Di Matamu - Sufian Suhaimi


Di Matamu - Sufian Suhaimi

Apakah kau cuba untuk menentukan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mampu tuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahanmu
Memaksaku mengundurkan diri

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu, didunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu, dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati, yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku dimatamu

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu, didunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu, dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati, yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku dimatamu


DUKUN DI PAWAGAM MULAI 5 APRIL 2018

DUKUN DI PAWAGAM MULAI 5 APRIL 2018Berikutan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, muncul sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya. Karim, seorang peguam nekad untuk mencari anaknya yang hilang tanpa mengira caranya. Masalah Karim menjadi semakin sukar apabila dia membuat perjanjian dengan Diana Dahlan, seorang OKT (Orang Kena Tuduh) yang berjanji untuk membantu pencariannya. Tanpa diduga, Karim membongkar kisah yang lebih gelap yang menyebabkan dia kehilangan segala-galanya.


Filem Dukun yang dbintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli itu sebenarnya merupakan sebuah filem lama yang dirakamkan pada tahun 2007.

Diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan penyanyi Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 itu diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.


Kredit : Hangat.com

Wadah Terkini