Oktober 03, 2018

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA

Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa
Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur? 

Drama adaptasi novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil yang bakal muncul dalam slot MegaDrama. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Mempertemukan gandingan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. Akan menemui penonton pada bulan November nanti.


Petikan novel Isteri Untuk Disewa by 



Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?

Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? 
Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.



Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.


“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.


“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.


“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.


“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.


Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut