Alita: Battle Angel
Word 115
Word 115
Semoga hari ini baik-baik sahaja
Semoga hari ini lebih indah
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Aamiin Ya Rabbal Alamin
Episod cinta & Dalam benci ada rindu (boboy) cover by murshid
Tika cinta melanda sukma
Tika setia diombak resah
Masihkah ada bahagia
Tika rindu padamu saja
Tika restu untukmu jua
Akhirnya aku yang melara
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu terhadapku
Setia selalu ke akhir hayatmu
Ternyata palsu
Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini
Menjadi sebuah memori
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu terhadapku
Setia selalu ke akhir hayatmu
Ternyata palsu
Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini
Menjadi sebuah memori
Tika kesal menggamit hati
Tika segan menyentuh jiwa
Anggaplah lumrah dunia
Apakah kau bahagia
Kerna rindu dendam
Telah kau baca
Hanya kita berdua sahaja
Dibuai angin dingin
Biar selama-lamanya
Adakah kau gelisah
Tangis luka hiba
Seperti insan lara
Tak ku seandainya sendirian
Lemas mencari ruang untuk bernafas
Jikalau aku bersendiri
Diuji oleh hidup ini
Dalam benci dalam rindu ada semua
Ada jurang tidak kau sedari
Setenang kasih dipagar mata
Mudahnya terpedaya
Walau pun tidurku di atas permata
Tidakkan lena jika kau tidak bersama
Itu kehendakNYA itu suratannya
The Poor Girl And The Rich Boy Love Story
Gambaran Sebenar Dabbah
- Daripada Huzaifah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
- Pertama: Imam al-Qurthubi menyatakan al-Dabbah adalah seekor anak unta daripada unta Nabi Soleh AS yang dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam batu dan unta tersebut akan keluar pada bila-bila masa dengan izin Allah SWT.
- Kedua: Al-Dabbah yang dimaksudkan adalah al-Jassasah yang disebut atau diceritakan di dalam hadith Tamim al-Dari.
- Ketiga: Al-Dabbah adalah ular yang menjaga dinding Ka’bah.
- Keempat: Al-Dabbah adalah manusia yang bercakap bagi menentang orang yang melakukan bid’ah dan kekufuran.
- Kelima: Perkataan al-Dabbah adalah isim (kata nama) bagi setiap binatang yang melata dan ia bukanla haiwan tertentu yang memiliki berbagai keajaiban dan keanehan. Berkemungkinan yang dimaksud dengannya adalah bakteria yang berbahaya yang telah membuat manusia menderita dari sudut badan dan kesihatannya.
- Pertama: Al-Dabbah akan keluar dari Makkah al-Mukarramah iaitu dari masjid yang paling mulia.
- Kedua: Al-Dabbah ini akan keluar melalui tiga tempat. Ia akan keluar di sebahagian lembah dan kemudiannya bersembunyi. Kemudian ia keluar lagi di sebahagian kampung, lalu ia muncul di Masjid al-Haram.
Cerekarama Suluhkan Aku Cahaya
Nak Wajah Cantik Berseri? Amalkan Baca Doa Nabi Yusuf


Filem Hanum & Rangga bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia tak lama lagi.
SEGMEN | Giveaway Cash Blogger Malaysia
Mana air?
Balik kerja terus buka air paip.
Mana air?
Jiran beritahu ada kemalangan terlanggar paip besar saluran air utama di taman.
Nasib ada air tangki.
Cukuplah.
Bila nak pulih agaknya.
Dugaan.
Nurraysa
Siapa Nurraysa...?
SINOPSIS BIKERS KENTAL 2
Pernah tak ambik wudhu’ masa mandi tanpa pakaian? Ini hukumnya yg kita kena tahu.
Pernah tak ambik wudhu’ masa mandi tanpa pakaian? Ini hukumnya yg kita kena tahu.
Soalan :
Assalammualaikum,
Saya sekadar mahu bertanya… apakah hukumnya mengambil wudhu’ ketika tidak berpakaian ?
Jawapan :
Waalaikumusalam, hukum ambil wudhu’ dalam keadaan bo g el itu makruh. Adalah lebih baik jika anda tahu menghargai perasaan malu. Ini kerana 2 malaikat yang tidak pernah berenggang dengan kehidupan manusia iaitu Rakib dan Atid.
Rujukan video oleh UAI
Namun ada penjelasan lain yang boleh kita baca
Soalan :
Apakah hukum kita mengambil wuduk dalam keadaan tidak berpakaian?
Jawapan :
Suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan. Akan tetapi, di dalam bab mandi ada dinyatakan bahawa menutup aurat adalah satu daripada perkara sunat.
Namun begitu, ia berlainan pada keadaan mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW:
لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا تَنْظُرُ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ
Maksudnya:
Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.
Hadis riwayat Muslim (no. 388)
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ قَالَ احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ فَقَالَ الرَّجُلُ يَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ قَالَ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَاهَا أَحَدٌ فَافْعَلْ قُلْتُ وَالرَّجُلُ يَكُونُ خَالِيًا قَالَ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ
Maksudnya:
Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Menurut mazhab Syafie, wajib kepada seseorang muslim yang berada di dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup untuk menutup aurat. Pandangan ini juga disokong oleh ulamak dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Adapun begitu, dari kalangan Ulamak mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat ketika berada dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176)
Namun begitu, dibenarkan seseorang itu untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat ia perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau untuk menyejukkan badan (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Justeru dalam keadaan tidak memakai pakaian ketika wuduk adalah sah tetapi tidaklah dilakukan di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain. Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain. Walaupun sah wuduknya tetapi dia berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya.
Bahkan Rasulullah SAW bersabda:
الحَيَاءُ مِن الإِيمَان
Maksudnya:
“Malu itu sebahagian daripada Iman.”
Hadis Riwayat Bukhari (no. 24)
فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ
Maksudnya:
“Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Walaupun tidak dinyatakan sebagai perkara sunat atau wajib menutup aurat ketika mengambil wuduk tetapi adalah lebih baik dan utama untuk menutup aurat sepertimana yang disunatkan ketika mandi.
Wallahualam
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri via kashoorga
Tentu Ramai Tak Sangka Maksud BAHENOL, Rupanya
Tentu Ramai Tak Sangka Maksud BAHENOL, Rupanya ...

Berkemah…
Berkemah…
Dengan si nopal
Si nopal
Si nopal
Anaknya bahenol
Bahenol
Bahenol
Siapa pernah nyanyi lagu nie?. Sempoi je liriknya dan ternyata amat mudah untuk dihafal. Jangan malu bossku nak ngaku, hikz!
Filem animasi Si Nopal yang trending di Malaysia
Lagu Si Nopal yang trending di Malaysia ini dipetik dari kisah animasi pendek Indonesia dan telah menjadi siulan sehingga ia diparodikan oleh sebahagian artis Malaysia seperti Wany Hasrita, Jihan Musa, Kamal Adli dan ramai lagi.
Lagu ini menceritakan kisah Si Nopal dan adiknya, Dede (cute girl) yang ingin pergi berkhemah bersama-sama. Malah penyanyi lagu yang trending ini juga seorang remaja berusia 16 tahun iaitu Nadiah yang merupakan anak kelahiran Bogor, Indonesia. Cute juga orangnya!
Inilah Nadiah penyanyi lagu Si Nopal
Nadiah baru berusia 16 tahun dan boleh di instagramnya @ Si_Nadiah
Di sebalik lagu yang trending dan menjadi siulan ini, REMAJA cuba mencari maksud sebenar BAHENOL yang disebut-sebut.
Inilah keluarga si Nopal. Seramkan tengok maknyakan, mata sebelah jer nampak, yang dede tu lagi seram, tak ada mata. Hahaha.
Mungkin disebabkan kita kurang memahami bahasa pertuturan Indonesia, dalam carian di Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) menyatakan BAHENOL bermaksud MONTOK & MENGGHAIRAHKAN.
Carian di Kamus Besar Bahasa Indonesia memaparkan bahenol bermaksud montok dan mengghairahkan
Owhh, tak sangka pula maksud bahenol begitu? Bayangkan kalau yang menyanyi itu gadis remaja atau kanak-kanak. Ternyata ia agak kurang sesuai disebut kerana kita diajarkan bahawa montok dan mengghairahkan ini biasanya merujuk kepada perempuan memiliki tubuh yang seksi.
Atau cuba korang tukar liriknya, hahaha
Berkemah..
Berkemah…
Dengan si nopal
Si nopal
Si nopal
Anaknya montok dan mengghairahkan (bahenol)
Montok dan mengghairahkan (bahenol)
Montok dan mengghairahkan (bahenol)
Hokay, korang komenlah sendiri la.
Bantuan Khas Rm 1000 kepada wanita kedah.
Bantuan Khas Rm 1000 kepada wanita kedah.
Syarat sebab utama memohon :
1. Ditinggalkan suami
2. ibu tunggal
3. menjaga ibu/bapa/penjaga sakit terlantar
4. menjadi ketua isi rumah disebabkan suami sakit terlantar dan hilang punca pencarian
5. tidak berkahwin tetapi mempunyai anak peliharaan @ tanggungan
6. keprluan bantuan kewangan bg meningkatkan aktiviti ekonomi bg tambah pendapatan kluarga
7. ditimp musibah atau bencana
8. lain lain nyatakan
* kena cop pengesahan yb adun @ penyelaras dun
* sediakan document berkaitan
ini sy bg link untuk download borang.
https://www.kedah.gov.my/index.php/muat-turun-borang-pejabat-suk
Kesalahan Biasa Ibubapa, Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam.
Kesalahan Biasa Ibubapa, Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam.
“Doktor, boleh tak anak saya mandi ketika demam?”
Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketika mereka demam. InshaAllah. Jangan pengaruh orang keliling, tetapi saya berharap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. Okay?
1. APA ITU DEMAM?
Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5’C iaitu lebih 37.5’C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini, suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu.
Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum dan makannya okay. Tak perlu berikan ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
2. CARA MENURUNKAN SUHU TUBUH BADAN BILA DEMAM
A) Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletakkan di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh.
B) Adalah satu kesilapan jika anda:
Menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais sebab hal ini bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana iar dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang.
Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kasihan si anak lagi menggigil serta lagi naiklah demamnya. Kalau nak buat ekspirimen,jika kita ibu bapa demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar. Apatah lagi nak mandi air sejuk?! Kalau periuk panas dibasuh poun akan berasap. Biar periuk itu sejuk terlebih dahulu, baru basuhkan. Bukan?
3. BERSELIMUT KETIKA DEMAM
Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke paras normal
4. KERAP MINUM AIR
Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk mengelakkan dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.
5. JANGAN GUNA AIR SEJUK!
Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk. Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.
6. TAK PERLU MAKAN UBAT JIKA ANAK MASIH AKTIF
Anak tidak perlu makan ubat jika ia demam tetapi boleh makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38’C.
Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan. Segeralah bawa bayi/anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.
Nasihat saya, segera rawat demam anak anak. Elakkannya daripada menjadi sawan panas tarik “Fibrile Fit”.
Kalau ibu dan ayah sudah tiada nanti, selepas kebumikan, jangan buru-buru balik lagi
Rupanya Simbol Dan Nombor Pada Plastik Tentukan Isi Apa Yang Sesuai Dalam Botol
Rupanya Simbol Dan Nombor Pada Plastik Tentukan Isi Apa Yang Sesuai Dalam Botol
Kena ambil tahu untuk keselamatan dan kebersihan okay?

Sumber: Twitter @drihsansuhaidi
Kita setiap hari menggunakan barangan plastik bila kita beli barang, beli makanan dan sebagainya. Bekas minuman kita pun dibuat daripada plastik. Ada orang rajin tengok ingredient barang atau makanan yang mereka beli. Kalau korang macam mana pula?
Tahu tak apa maksud disebalik simbol dan nombor pada plastik tu ?
Drama Leftenan Zana
Word 114
Word 113
Can't sleep
Can't sleep
Cuba pejam tak nak lena
Dah hampir 2 pagi
Nanti nak kerja
(-_-)
KETIKA ALIRAN DARAH HAID JANGAN SUKA AMALKAN MINUM INI
KETIKA ALIRAN DARAH HAID JANGAN SUKA AMALKAN MINUM INI
Ketika Haid atau menstruasi adalah yang di alami setiap bulannya oleh setiap wanita kejadian yang hanya di alami oleh wanita ini merupakan peluruhan dinding rahim terdiri dari pada darah jaringan tubuh. Haid juga merupakan suatu proses pembersihan rahim terhadap pembuluh darah kelejar-kelenjar dan sel sel yang tidak terpakai karena tidak ada pembuahan.
