DUKUN DI PAWAGAM MULAI 5 APRIL 2018 _ Berikutan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, muncul sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya. Karim, seorang peguam nekad untuk mencari anaknya yang hilang tanpa mengira caranya. Masalah Karim menjadi semakin sukar apabila dia membuat perjanjian dengan Diana Dahlan, seorang OKT (Orang Kena Tuduh) yang berjanji untuk membantu pencariannya. Tanpa diduga, Karim membongkar kisah yang lebih gelap yang menyebabkan dia kehilangan segala-galanya.
Filem Dukun yang dbintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli itu sebenarnya merupakan sebuah filem lama yang dirakamkan pada tahun 2007.
Diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan penyanyi Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 itu diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.
Kredit : Hangat.com
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.