Julai 14, 2019

Throwback hitam putih kehidupan

Throwback hitam putih kehidupan

Semenjak awal mendirikan rumahtangga 15 tahun lalu bersama Isteri yang amat ceria, tidak pernah sekalipun isteri mengeluh beri masaalah pada saya, tidak pernah sekalipun merungut dalam apa jua perkara dalam rumah tangga bermula dengan menyewa rumah hanya mula beli tilam tanpa katil, almari plastik dengan zip, dapur rm50, peti sejuk, mesin basuh ansuran kedai letrik bentong periuk nasi, pinggan mangkuk hadiah perkahwinan dan banyak perkara dikongsi bersama, hingga boleh memiliki tempat tinggal sendiri dan 2 unit lagi sebagai pelaburan di hari persaraan bersama.

Dari awal perkahwinan sehingga mempunyai anak sulong sampai anak ketiga semuanya berjalan lancar hanyalah asam garam rumahtangga perkara biasa, dari mempunyai pendapatan ketika makan gaji, saya sanggup resign kerana ingin mulakan  kehidupan di luar bandar bersamanya dalam apa jua cabaran sekalipun, segalanya dapat di tempuh sehingga ke hari ini syukur.

Saya menceburkan diri dalam bidang kewangan dan Insuran pada tahun 2001 sehingga kini, trading, consultant pada tahun 2000 sehingga kini, oleh kerana jiwa berniaga telah tersemat dari ketika umur saya 9 tahun lagi, saya bukannya dari keluarga senang di besarkan dengan hasil menjual jajan, aiskrim malaysia, sengkuang calit, lima kasturi bersama asam boi pada ketika itu di keramat kuala lumpur, dan kerja bapa sebagai pekerja  kontrak membuat rumah.

Masih segar di ingatan bersama arwah emak ketika hendak membeli barang jualan di pasar chow kit dengan malu sangat pada mulanya ramai mata yang memandang, dengan kedua belah tangan penuh dengan jajan jualan dan termasuk barangan harian hanya menaiki bas sri jaya bernombor 255 ketika pada tahun 80an, dari chow kit ke bengkel MARA keramat kini hentian LRT JELATIK dari situ saya di didik  supaya cekal bagi menampung hidup.

Kecekalan saya tidak berhenti disitu, saya mula mencari kerja sampingan di pasar keramat semasa cuti sekolah dengan mengupas kulit bawang, mengepam minyak tanah, menghantar gas masak, menjual surat khabar, jagung kukus, mengutip tin minuman dan sebagainya termasuk menjual kuih setiap pagi dari rumah ke rumah, jadual kerja pada zaman cuti sekolah dari 7am hingga 7pm dengan upah RM7.00 sahaja, macam tak percayakan?.. bersyukur amat pada waktu Itu, semua adalah pengalaman zaman kanak-kanak saya.

Kini, ujian getir datang lagi, perkara yang tidak pernah saya duga sama sekali, segala perancangan yang dibuat bersama isteri yang tercinta boleh lebur sekelip mata pada akhir tahun 2018 apabila isteri diserang ANGIN AHMAR dalam erti kata lain STROK, disini saya cuba untuk bangkit ubah persepsi setiap pandangan negatif pada positif, ramai memberi sokongan padu, semangat doa dan kata-kata baik dalam saya meneruskan kehidupan, saya amat mernghargainya.

Apa jua yang bakal berlaku hidup mesti diteruskan dan jangan berputus asa kerana nasih ramai diluar sana yang tidak bernasib baik seperti kita, dan saya telah melihatnya sendiri dikala kita masih boleh melihat media sosial, tetapi segelintir mereka masih mengharapkan pertolongan netizan untuk membiayai kehidupan, kerana setiap persediaan tidak berakhir dengan kemanisan kerana kebahagian itu tidak berwarna.

Jadi pendapat saya sebagai seorang suami dan bapa bagi menentukan hala tuju masa hadapan buat lah keputusan terbaik tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, cari lah sahabat atau teman yang memberikan dorongan positif untuk berjaya bukan kepentingan peribadi semata.

Saya amat berterima kasih kepada sahabat, rakan media sosial yang sentiasa memberikan dorongan, kata-kata positif  juga ilmu dan sumbangan idea bernas yang sangat menakjubkan dengan idea perkongsian yang amat berguna.

Kepada yang masih mempunyai pasangan yang juga tulang belakang hargai sepenuh hati dan sayang.

#beyourself
#lifemustgoon
#leverage

Amza mohd yusuf
hidup ini adalah sebuah cerita

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!