Bagi yang sudah berkahwin umum mengetahui bahaya bersetubuh ketika sang isteri sedang haid,namun bukan hanya itu pantang larang bagi wanita haid untuk mengelak dari pada kanser rahim,pemakanan juga mempunyai peranan penting dalam hal tersebut.
Berikut 4 perkara yang harus anda elakkan ketika sedang haid.
1. Jangan minum air yang memunyai ketulan ais, air soda dan kelapa semasa haid.
2. Jangan keramas kerana pori pori kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala. (kepala dimasuki angin), sangat berbahaya kesan ini biasa dirsakan semasa muda dan semasa tua nanti.
3. Jangan makan timun semasa haid kerana getah yang ada pada timun menyebabkan sisa haid melekat di dinding rahim.
4. Selain itu, saat sedang haid, tubuh tidak boleh terluka, terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutamanya bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, dan menyebabkan rahim luka. (luka dalaman)
Ini membuktikan, minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid terkumpul pada dinding rahim, setelah 5-10 tahun dapat menyebabkan "KETUMBUHAN & KANSER RAHIM".
Tidur Malam Tiba-Tiba Terbangun?
Tidur Malam Tiba-Tiba Terbangun? Bacalah Doa Ini Dan Minta Apa Sahaja, InshaAllah Termakbul Segala Hajat
Pernahkah sewaktu tidur di malam hari, anda terjaga secara tiba-tiba? Selepas itu mesti ramai yang sambung tidur semula. Tahukah anda sebenarnya ia menjadi satu kerugian yang besar sekiranya anda tidak mengamalkan doa dan zikir ini.
Selepas itu mintalah apa sahaja pada Allah, dengan ikhlas dan sesungguhnya memohon, In Sha Allah pasti akan dimakbulkan. Jom ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Semoga dapat membawa manfaat buat semua.
Pada malam hari ketika tengah tidur, kita mungkin pernah tiba-tiba terjaga dari tidur di tengah malam. Sebenarnya pada ketika itu ada zikir dan doa khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita baca.
Malah Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa ketika seseorang itu terjaga dari tidur pada malam hari jika ia berdoa maka akan dikabulkan doanya dan jika bangun kemudian solat maka solatnya akan diterima oleh Allah taala. Hal ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berikut ini.
Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda: “Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Kemudian dia mengucapkan:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosaku.
Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan shalat maka akan diterima shalatnya.”
al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, at-Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878, shahih.
Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata, “Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.”
(dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).
Keterangan:
Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata, “Perbuatan yang disebutkan dalam hadits ini hanyalah (mampu dilakukan) oleh orang telah terbiasa, senang dan banyak berdzikir (kepada Allah), sehingga dzikir tersebut menjadi ucapan (kebiasaan) dirinya sewaktu tidur dan terjaga, maka Allah Ta’ala memuliakan orang yang demikian sifatnya dengan mengabulkan doanya dan menerima shalatnya.” (Kitab Fathul Baari 3/40).
Keutamaan mengucapkan dzikir ini juga berlaku bagi orang yang terjaga di malam hari kemudian dia mengucapkan dzikir ini (berulang-ulang) sampai dia tertidur.
Imam an-Nawawi berkata, “Orang yang terjaga di malam hari dan ingin tidur (lagi) setelahnya, dianjurkan baginya untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala sampai dia tertidur.
Dzikir-dzikir yang dibaca (pada waktu itu) banyak sekali yang disebutkan (dalam hadits-hadits Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam), di antaranya, Kemudian beliau Shallallahu’alaihi wasallam menyebutkan hadits di atas (kitab al-Adzkaar hal. 79 – cet. Darul Manar, Kairo, 1420 H).
Di antara para ulama ada yang menjelasakan bahwa peluang dikabulkannya doa dan diterimanya shalat pada saat setelah mengucapkan dzikir ini lebih besar dibandingkan waktu-waktu lainnya (lihat kitab Tuhfatul Ahwadzi (9/254).
Sumber : Detik Perjuangan






