Pages

Februari 15, 2019

Nak Wajah Cantik Berseri? Amalkan Baca Doa Nabi Yusuf

Sekiranya ingin wajah tampil berseri, amalkan baca doa  kecantikan dan menaikkan keserian di wajah iaitu surah Nabi Yusuf, surah Yusuf Ayat 4 sejurus selepas solat. 
Amalkan ayat pengasih Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Taha ayat 39



(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Surah Yusuf Ayat 4


"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Surah Taha Ayat 39

Caranya: 
-Baca 3 kali , kemudian sapu ke wajah korang. 
-untuk pengetahuan semua, amalan ini sesuai untuk mereka  yang berat jodoh. 
Wajib diketahui:
-Jangan baca tanpa memisahkan ayat tersebut . Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai kemudian berhenti seketika dan teruskan baca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi. 
Sertakan dengan niat yang baik setelah menggunakan doa penyeri wajah surah nabi Yusuf. Nescaya, suami akan lebih menyayangi anda.
Amalkanlah selalu dan baca dihadapan suami. Bacalah kedua ayat ini untuk mendapatkan kesan yang baik suami isteri. 
Baca sahaja di dalam hati dan tidak perlu baca dengan kuat. Untuk dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali selepas anda solat sebanyak 3 kali. 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!