SINOPSIS LALANG

SINOPSIS LALANG

Kisah yang berlatarkan sekitar tahun 1942 era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Mengisahkan Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah.

Namun ugutan daripada Ah Chai (Wong Kam Tat) untuk mencederakan Sue Lan (Ain Evon Tay) dan Ah Yee (Tiffany) menyebabkan Ah Heng terpaksa mengalah dan berpegang pada prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu. Jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun yang dipenuhi lalang.

Satu malam, kedai Ah Heng dibakar oleh Mejar Tanaka (Qi Razali) dan tenteranya. Ah Heng terpaksa menyorok daripada Jepun. Atas dasar setiakawan dan kemanusiaan, Embong dan Rohani (Sasqia Dahuri) menyembunyikan Ah Heng di pondok kebunnya.

Dalam masa sama, Embong terpaksa berdepan dengan permusuhan ditimbulkan oleh Salleh (Hushairi Husain) yang menjadi tali barut Jepun. Salleh memang menyimpan dendam lama terhadap Embong kerana menganggap Embong merampas kekasihnya, Rohani.

Ketika tinggal di pondok, Ah Yee teringin bermain layang-layang dengan menggunakan surat khabar Cina tetapi Sue Lan bimbang akan dilihat oleh penduduk setempat dan mereka akan tahu ada keluarga Cina yang menyorok dalam penempatan orang Melayu.

Malangnya ketika Ah Yee bermain layang-layang, dia telah ditembak oleh Ah Chai yang menyangka Ah Yee anak orang Melayu kerana dendam dan marahnya terhadap orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut Jepun. Apa kesudahan cerita lalang ini?

Telefilem sempena Bulan Kemerdekaan bertajuk 'Lalang' yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly, Sasqia Dahuri, QI Razali, Ooi Teck Wooi, Hasnul Rahmant dan ramai lagi. Karya arahan Hisyamudin Ahmad dan skrip oleh Mazlan Mana. Telah menemui penonton pada Sabtu, 8 September pukul 9.00 malam di TV1.

September 08 2018

#assalamualaikum
#selamatpagi
#september082018
#jmbelog


ONE MILLION PAGE VIEW!

Alhamdulillah .

Tapi segmen ini tiada sambutan.

Apa pun terima kasih.

(@_-) happy blogging. 

SINOPSIS HILANG AKAL

SINOPSIS HILANG AKAL

Akibat terdesak untuk mencari duit kahwin, seorang lelaki nekad menculik seorang datin bagi mendapatkan wang tebusan. Keadaan menjadi huru hara apabila datin yang diculik itu adalah bakal ibu mertuanya!

Telefilem romantik komedi bertajuk 'Hilang Akal' yang akan disiarkan di slot Citra Exclusive pada Sabtu, 8 September 2018 pukul 9 malam di saluran Astro Citra dan Astro Mustika HD. 

Lakonan Dato'Farid kamil, Tiz Zaqyah, Jasmin Hamid, Zaki Azeman, Adira Salahudi, Shah Kimin, Firdaus Nadxaman

One, Two, Jaga bogelkan amalan rasuah

One, Two, Jaga bogelkan amalan rasuah
Dua dalam satu - hiburan dan mendidik masyarakat - menjadi matlamat Zahiril Adzim hasil daripada lakonannya dalam filem One, Two, Jaga.
Ia bukan sebuah kisah biasa-biasa sebaliknya sebuah filem yang berani menyelongkar 'kotoran' yang kadang-kadang sengaja disembunyikan 'di bawah tikar'.
Ia adalah tentang gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan pihak berkuasa, termasuk polis.
“Kadang-kadang orang tidak menyedari daripada sekecil-kecil hadiah yang diberikan pun boleh dianggap sebagai rasuah.
“Ia berlaku tidak kira sama ada dalam institusi politik, polis ataupun di peringkat jawatankuasa kampung," katanya.
Zahiril atau nama penuhnya Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 35, ditemui pada sidang media sempena Festival Filem Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.
Untuk rekod, dua tahun lalu iklan acah One, Two, Jaga pernah memenangi tajaan kelengkapan kamera berteknologi tinggi bernilai S$25,000 (RM77,870) di Southeast Asian Film Financing (SAFF) Singapura.
Filem itu mengalahkan 140 filem dari 23 negara yang turut bertanding.
Harap dapat jentik mata
Selain Zahiril, filem aksi itu turut menampilkan gandingan pelakon dari Malaysia dan Indonesia seperti Beto Kusyairi, Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi, Ario Bayu dan Asmara Abigail.
Filem arahan Nam Ron itu mengisahkan bagaimana aktiviti rasuah semakin menjadi barah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sesuai dengan kedudukan PDRM sebagai pasukan yang berkuasa, kisah mengenai rasuah membabitkan jabatan itu memang sangat jarang diketengahkan dalam sesebuah filem tempatan.
Justeru, Zahiril boleh berbangga apabila ditawarkan untuk menjayakan naskhah berkenaan.
"Saya amat teruja dapat terbabit dalam filem seperti ini. Memang payah nak nampak karya yang menceritakan keburukan anggota PDRM, tetapi kali ini Bront Palarae - selaku penerbit - berjaya melakukannya.
"Namun, PDRM tetap meletakkan syarat iaitu penceritaan harus mengandungi mesej yang dapat memberi pengajaran dan teladan kepada anggota polis supaya menjauhi rasuah," katanya.
Zahiril yang pernah menulis buku berjudul Bogel Menuju Tuhan turut mengulas amalan rasuah yang dikatakan semakin menjadi-jadi di kalangan penggiat industri hiburan tempatan.
Zahiril meluahkan kekesalannya terhadap isu itu apabila ada pegawai kanan sesebuah stesen televisyen diketahui mengamalkan ‘duit tepi.’
“Pihak menerima dan memberi rasuah sila berhenti daripada melakukan kerja haram itu.
“Kepada penggiat seni lain, bangun dan laporkan sekiranya anda menjadi mangsa atau menyedari terdapat aktiviti rasuah kerana ia dapat menyelamatkan industri daripada terus tercemar.
"Semoga One, Two, Jaga dapat menjentik setiap mata umum bahawa hakikatnya kita sedang berhadapan rasuah setiap hari," katanya.

Amalan 'duit tepi'

Dilema tidak berkesudahan mengenai ‘duit tepi’ tidak wajar dipandang ringan kerana isu berkenaan dianggap membebankan golongan penerbit drama tempatan.

Menurut Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli, sudah sampai masanya semua stesen televisyen menyiasat isu berbangkit.
Katanya, terdapat orang kanan stesen televisyen meminta ‘duit tepi’ atau rasuah daripada penerbit sebelum drama mereka dapat diluluskan untuk ditayangkan.
“Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia berharap ada pihak akan tampil memberikan maklumat mengenai orang kuat stesen televisyen minta duit agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat mengambil tindakan sewajarnya.
“Kami memandang serius perkara ini kerana kos penerbitan semakin meningkat, ditambah pula dengan ‘duit tepi’ yang penerbit perlu bayar.
“Ini akan menjejaskan kualiti penerbitan program televisyen,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Kata Jurey, masalah ini bukanlah perkara baru malah beberapa tahun lalu, PVTM telah membuat laporan kepada sebuah stesen televisyen untuk diambil tindakan.
Stesen berkenaan kemudian melakukan rombakan dan siasatan dalaman.
Jejas industri
Jurey mengulas demikian selepas ruangan pojok dalam sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan terdapat orang penting dalam sebuah stesen televisyen meminta rasuah.
Katanya, sekiranya tidak dipantau, amalan ‘duit tepi’ mampu menjejaskan imej industri tanah air kerana kualiti drama yang bagus diperlekehkan berbanding wang untuk lulus projek.
“Kita mahu penerbit menghasilkan program berkualiti serta dapat mewujudkan peluang yang adil dan industri yang sihat serta berdaya saing.
“Penerbit digalakkan berusaha menghasilkan produk berkualiti dalam memastikan produk mereka diterima, bukannya dengan membayar duit tepi bagi mendapatkan projek,” katanya.
Sehubungan itu, perkara berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan PVTM pada 15 Ogos depan untuk dibincangkan dan bagi mencari jalan penyelesaian.
“Isu ini akan terus dipantau oleh persatuan demi menjaga ahli yang ditindas serta menghadapi apa jua masalah,” katanya.

Soobeey

SINOPSIS ONE TWO JAGA

One, Two, Jaga (juga dikenali sebagai Crossroads: One, Two, Jaga untuk pasaran antarabangsa) merupakan sebuah filem drama aksi jenayah Malaysia 2018 arahan Nam Ron terbitan bersama Jazzy Pictures, KL POST dan Pixel Play.

Ia dibintangi oleh Zahiril AdzimSofia JaneZaidi OmarAmerul Affendi, Ario Bayu, Asmara Abigail, Bront Palarae, dan Azman Hassan.

Filem ini mula ditayangkan dipawagam pada 6 September 2018.

Filem ini telahpun menyertai beberapa festival filem antarabangsa seperti 20th Far East Film Festival di Italy, 17th New York Asian Film Festival di Amerika Syarikat dan 21st Shanghai International Film Festival (SIFF) di China.


One Two Jaga Official Trailer


SINOPSIS ONE TWO JAGA

Berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Seorang pendatang asing Indonesia, Sugiman (Iman) merupakan bapa tunggal mengalami mimpi buruk yang penuh keganasan dan darah. Anaknya, Joko yang tidak mendengar kata meluangkan terlalu banyak masa dengan Adi yang tidak boleh dipercayai dan adiknya Sumiati lari daripada kerja sebagai pembantu rumah kerana mahu pulang ke Indonesia.

Sugiman meminta bantuan daripada majikannya, Sarip yang merupakan seorang bos syarikat pembinaan dan juga bapa kepada si Adi untuk menghantar adiknya menaiki bot haram, tapi ada harga yang perlu dibayarnya.

Pada masa sama, dia harus melindungi Sumiati daripada pihak polis dengan menyembunyikannya di sebuah hotel murah. Bilik hotel di sebelah pintunya pula disewa oleh Rico, seorang tukang atur Filipina yang sentiasa tertekan untuk menghantar wang kepada ibunya.

Dia bekerja dengan rakannya Marzuki untuk seorang bos besar bergelar Datuk dan `meminjam' wang daripada laci majikannya untuk memenuhi keperluannya. Tetapi, Datuk mahu wang itu kembali. Hassan pula sudah berkahwin dan memiliki dua anak serta sentiasa tidak cukup wang.

Dia mengambil sedikit wang perlindungan daripada beberapa pekedai dan kerap menerima rasuah daripada penjahat untuk membiarkan mereka terlepas. Ketika majikannya James mengarahkan agar dia merekrut rakan baharu, Hussein. dia melayan rakannya itu dengan ramah, tetapi cuba menyembunyikan hakikat sebenar bahawa dia menerima rasuah.

Bagaimanapun, Hussein berang apabila dia tahu mengenai wajah sebenar Hassan dan ingin membawa pesalah undang-undang itu ke muka pengadilan. Apabila orang-orang Datuk menangkap Marzuki dan membawa mereka kepada Rico, kekecohan yang berlaku menemukan Hassan dan Hussein dengan insiden tersebut.

Di luar hotel, Hassan bertembung dengan Sumiati yang gagal menjelaskan sebab dia tidak memiliki pasport. Satu panggilan meyebabkan Sugiman cuba menyelamatkan adiknya daripada polis.

Sementara itu, Datuk telah senyap-senyap merakam permintaan ketua polis James untuk dirasuah. Namun, sebelum sesiapa tahu apa sebenarnya sedang berlaku, keadaan sudah menjadi huru-hara.

Word 38

Word 38

Apa sebenarnya perasaan takut nak berjaya ini!
Kalau nak ikutkan,  perasaan takut nak berjaya adalah lebih kurang rasa takut nak gagal

Kadang-kadang peluang datang depan mata akan tetapi kita lepaskan kerana takut nak berjaya.
Sebab nak berjaya perlu lalui proses kesukaran dan perlu lalui rasa kecewa
Kita rasa seperti kita tidak layak tidak mampu dan sebagainya. 
Ini adalah sindrom orang takut gagal. 
Ramai orang takut dengan perubahan akan tetapi nak berjaya sememangnya perlukan perubahan. 

