SINOPSIS CURI-CURI CINTA ~ #JMBELOG SINOPSIS CURI-CURI CINTA - #JMBELOG SINOPSIS CURI-CURI CINTA - #JMBELOG

Labels

You are here :Home » DRAMA » SINOPSIS CURI-CURI CINTA

SINOPSIS CURI-CURI CINTA

SINOPSIS CURI-CURI CINTA

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza. 

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

Drama adaptasi novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah yang bakal mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Drama bersiri 28 episod. Akan menemui penonton pada bulan April 2019. 

Lakonan Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Farisha Irwayu dan ramai lagi.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts