REZEKI
Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yg kamu perlukan untuk hidup selama setahun??
Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.
Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.
Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yg dimakan oleh semut itu.
Lalu Nabi Sulaiman bertanya kpd semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yg kamu makan dlm setahun?
Maka semut itu menjawab, " Jika diluar botol ini, aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup..Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun. Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat.
Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya.
Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut..
Yakinlah rezeki milik Allah, bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat. Ianya milik Allah secara mutlak.
Jadi kita semua ada pilihan, jangan biarkan kita ditakut-takutkan oleh pembunuh-pembunuh impian disekeliling kita. JOM bangkit kejar impian kita, sebelum kejar impian orang lain !
#jmbelog Berminat http://tambahrm.wasap.my/ @ daftar www.dananiaga2u.com/jm2u
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.