Februari 07, 2019

Dia Jual Air Tepi Jalan Dapat RM81k Sebulan.

Dia Jual Air Tepi Jalan Dapat RM81k Sebulan. Peniaga Dedah Rahsia Buat Ramai Teruja

Dia tampak selekeh je dengan tshirt lusuh tapi ramai tak tahu yang incomenya adalah RM81,000 sebulan hanya dengan jual air tepi jalan. Wartawan berjaya bongkar rahsianya. Semoga jadi inspirasi.


RAHSIA JUAL AIR TEPI JALAN

Ali seorang warga Indonesia yang hanya dilihat sebagai peniaga air jalanan di Kuala Lumpur.

Tiada apa yang istimewa. Setiap cawan dijual dengan harga RM1.

Mampukah Ali untuk survive dengan perniagaan seperti ini di Malaysia?

Target Ali hanya menjual sekurang-kurangnya 300 cawan setiap hari.

Bila musim panas, jumlah yang dijual lebih banyak daripada itu.

Keuntungan kasar Ali setiap hari adalah minima RM300.

Dalam masa yang sama, Ali mempunyai 9 buah gerai lain di merata kawasan tumpuan di bawah jagaan pekerjanya.

Setiap gerai tetap sama mempunyai target minima 300 cawan sehari yang membawa keuntungan kasar RM300 untuk setiap satu gerainya.

RM300 sehari x 30 hari = RM9000.

RM9000 x 9 gerai lain miliknya = RM81,000.
Ini bermakna untung kasar Ali hanya dengan menjual air di jalanan untuk setiap bulan adalah RM81,000.

Ditolak modal dan kos, baru berapa sahaja. Dalam tempoh 12 bulan, Ali telahpun bergelar Jutawan Senyap yang hanya berniaga di tepi jalan.

Ini bermakna Ali mampu survive di negara ini malah jauh lebih kaya daripada majoriti rakyat Malaysia sendiri.

Itu baru menjual air di tepi jalan, apalagi dengan perniagaan dengan keuntungan harian yang lebih besar.

Itulah kuasa sebuah perniagaan. Di manakah anda hari ini? Sudah mula berniaga? Renung-renungkan.


Sumber: Oh Media

5 Kepentingan Pemasaran Bagi Meningkatkan Penjualan Dalam Sesebuah Bisnes

Setiap bisnes sudah pastinya hadir dengan jenamanya yang tersendiri. Kekuatan jenama ini memain peranan yang penting bagi menaikkan identiti sesebuah bisnes serta kepercayaan prospek.

Dalam sesebuah perniagaan, pemasaran merupakan tunjang utama bagi memastikan sesebuah syarikat terus berkembang. Melalui cara pemasaran yang efektif serta pengurusan yang sistematik, anda bakal berpeluang untuk melebarkan jaringan bisnes dengan menjual jenama kepada dunia luar.

Ada apa dengan pemasaran?

Pemasaran merupakan sebuah langkah bagi memperkenalkan servis atau produk kepada orang ramai dan difokuskan kepada prospek yang berminat. Tidak cukup sekadar teknik penawaran produk yang hebat, mensasarkan iklan kepada prospek yang tepat juga haruslah diambil kira.

Pemasaran bukan sahaja sesuai buat syarikat-syarikat yang masih baru, malah produk yang sudah dikenali ramai seperti Coca-Cola juga tetap konsisten dalam melahirkan minda bawah sedar produk mereka buat prospek.

Pemasaran yang berkesan juga bakal menjamin penjualan sesebuah syarikat. Berikut merupakan lima sebab mengapa pemasaran dikatakan nadi utama dalam sesebuah bisnes.

1. Membolehkan prospek mengenal produk anda kepentingan pemasaran

Sekiranya anda mahukan bisnes anda terus berkembang, servis atau produk yang ditawarkan haruslah dikenali oleh orang ramai.Bisnes tanpa pemasaran juga bakal membuatkan orang ramai skeptikal untuk mencuba disebabkan tiada info mengenai jenama yang mereka pilih.

Oleh yang demikian, sesebuah bisnes haruslah peka dengan pemasaran bagi mewujudkan kesederan mengenai produk yang dikeluarkan kepada orang ramai sekaligus menarik perhatian prospek yang berminat.

2. Meningkatkan penjualan sesebuah syarikat
Sejurus selepas anda melakukan kempen pemasaran sudah pastinya peningkatan penjualan syarikat antara yang diharapkan. 

Disinilah perlunya anda memantapkan skil penjualan yang bukan sahaja membolehkan orang ramai mengenali produk anda malah menjadi pelanggan anda.

Melalui cara yang pemasaran yang berkesan sudah pastinya angka penjualan syarikat bakal meningkat. Pastikan anda susun gaya pemasaran yang efektif terlebih dahulu sebelum mensasarkan iklan bagi meningkatkan brand awareness atau penjualan produk atau servis.

3. Meningkatkan reputasi syarikat

Pernahkah anda menonton iklan daripada syarikat Apple? Syarikat ini bukan sahaja memaparkan kualiti produk yang baik dan berjaya menarik perhatian orang ramai namun berjaya mewujudkan ekosistem yang menunjukkan iklan mereka berada di kelas yang tersendiri.

Mengapa reputasi syarikat sangat penting?

Syarikat yang mempunyai nama yang besar atau reputasi yang tinggi bakal menarik perhatian orang ramai dan secara tidak langsung meningkatkan penjualan sesebuah syarikat.

Selain daripada gaya pemasakan melalui pengiklanan seperti yang dilakukan Apple, anda juga berpeluang untuk meningkatkan reputasi syarikat dengan menghadiri seminar atau aturcara bisnes bagi memperkenalkan imej bisnes anda kepada orang ramai.

4. Mewujudkan persaingan sihat sesama syarikat

Pemasaran juga turut menawarkan persaingan yang sihat dalam sesebuah industri. Mengapa ianya dikatakan cara yang sihat? Pemasaran yang berkesan sekaligus bakal meningkatkan orang ramai untuk mendapatkan produk tersebut sekaligus meningkatkan penjualan produk niche tersebut.

Syarikat juga akan lebih bebas dan terbuka dalam menawarkan USP atau unique selling point buat para pelanggan. Contohnya, harga yang lebih rendah, penggunaan material yang berkualiti atau servis waranti yang lebih lama. Anda boleh lihat contoh yang sama melalui syarikat yang menawarkan air kopi atau smartphone.

Tanpa persaingan pemasaran yang sihat, syarikat yang menguasai industri sesebuah bisnes bakal terus berkuasa tanpa memberikan peluang buat pelanggan mendapatkan pilihan yang lain.

5. Apa yang perlu difikirkan sebelum melakukan pemasaran

Meskipun pemasaran memain peranan penting dalam sesebuah bisnes, anda haruslah peka bahawa pemasaran juga bakal melibatkan kos yang tinggi khususnya bagi mencapai bilangan prospek yang tinggi. Malah tidak mengejutkan sekiranya terdapat syarikat yang berbelanja hampir separuh daripada untung tahunan hanya buat pemasaran pada tahun awal penubuhan.

Apa yang dilakukan ini haruslah bertujuan bagi mengelakkan daripada sesebuah syarikat melakukan pemasaran yang kurang efektif sekaligus menjadi pembaziran kepada sesebuah syarikat.

Selain itu, para usahawan haruslah kreatif dalam merancang pelan pemasaran buat sesebuah syarikat. Tidak hanya bergantung kepada sebuah platform, anda juga berpeluang untuk meneroka lebih banyak platform lain melibatkan pembangunan laman web, penggunaan media sosial yang kreatif, serta perhubungan awam sesama prospek dan industri bisnes.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!