Telefilem Waktu Khalil (TV3)

Telefilem Waktu Khalil  (TV3)
Sinopsis Waktu Khalil
Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Atie dan Wan taasub dengan media sosial yang bekerja.
Hingga lupa tanggungjawab serta peranan mereka untuk menumpahkan sepenuh kasih sayang terhadap dua cahaya matanya, Khalil dan Kayla.
Satu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Niko.
Gambar kemalangan dimuat naik di media sosial dan menjadi tular.
Berita ini diketahui Wan dan Atie selepas melihat gambar terbabit di media sosial mereka.
Pelakon Waktu Khalil
Danish Hazriq - Khalil
Tengku Zara - Kayla
Kamal Adli
Puteri Aishah
Aprena Manrose
Waktu tayangan Waktu Khalil
Tarikh : 21 April 2018
Masa : 10 malam
Saluran : TV3
Slot : Cerekarama
Profile Produksi Waktu Khalil
Arahan : Shuhaimi Lua
Penerbit : Shuhaimi Lua, Wany Siti Fatimah Wan Mamat, Fazrien Ziear
Skrip : Sofia J Rhyland
Terbitan : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
Kredit : Harian Metro, Khamis, 19 April 2018, Rap m/s 58 & 59
Gambar Waktu Khalil

ROHMAN YA ROHMAN


ROHMAN YA ROHMAN

Rohmân yâ Rohmân sâ’idnî yâ Rohmân
Isyroh shodrî Qur-ân
Washlih hayâtî Qur-ãn

Imla, qolbî Qur-ãn


Wa lihifdhi kitâbillâh
Lillâh lillâh yahfû amalî lillâh
Yâ nûr .. Yâ nûr ..

Min awwali bismillâh

Lilkhotmi wa lirridlwân


Min robbil ‘arsyi dalîl

Yâ muhkamu yâ tanzîl

Li Muhammadin ‘an Jibrîl
Lil’âlami wal insân


Wadldlô-ul ‘aini qorîr

Takbîr .. Takbîr ..

Lil hâfidhi wa huwa shoghîr
Yahmilu fajron liyunîr

Waj’alhu lanâ hishnâ

Bitilâwatihil akwân
Allâh Allâh Allâhumma-jma’nâ
Bikitâbika wanfa’nâ

Wa hudân abadân wa amân



ROHMAN YA ROHMAN COVER BY SABYAN

BLOG TARMIZI

BLOG TARMIZI

KATHYJEM


KATHYJEM

Surah al-Najm, ayat 45 hingga 46


Dan sesungguhnya Dia (Allah) yang menciptakan berpasangan laki-laki dan perempuan. Daripada nuthfah (air mani) apabila dipancarkan. Dan sesungguhnya atas-Nya (Allah) kemunculan yang lain. Dan sesungguhnya Dia (Allah) yang memberikan kekayaan dan mencukupkan. Dan sesungguhnya Dia (Allah) Rab (Tuhan) bintang syi'ra. Dan sesungguhnya Dia (Allah) telah membinasakan kaum ‘Ad yang terdahulu. Dan (kaum) Samud. Maka tiada yang ditinggalkan-Nya (Allah). Dan kaum Nuh sebelum itu. Sesungguhnya mereka adalah sangat zalim dan sangat derhaka. Dan Mu’tafikah (negeri kaum Lut) yang telah Dia (Allah) hancurkan. Maka ia ditutupi apa yang menutupinya. Maka kurnia Rab (Tuhan) engkau yang manakah engkau ragukan? Ini adalah seorang pemberi peringatan antara pemberi-pemberi peringatan yang telah terdahulu. _ Surah al-Najm, ayat 45 hingga 46

Drama Teratai Kemboja (TV3)

Drama Teratai Kemboja (TV3)

SINOPSIS TERATAI KEMBOJA

Fikri dan Hanani berkahwin berkahwin ketika masing-masing berusia 23 tahun dan masih di tahun akhir pengajian di universiti. Disebabkan mereka masih belum habis belajar, Hanani tidak ingin punya anak. Dia ambil keputusan untuk ambil pil perancang. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani kerana ada juga kawan-kawan mereka yang masih belajar, berkahwin dan punya ada anak. Hanani tetap dengan keputusannya, ternyata dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah.

Selepas habis belajar dan mereka mula bekerja, Fikri minta supaya Hanani berhenti makan pil perancang kerana Fikri mahu mula membina keluarga yang sempurna. Hanani tidak mahu dengan alasan dia nak mantapkan kerjaya dan kukuhkan kewangan mereka. Konflik mula timbul, prinsip mereka berbeza. Fikri membawa diri ke Kemboja.
Di sana, beliau bertemu seorang imam dari Malaysia yang menetap lama di Kemboja iaitu Taufik yang mempunyai sejarah tersendiri dengan membawa lari anaknya, Nur Hidayah menetap jauh di rantau orang. Takdir menentukan Fikri jatuh cinta dengan Nur Hidayah, lantas menikahinya tanpa pengetahuan isteri yang tinggal jauh di Malaysia.

GAMBAR PELAKON

Drama Teratai Kemboja (TV3)

WATAK PELAKON 

Adi Putra sebagai Fikri
Fasha Sandha sebagai Nur Hidayah
Elly Mazlein sebagai Hanani
Hasnul Rahmat sebagai Taufik
Nafiz Muaz sebagai Muhd Hamdan
Fezrul Khan sebagai Hafiz
Ikhlas Jalil sebagai Tajul
Noralbaniah sebagai Maryam
Fauzi Nawawi sebagai Saupi
Nadia Brian sebagai Laila
Azzahra Ahmad sebagai Natrah
Damia Qaissarah sebagai Ismi

Drama Teratai Kemboja (TV3)

JUMLAH EPISOD : 21 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 April 2018
WAKTU SIARAN :  Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
IDEA ASAL : Dr Bambang
PENULIS SKRIP : Zarihah Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN :  Saphire Screen Sdn Bhd

Lirik Lagu Negaraku

Lirik Lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta



Sejarah

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara.Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.

Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.

Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

Kredit : Wikipedia

Wadah Terkini