Semak Saman JPJ

Semak Saman JPJ

Tengah releks teringat nak semak saman JPJ.

Mana tahu terlupa masih ada saman lalu.


Tiada Rekod Dijumpai. Sila masukkan semula Nombor ID anda atau Nombor Pendaftaran Kenderaan.

Alhamdulillah.

Sinopsis Filem Rasuk

Sinopsis Filem Rasuk

Dibenci oleh ibunya, yang menyalahkannya atas kematian bapanya, Langgir Janaka berasa cemburu dengan kehidupan rakan-rakan baiknya yang dianggapnya mempunyai kehidupan sempurna. Satu hari, dia dan rakannya pergi bercuti di sebuah villa. Persahabatan mereka diuji apabila lelaki idaman Langgir, yang kini merupakan teman lelaki salah seorang rakan baiknya, turut serta bersama. Berasa cemburu, Langgir ambil keputusan untuk meninggalkan rakannya. Dia kemudian bertembung dengan sesuatu yang menyeramkan yang bukan sahaja mengancam nyawanya, tetapi juga nyawa rakan-rakan dan keluarganya.

Filem Rasuk akan ditayangkan pada  1 November 2018 di pawagam, lakonan Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta...

SINOPSIS JIBRIL

SINOPSIS JIBRIL

Mengisahkan seorang peguam, Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.

Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.

Drama siri original VIU berjudul Jibril (10 episod) bakal disiarkan di ntv7 pada 22 Oktober 2018. Menampilkan lakonan Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy. Ditayangkan bermula 22 Oktober, setiap Isnin hingga Selasa pukul 10 malam.

Takkan Berpaling DariMU

Takkan Berpaling DariMU
Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa Mu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Trima kasih ku padamu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu
Oh Tuhan anugerah Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu

Aku Serius - Tajul Dan Wany Hasrita


Aku Serius - Tajul Dan Wany Hasrita

Sampaikan salamku
Pada papa mamamu
Bilang saja
Bakal menantu dah ada menunggu
Khabarkan berapa saja hantaran

Benarkah oh sayang
Yang kau katakan sayang
Langsung tidak lucu
Kalau kau hanya gurau-gurau
Gurau kali ini dah melampau

Percayalah sayang
Aku serius
Bukan gurau sayang
Malah serius

Ku harap kau sayang
Kau benar serius
Dan papa dan mama terima
Rombonganmu dengan
Sangat senang di hati

Sampaikan salamku
Pada papa mamamu
Bilang saja
Bakal menantu dah ada menunggu
Khabarkan berapa saja hantaran

Moga dipermudahkan
Dalam mencari persetujuan
Janganlah disusah-susahkan
Menerima lamaranmu

Percayalah sayang
Aku serius
Bukan gurau sayang
Malah serius

Ku harap kau sayang
Kau benar serius
Dan papa dan mama terima
Rombonganmu dengan Sangat senang di hati

Percayalah sayang
Aku serius
Bukan gurau sayang
Malah serius

Ku harap kau sayang
Kau benar serius
Dan papa dan mama terima
Rombonganmu dengan Sangat senang di hati

Percayalah sayang
(Ku percaya sayang)
Aku serius
(Engkau serius)
Bukan gurau sayang
(Kau tak gurau sayang)
Malah serius
(Engkau serius)

Ku harap kau sayang
(Ku harap kau sayang)
Kau benar serius
(Ku benar serius)
Dan papa dan mama terima
Rombonganmu dengan Sangat senang di hati

Sampaikan salamku
Pada papa mamamu
Bilang saja
Bakal menantu dah ada menunggu
Khabarkan berapa saja hantaran

Benarkah oh sayang
Yang kau katakan sayang
Langsung tidak lucu
Kalau kau hanya gurau-gurau
Gurau kali ini dah melampau

Word 51

Word 51 : TEMPAT LARANGAN MEROKOK



SINOPSIS KAU, AKU, HANTU RAYA

SINOPSIS KAU, AKU, HANTU RAYA

Memaparkan kisah sebuah kampung menjadi kecoh apabila Pak Usop mengeluarkan cerita mengenai Tok Jidin seorang bomoh di kampung tersebut yang telah meninggal dunia 100 hari yang lalu.

Ia kemudiannya dikaitkan dengan kehadiran hantu raya peliharaannya di kampung mereka. Ditambah dengan cerita penduduk kampung yang mendakwa pernah melihat lembaga berambut panjang dan berkain kapan berkeliaran ke sana sini.

Fifie anak ketua kampung secara bergurau telah mencabar teman lelakinya Azlim supaya membawa hantu raya kepadanya sekiranya dia benar-benar cintakannya. Menyahut cabaran itu Azlim telah berjumpa dengan Pak Akob dan secara bergurau menyatakan paku yang dipinjamnya itu pernah digunakannya untuk menangkap pontianak.

Telemovie bertajuk “Kau, Aku Hantu Raya” telah disiarkan pada 17 Oktober 2018, pukul 9.30 malam di TV2 

Sinopsis Korban Penunggu Hospital

Sinopsis Korban Penunggu Hospital


Lima sekawan bermain sebuah permainan bernama Turut Perintah Bakawali di sebuah hospital tinggal. Seorang demi seorang diragut nyawa ketika bermain permainan tersebut.

Saksikan telefilem Korban Penunggu Hospital pada 20 Oktober jam 9 malam di saluran Astro Citra 131 dan HD 126. Lakonan Fauziah Latiff, Aprena Manrose, Kodi Rasheed, Fatin Afeefa, Jaa Suzuran, Andi Bernadee, Shukri Tahir...

Drama Mocha Kau Bahagia 2

Sinopsis Mocha Kau Bahagia 2

Setelah tiga tahun, mereka kini lebih dewasa dan memikul tanggungjawab yang berbeza. Melur sudah bersedia untuk fasa seterusnya dalam hubungan mereka, namun Firdaus masih bersikap acuh tak acuh. Akhir sekali, Jefri memberitahu sesuatu tentang Melur yang merunsingkan Firdaus. Setelah Firdaus mengetahui tentang Melur dipinang oleh seseorang, Firdaus sedar yang dia perlu lakukan sesuatu. Adakah Firdaus mampu menambat hati Melur semula atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan hubungan barista McCafe, Azlan (Syafie Naswip) dengan seorang gadis misteri bernama Erin (Eyra Hazali) yang selalu memesan Cappuccino? Adakah dia berjaya menambat hati gadis tersebut?

Drama Mocha Kau Bahagia 2 lakonan Syafiq Kyle, Farah Nabilah, Syafie Naswip, Eyra Hazali, Fatimah Abu Bakar, Vanidah Imran, Sharifah Aryana, Atiq Azman, Issey Fazlisham, Suehada Hamid, Nadia Brian, Fezrul Khan, Donna Muslim. Ditayangkan mulai 15 Oktober 2018, setiap Isnin dan Selasa, 9.50 Malam, di TV3

Word 50

Word 50


Xīngqíwǔ kuàilè

Cantōṣamāka veḷḷi

Word 49

Word 49 : Mutiara Habib Umar Bin Hafidz

"Sebagaimana engkau membersihkan wajahmu agar indah dipandang orang, maka bersihkan pula hatimu agar indah dipandang Allah."

- Habib Umar bin Hafidz

"Semua persahabatan yang terbina di muka bumi ini akan menjadi permusuhan di hari akhirat kecuali persahabatan yang dibina dengan ketaqwaan."

- Habib Umar bin Hafidz

“Syukuri apa yang kau miliki. Jangan iri dengan apa yang orang lain miliki, maka Allah SWT akan memberimu apa yang belum kau miliki.”

- Habib Umar bin Hafidz

"Ada manusia yang amalnya seperti gunung di dunia namun di akhirat umpama debu yang berterbangan."

- Habib Umar bin Hafidz

"Menjaga perasaan seorang muslim adalah ibadah. Menyakiti hati seorang muslim dosanya lebih besar dari menghancurkan ka'bah. Siapa saja yang membuat senang hati seorang muslim, maka Allah akan membuatnya senang kelak di hari akhir."

- Habib Umar bin Hafidz

"Orang yang tinggi akhlaknya, walaupun rendah ilmunya lebih mulia dari orang yang banyak ilmunya tapi kurang akhlaknya."

- Habib Umar bin Hafidz

“Bila aku kecewa pada mereka yang banyak menyakitiku, aku teringat pada Rasulullah yang senantiasa memaafkan semua orang yang menyakiti beliau. Shallallahu alaihi wa sallam.”

- Habib Umar bin Hafidz

"Suatu saat kau akan dapati sesuatu yang kau pinta dari Allah sejak lama, mungkin sejak masa kecilmu yang bahkan kau sudah lupakan itu, tapi Allah tak akan melupakannya."

- Habib Umar bin Hafidz

"Jika kaulihat seseorang jauh dari Tuhannya, jangan kauejek dia. Allah lebih dekat kepada pendosa ketimbang orang-orang yang sombong."

- Habib Umar bin Hafidz

"Jika kamu ingin untuk berada dekat dengan Nabi Muhammad, maka kamu perlu untuk bangun malam dan melaksanakan Tahajjud."

- Habib Umar bin Hafidz

“Bila aku merasa harus membalas kejahatan orang terhadapku, aku teringat Rasulullah ketika beliau dilempari batu, dipukul, dan diusir dari Thoif, maka beliau hanya berdoa kebaikan dan hidayah untuk seluruh kampung tersebut, shalallahu alaihi wa sallam.”

- Habib Umar bin Hafidz

"Ramai wanita yang meniru wanita-wanita di TV, sehinggakan mereka tidak kenal lagi siapa Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW."

- Habib Umar bin Hafidz

"Sungguh celaka la orang orang yang tidak melihat wajahnya Nabi Muhammad di akhirat kelak,iaitu orang orang yang mengagungkan para pemain bola sepak dan para artis lebih dari mengagungkan Rasulullah Saw dan para sahabat r.a."

- Habib Umar bin Hafidz

"Layanlah orang tuamu seperti Raja, maka rezekimu juga akan menjadi seperti Raja."

- Habib Umar bin Hafidz

"Jika jernih keadaan seorang mukmin, maka dia tak akan sabar untuk zikir kepada Allah."

- Habib Umar bin Hafidz

"Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah , maka Allah akan penuhi hatinya dengan rahmat dan ketenangan di setiap waktu."

- Habib Umar bin Hafidz

"Didiklah mata hati supaya jangan memandang hina pada orang lain walaupun dengan ahli maksiat."

- Habib Umar bin Hafidz

"Seandainya Allah perlihatkan pahala kesabaran, pasti ramai manusia yang berlumba lumba mendekati ujian."

- Habib Umar bin Hafidz

"Jangan sibuk dengan hal orang lain. Jaga lah hati kamu. Biarkan hati kamu senantiasa bersujud kepada Allah."

- Habib Umar bin Hafidz

"Wahai kamu semua yang mengharapkan pandangan daripada Allah, berselawatlah kepada Rasulullah Saw."

- Habib Umar bin Hafidz

Word 48

Word 48

Antara pertengahan Oktober dan akhir bulan Mac, iklim di sebelah timur Semenanjung dipengaruhi oleh musim hujan atau musim monsun.

Buasir Otak (http://buasirotak.blogspot.com/)

Buasir Otak
Buasir Otak - Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!

Sinopsis Drama Tasbih Rindu

Drama bersiri kekeluargaan yang memaparkan konflik rumahtangga. Bersama barisan pelakon seperti Shah Jaszle, Mardiana Alwi, Fafidzuddin Fazil, Dr. Nora Hendon, Feiyna Tajuddin, Mak Wan, Abu Bakar Juah, Josiah Hogan, Amai Khamaruddin dan Gobbinath.

Drama Tasbih Rindu telah bersiaran mulai 25 September 2018 di TV1,  setiap Isnin hingga Khamis , jam 11.30 pagi.


Sinopsis Drama Tasbih Rindu

Cerita bermula apabila Ryan diculik sekumpulan penjenayah Sani, Mamat dan Siva. Ryan dikurung di dalam sebuah rumah kosong di sebuah kawasan yang terpencil sementara menunggu untuk mendapatkan wang tebusan daripada keluarganya. Ibu bapa Ryan, Dato Jamil dan Datin Kathy tidak keruan dan cemas apabila menerima panggilan daripada Sani supaya menyerahkan wang tebusan berjumlah RM1juta dalam masa 24jam untuk membebaskan anak mereka. Sarah kekasih Ryan muncul buat kali pertama dalam rumah ibu bapa Ryan.

Keluarga Ryan masih buntu dalam usaha membebaskan Ryan dari penculik. Usaha Aiman anak Dato Mansur berhasil apabila mendapatkan CCTV rakaman kejadian dan berusaha menjejaki penculik.

Sani mengarahkan Mamat dan Siva menunggu di lokasi di mana penghantaran wang tebusan akan dibuat. Pada masa sama, Sani belot dan mengarahkan Dato Jamil menghantar wang tebusan di lokasi lain. Mamat dan Siva yang hampir ditangkap polis cuba menghubungi Sani tetapi gagal. Sani bagaimanapun dapat menipu Dato Jamil untuk menyerahkan wang tetapi tidak menyerahkan Ryan. Pada masa sama, Ryan Berjaya melarikan diri dari penculiknya. Ryan tercedera sewaktu melarikan diri dan diselamatkan tanpa di ketahui oleh siapa.

