Oktober 13, 2018

Sukan Para Asia di Jakarta : Sasaran 15 pingat emas tercapai

Sukan Para Asia di Jakarta 2018 : Sasaran 15 pingat emas tercapai

Malaysia mengumpul 15 pingat emas, 24 perak dan 21 gangsa. Jumlah 15 emas itu menyamai pencapaian kontinjen negara pada Sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan, empat tahun lalu.

Dua atlet para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly mempamerkan aksi cemerlang memencah rekod dunia.
Mohamad Ridzuan yang bertanding dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) memadam rekod lama atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC 2013 di Lyon, Perancis.
Sementara Abdul Latif memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran). Rekod dunia sebelum ini dilakukan Abdul Latif ketika Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut