SINOPSIS SENAFAS RINDU

SINOPSIS SENAFAS RINDU

Kisah Fariz Ashman dan Vivianna (Anne) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab.

Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.

Fariz akhirnya nekad membawa Vivianna memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, ibu Fariz, Maznah dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana atau nama islamnya Siti Nur Ain. Nenek Fariz, Tun Afifah banyak mendorong Vivianna menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.

Drama adaptasi novel Senafas Rindu karya Damya Hanna disiarkan mulai 4 Februari 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.

Lakonan Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Kahoe Hon, Alya Iman, Wan Sharmila, Josiah Lim, Nelissa Edreena, Sharul Kamal, Alif Hadi, Janet Khoo, Arash Mohd, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Louisa Alissa Chong, Fazreen Rafi, Zarina Zainorddin, Mimi Ernida





Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan