SINOPSIS AKU YANG KAU TINGGALKAN

SINOPSIS AKU YANG KAU TINGGALKAN

Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu ?

Drama adaptasi novel Aku Yang Kau Tinggalkan karya Alina Haizar (30 episod) yang bakal menemukan kembali gandingan Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui penonton pada bulan Ramadan di saluran RTM.

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post