunakannya walaupun kemudahan ini dapat membantu menambah pendapatan mereka.Pelawat yang mencari maklumat pasti menggunakannya apabila mereka tidak menemui maklumat yang dikehendaki.Dengan sedikit dorongan mereka akan menggunakannya dengan senang hati.Namun anda hanya mendapat duit apabila pelawat itu mengklik pada ruang sponsor link pada hasil carian.Sekiranya mereka tidak mengklik pada iklan yang ada pada ruangan itu,anda tidak mendapat apa-apa.

9)Kandungan Blog Yang Berkualiti Dan Bermanfaat

Content is King .Itulah yang diperkatakan oleh pakar pemasaran di internet.Mereka sering menekankan kandungan yang asli dan unik kerana search engine menyukainya.Trafik yang diperolehi daripada search engine bertahan pada jangka masa yang panjang.

Pastikan anda tidak melakukan keyword spamming iaitu salah satu teknik menipu search engine.Laman web anda mungkin dikeluarkan terus dari keputusan carian apabila dikesan oleh search engine.Malah pelawat pasti berasa kecewa apabila maklumat yang dikehendaki tidak dijumpai walaupun laman web itu disenaraikan di search engine.

Apabila laman web anda mengandungi maklumat yang diinginkan oleh pelawat,mereka pasti akan terus melawatinya bagi mencari maklumat lain.Inilah sebabnya pakar pemasaran merasakan kandungan adalah raja kepada pelawat.

Sentiasa manfaatkan aplikasi penjana idea yang telah dikongsi sebelum ini.Aplikasi ini banyak membantu dan memberikan impak yang hebat pada pendapatan Google Adsense anda.

10)Gunakan Chanel Sebagai Penjejak

Anda perlu menggunakan channel bagi mengesan klik .Channel membantu mempertingkatkan prestasi laman web anda..Setiap akaun Google Adsense dibenarkan mencipta 200 channel sebagi penjejak prestasi iklan.

Anda juga boleh menggunakan alatan alain bagi mengesan klik pada Adsense anda seperti server log yang menunjukkan kata kunci yang membawa pelawat ke blog atau laman web anda.Server log ini hanya ada pada hosting berbayar,tidak pada blogger.Namun anda boleh menggunakan Google Analytics bagi membantu proses tracking dan mencari keyword yang paling berkesan bagi blog anda.

11)Kajian Permintaan Dan Nilai Kata Kunci

Google Keyword Tool

Anda boleh membuat kajian permintaan dan juga nilai bagi kata kunci yang terbabit.Anda boleh mencari kata kunci yang bernilai tinggi.Anda boleh membina blog berdasarkan kata kunci yang bernilai tinggi.Di samping itu penekanan kepada kandungan yang asli juga perlu.Persaingan dan jumlah laman web yang memfokuskan kata kunci bernilai tinggi adalah sengit.Dengan Kandungan yang bagus ,mungkin anda boleh mencelah dan berada pada kedudukan 10 terbaik pada search engine.Sekiranya anda berjaya ini adalah satu bonus yang dapat meningkatkan pendapatan Adsense anda secara mendadak.

Kredit : BiDP

Tutorial 9Semak iklan Adsense


Semak iklan Adsense. Adakah blog atau website anda telah memasang iklan dari Google Adsense? Sudah pastikan ianya berfungsi atau pun tidak? Jika tidak pasti, disini ada perkongsian dimana anda boleh semak iklan Adsense yang dipasang di blog atau website anda.



Untuk info, semenjak Google menyenaraikan bahasa Melayu dalam sistemnya, maka semakin banyak blog dan website berbahasa Melayu membuat permohonan memasang iklan Adsense dari Google ini. Kebanyakannya telah pun berjaya disahkan oleh pihak Google. Ada yang telah disahkan untuk tempoh yang singkat. Ada juga mengambil masa sehingga sebulan untuk disahkan.


Oleh itu, disini anda akan dikongsikan bagaimana cara hendak semak iklan Adsense di blog yang telah dipasang tadi. Tujuannya adalah untuk memastikan iklan yang dipasang sesuai dan serasi dengan tema blog anda. Ini kerana walaupun blog anda telah disahkan oleh pihak Google, pasti anda akan tertanya-tanya kenapa tidak keluar iklannya. Biasanya perkara ini sering terjadi kepada blog-blog baru. Cara untuk menyemak adalah mengunakan Google Adsense Sandbox. Apa yang perlu anda buat ialah masukkan URL blog anda dalam ruangan yang disediakan di sini;



Menerusi cara ini juga, anda akan mengetahui bahawa jenis iklan atau saiz banner yang mempunyai iklan Adsense yang diiklankan di dalam blog anda. Untuk itu, jadikan ini sebagai panduan untuk memilih saiz banner Adsense yang bersesuaian dengan tema blog anda agar dapat memaksimumkan pendapatan sampingan atau buat duit dari Adsense anda.

Tutorial: Tips asas Google Adsense

Google Adsense JMBELOG

Tips Asas Google AdSense

Panduan santai untuk blogger yang ingin mula menjana pendapatan secara pasif melalui blog.

Golongan yang digelar blogger tentu biasa dengan Google AdSense. Dari sinilah ramai blogger mula memahami bagaimana blog boleh menjana pendapatan secara pasif di internet.

Apabila kita melayari sesuatu blog, pasti kita pernah melihat iklan paparan daripada Google. Tetapi persoalannya — adakah mudah untuk berjaya dengan AdSense?

Jawapannya ya dan tidak.

Blog yang mempunyai kandungan berkualiti dan trafik yang baik biasanya lebih mudah mendapat perhatian daripada Google. Namun begitu, proses membina reputasi blog memerlukan masa, konsisten dan kesabaran.

Google AdSense bukan sekadar tentang meletakkan iklan. Ia tentang membina kepercayaan, menghasilkan kandungan berkualiti dan memahami apa yang dicari oleh pembaca.


Apa Itu Google AdSense?

Google AdSense ialah program pengiklanan daripada Google yang membolehkan pemilik blog atau website memaparkan iklan di laman mereka.

Iklan yang dipaparkan biasanya berkaitan dengan minat dan carian pengguna internet. Apabila pelawat melihat atau klik iklan tertentu, pemilik blog berpeluang memperoleh pendapatan.

Namun begitu, semua blog perlu mematuhi polisi ketat Google sebelum diluluskan untuk menyertai program ini.


Mengapa Ramai Blogger Sertai AdSense?

Google AdSense dianggap antara platform PPC (Pay Per Click) terbaik kerana sistemnya stabil, percuma dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Ramai blogger menggunakan AdSense sebagai pendapatan sampingan kerana ia mampu menjana pendapatan pasif apabila blog mempunyai pembaca yang konsisten.

Tetapi untuk mendapatkan kelulusan, Google akan menilai:

  • Kualiti kandungan artikel
  • Keaslian penulisan
  • Reka bentuk dan susunan blog
  • Konsistensi kemas kini artikel
  • Pengalaman pengguna

Sesetengah blog mungkin diluluskan dalam masa singkat, dan ada juga yang memerlukan beberapa bulan sebelum mendapat kelulusan.


Bagaimana Google AdSense Berfungsi?

Pengiklan membayar Google untuk memaparkan iklan produk atau perkhidmatan mereka di internet.

Google kemudian akan memadankan iklan tersebut dengan blog yang sesuai berdasarkan niche, kandungan artikel dan minat pembaca.

Apabila iklan dipaparkan atau diklik oleh pelawat, pemilik blog akan menerima sebahagian pendapatan daripada pengiklanan tersebut.

Semakin berkualiti kandungan blog dan semakin tinggi trafik pelawat, semakin besar peluang untuk meningkatkan pendapatan AdSense.


Siapa Boleh Memohon Google AdSense?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google dan blog atau website sendiri boleh memohon Google AdSense.

Namun terdapat beberapa syarat asas:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai kandungan asli
  • Tidak melakukan copy paste artikel
  • Mematuhi polisi Google
  • Blog aktif dan mempunyai beberapa artikel berkualiti

Blog Bahasa Melayu juga boleh memohon AdSense selagi kandungannya berkualiti dan mesra pengguna.


Cara Memohon Google AdSense

Proses memohon Google AdSense sebenarnya mudah dan percuma.

Apa yang penting ialah membina blog terlebih dahulu dengan artikel yang tersusun, berkualiti dan bermanfaat kepada pembaca.

Selepas itu:

  • Bina blog dengan identiti yang jelas
  • Tulis artikel secara konsisten
  • Pastikan blog mudah dibaca dan kemas
  • Mohon melalui akaun Google AdSense
  • Tunggu proses semakan dan kelulusan

Tempoh kelulusan bergantung kepada penilaian Google terhadap blog anda.

#JMBELOG • Blogger • Google AdSense • SEO • Pendapatan Pasif

Wadah Terkini