Drama Mocha Kau Bahagia 2

Sinopsis Mocha Kau Bahagia 2

Setelah tiga tahun, mereka kini lebih dewasa dan memikul tanggungjawab yang berbeza. Melur sudah bersedia untuk fasa seterusnya dalam hubungan mereka, namun Firdaus masih bersikap acuh tak acuh. Akhir sekali, Jefri memberitahu sesuatu tentang Melur yang merunsingkan Firdaus. Setelah Firdaus mengetahui tentang Melur dipinang oleh seseorang, Firdaus sedar yang dia perlu lakukan sesuatu. Adakah Firdaus mampu menambat hati Melur semula atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan hubungan barista McCafe, Azlan (Syafie Naswip) dengan seorang gadis misteri bernama Erin (Eyra Hazali) yang selalu memesan Cappuccino? Adakah dia berjaya menambat hati gadis tersebut?

Drama Mocha Kau Bahagia 2 lakonan Syafiq Kyle, Farah Nabilah, Syafie Naswip, Eyra Hazali, Fatimah Abu Bakar, Vanidah Imran, Sharifah Aryana, Atiq Azman, Issey Fazlisham, Suehada Hamid, Nadia Brian, Fezrul Khan, Donna Muslim. Ditayangkan mulai 15 Oktober 2018, setiap Isnin dan Selasa, 9.50 Malam, di TV3


Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan