Hantu Rumah Sakit Jiwa (Astro First)

Hantu Rumah Sakit Jiwa memaparkan kisah tiga beradik yatim piatu yang tinggal bersama-sama di sebuah rumah peninggalan orang tua selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sejak pemergian ibu bapa mereka, bapa saudaranya Razak (lakonan Azhan Rani) yang selama ini tidak begitu mesra dengan Johan sekeluarga telah muncul dengan agenda tersirat.
Razak berhajat untuk memiliki rumah kediaman tiga beradik itu.
Ketiga-tiga beradik itu kemudian terbabit dalam satu kemalangan sewaktu melakukan aktiviti lasak, terjunan bungee yang sudah dirancang oleh Razak.
Apabila mereka melakukan terjunan secara serentak, tiba-tiba tali mereka terputus dan membuatkan mereka jatuh terhempas ke dalam gaung yang menyebabkan mereka koma di hospital.
Apabila tersedar, mereka terkejut apabila melihat rumah mereka kini dijadikan pusat rawatan mental.
Pada masa sama, ketiga-tiganya menjadi panik apabila menyedari bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat kewujudan mereka.
Justeru, Johan dan adik-adiknya menganggap bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat mereka dan tidak bagi manusia normal.
Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan mereka bertiga menyusup masuk dan melakukan pengintipan bagi mengenal pasti apa yang sebenarnya terjadi sehinggalah mereka menemui motif di sebalik penukaran status rumah agam mereka kepada pusat rawatan mental.
Tayangan Hantu Rumah Sakit Jiwa :
Tarikh : 26 April 2018
(Astro First Eksklusif (saluran 480)
Pelakon Hantu Rumah Sakit Jiwa :
Fizz Fairuz, Saharul Ridzwan, Abam, Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Sherry Al Hadad
Kredit : Kosmo

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”