Pages

April 17, 2018

Drama Teratai Kemboja (TV3)

Drama Teratai Kemboja (TV3)

SINOPSIS TERATAI KEMBOJA

Fikri dan Hanani berkahwin berkahwin ketika masing-masing berusia 23 tahun dan masih di tahun akhir pengajian di universiti. Disebabkan mereka masih belum habis belajar, Hanani tidak ingin punya anak. Dia ambil keputusan untuk ambil pil perancang. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani kerana ada juga kawan-kawan mereka yang masih belajar, berkahwin dan punya ada anak. Hanani tetap dengan keputusannya, ternyata dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah.

Selepas habis belajar dan mereka mula bekerja, Fikri minta supaya Hanani berhenti makan pil perancang kerana Fikri mahu mula membina keluarga yang sempurna. Hanani tidak mahu dengan alasan dia nak mantapkan kerjaya dan kukuhkan kewangan mereka. Konflik mula timbul, prinsip mereka berbeza. Fikri membawa diri ke Kemboja.
Di sana, beliau bertemu seorang imam dari Malaysia yang menetap lama di Kemboja iaitu Taufik yang mempunyai sejarah tersendiri dengan membawa lari anaknya, Nur Hidayah menetap jauh di rantau orang. Takdir menentukan Fikri jatuh cinta dengan Nur Hidayah, lantas menikahinya tanpa pengetahuan isteri yang tinggal jauh di Malaysia.

GAMBAR PELAKON

Drama Teratai Kemboja (TV3)

WATAK PELAKON 

Adi Putra sebagai Fikri
Fasha Sandha sebagai Nur Hidayah
Elly Mazlein sebagai Hanani
Hasnul Rahmat sebagai Taufik
Nafiz Muaz sebagai Muhd Hamdan
Fezrul Khan sebagai Hafiz
Ikhlas Jalil sebagai Tajul
Noralbaniah sebagai Maryam
Fauzi Nawawi sebagai Saupi
Nadia Brian sebagai Laila
Azzahra Ahmad sebagai Natrah
Damia Qaissarah sebagai Ismi

Drama Teratai Kemboja (TV3)

JUMLAH EPISOD : 21 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 April 2018
WAKTU SIARAN :  Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
IDEA ASAL : Dr Bambang
PENULIS SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN :  Saphire Screen Sdn Bhd

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!