Anak sulung pelakon terkenal, Bob Lokman iaitu Mohamad Adam, disahkan telah meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi selepas pengsan di rumahnya di Sungai Buloh.
Berita sedih berkenaan dikongsi Bob atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, 54, menerusi laman Facebook miliknya.
“Memaklumkan bahawa anak sulung saya, Mohd. Adam baru sahaja kembali ke rahmatullah,” tulisnya.
Difahamkan sebelum ini Adam yang berusia 25 tahun pernah mempunyai sejarah ketumbuhan dalam otak.
Bagaimanapun, ketumbuhan berkenaan sudah dibuang ketika berusia 8 tahun. Penyakitnya itu juga membuatkan dia kerap pengsan.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Hikmah, Kuang, dan dijangka kebumi selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang, Sungai Buloh.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”