Jangan takut nak mencuba dan keluar dari zon selesa yang biasa. 
Rebut peluang, alami perubahan dan rasai perbezaan dalam kejayaan. 
Tiada orang yang boleh menghalang kejayaan atau mengubah kegagalan dalam hidup melainkan diri kita sendiri. 

GAJI MINIMUN RM1050, 1 JANUARI 2019

GAJI MINIMUN RM1050, 1 JANUARI 2019

KADAR GAJI MINIMUN DISERAGAMKAM DI SELURUH MALAYSIA  (SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK) MULAI 2019.

HARIAN METRO _06-09-2018 KHAMIS _SETEMPAT _MUKA SURAT 23

SINOPSIS BEBASKAN ANAK KITA

SINOPSIS BEBASKAN ANAK KITA

Kisah Rahim, seorang pengawal keselamatan pencen yang mahu membawa cucu-cucunya ke Stadium Merdeka dan berkongsi segala cerita suka duka kepada mereka dengan harapan generasi itu tidak lupa akan sejarah awal pembangunan Malaysia, malangnya usaha dia mendapat kecaman dari golongan ibu bapa anak-anak itu yang memandang niatnya sebagai remeh dan tidak masuk akal.

Dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali, Amar Bahrin dan Fizz fairuz. Akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 8 September jam 9 malam.

Biodata Wany Hasrita (Penyanyi Lagu Menahan Rindu) Yang Ramai Orang Tak Tahu

Biodata Wany Hasrita (Penyanyi Lagu Menahan Rindu) Yang Ramai Orang Tak Tahu


Biodata Wany Hasrita

  • Nama Penuh: Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah
  • Nama Artis: Wany Hasrita
  • Asal: Cheras, Selangor (menetap di Shah Alam)
  • Umur: 26 Tahun (2018)
  • Ibubapa: Hasbullah dan Norita Jaafar, 47 tahun
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Graduan Sains Perubatan di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam
  • Label Syarikat Rakaman: Fantasia Music City (FMC)
  • Lagu/Single: Menahan Rindu, Disana Cinta Disini Rindu (Duet Bersama Tajul), Rintihan Rindu
  • Facebook: https://www.facebook.com/wanyhasrita
  • Twitter: https://twitter.com/shazwanyhasrita
  • Instagram: https://www.instagram.com/wanyhasrita

Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof telah mencatatkan kutipan RM21.6 juta.

Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof telah mencatatkan kutipan RM21.6 juta.

Sekuel terbaharu ini mengisahkan Ustaz Adam (lakonan Syamsul) yang meneruskan aktiviti dakwah di samping menjadi seorang pengamal perubatan Islam.

Filem pecah panggung yang sedang hangat diperkatakan ketika ini turut mendapat perhatian seorang pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin.

“Betul apa yang dikatakan Ustaz Adam, tak semua manusia memahami kerja sebagai seorang pendakwah.

“Filem ini wajib berjaya. Berapa puluh juta yang diperolehi tetap tidak dapat menandingi nilai mesej yang diberikan,” katanya menerusi status yang dikongsi di akaun Instagram miliknya, petang Isnin.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim semakin dikenali kerana dakwahnya dalam pelbagai isu, termasuk menegur beberapa selebriti dan usahawan terkenal yang didakwa mencemarkan imej Islam.

Walaupun dikecam hebat netizen juga individu yang ditegurnya, sering kali status dakwahnya di laman sosial dipadamkan sehingga akaunnya turut disekat, beliau terus menyampaikan dakwahnya dengan cara tersendiri.

Selain mesej pengajaran, PU Amin turut tertarik dengan pembukaan filem itu menerusi pesanan sabar dan surah Al-Alaq yang baginya mendamaikan jiwa.

“Dimulakan dengan pesanan sabar sebagai pendakwah dan lima ayat surah Al-Alaq amat mendamai jiwa seorang pendakwah. 

“Terima kasih Syamsul, anda berjaya. Anda layak berjaya,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi moral dalam filem Munafik 2 yang mencatatkan kutipan sebanyak RM3.6 juta pada hari pertama tayangannya.