Sani berjaya menjejaki Ryan namun dapat diselamatkan. Mamat dan Siva dalam pada itu mengesyaki Sani telah memperdayakan mereka kerana tidak menghubungi serta tidak menceritakan tentang keadaan yang berlaku. Suri yang mneyelamatkan Ryan cuba mengubati luka kecederaan Ryan dan mula menunjukkan minat terhadap Ryan. Keadaaan di rumah Dato Jamil bertambah cemas apabila kelibat Ryan mahupun penculik tidak dapat di kesan.

Dato Jamil berkeras kepada Sani yang dia akan hanya menyerahkan wang tebusan baru sekiranya Sani menyerahkan Ryan kepadanya. Sani membawa Ryan keluar dari rumah dan ditinggalkan di pinggir hutan sementara beliau mendapatkan bantuan rakannya Samat. Belum sempat Sani berbuat apa-apa, Mamat dan Siva telah berjaya menangkapnya dan kemudian mengurungnya di sebuah rumah tinggal. Samat yang tidak mempercayai kata-kata Sani terus menderanya. Ryan yang ditinggalkan di hutan akhirnya diselamatkan seorang budak lelaki dan ibunya. Manakala Dato Kamil buntu kerana tidak dapat menghubungi Sani.

Datin Kathy bagaikan putus harapan untuk mendapatkan Ryan semula. Mak Mah cuba menenangkannya. Mamat pula terus mendera Sani untuk mendapatkan wang tebusan yang disimpannya. Sani cuba memujuk Siva melepaskannya ketika Mamat meninggalkan mereka berdua tetapi gagal.

Di rumah, Ryan yang dengkel agama mula terkesan dengan Afeef yang walaupun baru berusia 7 tahun cuba membimbingnya untuk membaca Iqra dan bersolat. Ryan jua berasa kasihan kepada Suri, seorang ibu yang penyayang. Sarah yang bertandang ke rumah Dato Jamil cuba memberitahu sesuatu mengenai Ryan.

Di rumah Dato Jamil, Sarah bercerita perangai buruk Ryan suka berjudi dan meminjam wang Along. Bagi menenangkan fikiran Dato Jamil cuba mendekati diri dengan Tuhan. Mamat dan Siva pula membawa Sani ke rumahnya untuk mengambil wang tebusan yang di beritahu Sani di tinggalkan di rumah. Melangnya Sani melarikan diri. Di rumah Suri, Ryan yang semakin sihat lebih berjinak dengan agama dan membantu Suri meringankan beban kewangan dengan menyerahkan jam tangannya untuk dijual.

Suri dapat berita daripada Kak Eton yang Jidin ternampak mayat Sani di hutan tetapi apabila orang lain memeriksa di dapati mayat berkenaan telah hilang. Sejak itu Suri seperti tidak keruan. Dato Jamil pula dimaklumkan pihak polis telah menemui Siva dan kini sedang koma di hospital. Berita ini memberi harapan kepada keluarga Dato Jamil terutama isterinya Datin Kathy yang anaknya akan dapat diselamatkan.
Sani tiba-tiba muncul di rumah dan mengheret Ryan keluar dari rumah. Ketegangan berlaku apabila dalam masa yang sama Mamat juga tiba dan mengugut Sani dengan pistol dan meminta dia menyerahkan wang tebusan. Sani terpaksa mengikut perintah Mamat dan ketiga-tiga mereka bergerak keluar dari rumah. Dalam perjalanan Ryan yang pengsan ditinggalkan di dalam hutan.

Ryan yang ditinggalkan di hutan kerana disangka telah mati berjaya kembali ke rumah Suri. Sementara itu berita Sani menculik Ryan mula tersebar di media dan diketahui orang kampung. Dato Jamil banyak menghabiskan masanya di masjid dan merasa kesal kerana layanannya terhadap Ryan selama ini. Sementara Sani pula gagal meyakinkan Mamat yang duit tebusan yang diterima telah hilang terus didera dan Mamat akhirnya mengikatnya di sebatang pokok dan meninggalkannya.

Mamat kembali ke rumah Sani dan mengancam Ryan dengan pistol dan diarahkan untuk mengikutnya. Kehilangan Ryan mengecewakan Afeef dan akhirnya dia jatuh sakit. Polis akhirnya berjaya menangkap Sani dan Mamat dan Ryan dibebaskan. Buat pertama kali setelah sekian lama Dato Jamil mendakap Ryan dan memohon maaf atas tindakannya terhadap Ryan selama ini.

Jodoh-jodoh Annisa

Drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa yang bakal disiarkan menerusi slot Tiara di Astro Prima dan Maya HD, Februari 2019.

Drama 100 episod terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Riza Baharudin.

Membariskan pelakon seperti Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq , Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Daniella Sya, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

* * *


Word 47

Word 47

I'm not perfect,

I make mistakes,

I hurt people,

but when i say sorry,

I mean it...

SINOPSIS RAHASIA KASIH

SINOPSIS RAHASIA KASIH

Alina yang merupakan pelajar di New Zealand. Alina jatuh cinta dengan Nazmi anak orang kaya yang bercuti di sana. Walaupun pada mulanya Nazmi tidak menyukai Alina, namun ada sesuatu yang mengubah hati Nazmi.

Drama bersiri (20 episod) arahan Jamal Khan bertajuk Rahasia Kasih bakal mengisi slot Glamadrama di ntv7. Menampilkan gandingan Nadia Brian dan Isa Khan. Bakal menemui penonton pada 30 Oktober nanti. 

Gegar vaganza 5 : Minggu 4

Gegar vaganza 5 : Minggu 4

Senarai lagu tugasan




  1. Amelina bersama Sam Innuendo "Tak Pernah Hilang" nyanyian Amylea & Kaer
  2. Billy Zulkarnain bersama Siti Nordiana "Hanya Memuji" nyanyian Shanty & Marcel
  3. Dia Fadila bersama Rahmad Mega "Tangisan Marhaenis" nyanyian Hattan & Dia Fadila
  4. Farawahida bersama Ezzad "Hati Ini Telah Dilukai" nyanyian Kris Dayanti & Ajai
  5. Hetty Sarlene bersama Zarul Umbrella "Aku Cinta Aku Rindu" nyanyian Nurul & Ajai
  6. Maya bersama Tia Jinbara "Bujang Senang" nyanyian Wings
  7. Noryn Aziz bersama Liza Hanim "Seksis" nyanyian Anita Sarawak
  8. Shafie Rio bersama Azharina "Ada Apa Dengan Cinta" nyanyian Melly Goeslaw & Eric
  9. Zamani bersama Mamat Exist "Ghazal Untuk Rabiah" nyanyian M. Nasir & Jamal Abdillah
  10. Kumpulan Forteen bersama Haiza "Seluruh Cinta" nyanyian Siti Nurhaliza & Cakra Khan

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Keempat) pada 21 Oktober 2018 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

Gegar vaganza 5 : Minggu 3

Gegar vaganza 5 : Minggu 3

Senarai lagu tugasan : keputusan Konsert 

Sinopsis Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Sinopsis Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal


Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawannya tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah kerajaan.

Semasa cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, kanak-kanak yang terganggu itu tiba-tiba dibebani dengan tugas memulihkan kerajaan kembali ke bekas kemuliaannya.

Dengan bantuan watak-watak dari dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya akan menempuhi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu dan lucu.


Sinopsis 7ujuh

Sinopsis 7ujuh

Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri.

Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol.

Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka.

Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu. _sumber


"Tiada yang terlepas dari sumpahannya."

7 jiwa. 7 nista. 7 noda.

Filem arahan Raja Mukhriz dan dibintangi oleh Johan As'ari, Cristina Suzanne, Marsha Milan, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Siti Saleha, Riz Amin dan Deedee Nash. Penampilan istimewa oleh Faizal Hussein dan Wan Hanafi Su.

7UJUH - Di pawagam mulai 8 November 2018.

Penyanyi Saleem meninggal dunia pagi tadi

Penyanyi Saleem dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 6.15 pagi tadi.
Kenyataan itu disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.
“Ya, ayah telah meninggal dunia. Pihak hospital sedang menguruskan jenazah ayah sebelum disembahyangkan di Surau As Syakirin,  Bandar Mahkota Cheras," katanya ringkas.
Saleem atau nama sebenarnya, A.M Salim Abdul Majeed menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Penyanyi berusia 57 tahun itu sebelum ini terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.
Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma.
Terdahulu sekitar pukul 7 pagi, salah seorang anak penyanyi yang terkenal dengan lagu Suci Dalam Debu itu, Iera memuat naik status mengenai kematian penyanyi legenda itu. - K! ONLINE

Wadah Terkini