“Selesai menonton Munafik 2. Moralnya, jangan sesekali kita berani gelar orang lain dengan gelaran ‘penunggang agama’ nanti mati hina kena hempap dengan batu.

“Moga yang kuat label ‘tungang tunggang’ ni belajar dari filem Munafik 2,” kata PU Amin mengenai filem bergenre seram yang sarat dengan elemen keagamaan.  

Filem Munafik 2 yang turut dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Mawi itu menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.

Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)

Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)

JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 September 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Hessa Widad
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi


Word 37

Word 37 

🔵 Sometimes I start doing an evaluation of my life.

🔵 In one of those I came across the story of the formula 1 Michael Shumacher.

🔵 When I studied his resume as an athlete I saw that he was:

🔵 Winner of the Grand Prix in 1991.

🔵 He was 7 (seven times) world champion of Formula 1.

🔵 Happiness was in his  Being, but in one fateful  day his story and his destiny completely changed due to a slight accident.

🔵 Today, with just 44 kilos of weigh struggling to "survive" since December 2013.

🔵 His wife begins to sell the goods to cover the expenses and thus be able to keep him alive in a room adapted in his house, where he lies like a vegetable.

🔵 Here comes a question:

🔵 Who is better than who?

🔵 Life can take directions never imagined.

🔵 It's amazing how everything can change in an instant.

🔵 No one is exempt from anything.

🔵 And in no circumstances are they of any use,
      Money,
      Titles,
      Fame,
      Success,
      Power.

🔵 We are all the same.

🔵 Then why the pride?

🔵 To make the claim?

🔵 Why arrogance?

🔵 For that victimization?

🔵 Why so much attachments to
      material goods?

🔵 To make you angry?

Do you think your version is the absolute truth?

🔵 All we have is the day today so that we can live it with passion and enjoy ourselves to the fullest, doing good, serving our neighbors and full of joy.

🔵 We need to stop creating problems, claim insignificant things, and always avoid everything that "takes our lives".

🔵 Be careful not to lose someone who loves you and accepts you as you are.

🔵 As in the game of chess, in the end both the King and the Pawn are kept in the same box.

🔵 It is worth examining what we have done.

🔵 We are born without bringing anything, we die without taking. anything! absolutely nothing!

🔵 And the sad thing is that in the interval between life and death, we fight for what we did not bring and even more for what we will not take.

🔵 Think about that,  Let's live more, let's  love more. Let's always understand the other and be happier!

🔵 They sent it to me and I want to share it  with you and all my best friends, because  it seemed an interesting reflection.

🔴 I wish we never forgot that to be great.

 - You have to be humble.

#Word 37
#whatsappgroup 
#jmbelog 

SINOPSIS VIVA SI PERIGI

SINOPSIS VIVA SI PERIGI 

Vivi Syarina mengetuai mesyuarat penting di bilik serba canggih. Seorang yang cantik, bergaya, tegas, ditakuti dan disegani, Vivi bukan calang-calang wanita. Dia berjaya menjadi pegawai pemasaran di sebuah firma pengiklanan antarabangsa pada usia muda. Dia menjadi aset bagi kejayaan syarikat. Ramai pekerja ingin menjadi seperti Vivi, namun tidak semua mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Telefilem arahan Yusry Abdul Halim bertajuk Vivi Si Perigi. Dibintangi oleh Liyana Jasmay, Juliana Evans, Amar Asyraf dan Riz Amin. Telah disiarkan di ntv7 pada Ahad ini pukul 8:30 malam.

SINOPSIS PURNAMA

SINOPSIS PURNAMA

Mengisahkan keadaan Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari. Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan. Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka. Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

Telefilem khas Hari Kebangsaan ke-60 berjudul 'Purnama' yang menampilkan lakonan Remy Ishak, Azhan Rani, Eira Syazira dan Kodi Rasheed. Telah ditayangkan di TV3 pada Ahad, 2 September pukul 9 malam.


Surah Al-Furqaan, ayat 71 hingga 77

Surah Al-Furqaan, ayat 71 hingga 77

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

Wadah Terkini