Februari 05, 2019

9 barangan harian dengan idea reka bentuk seperti tiada fungsi yang sebenarnya mempunyai tujuan

9 barangan harian dengan idea reka bentuk seperti tiada fungsi yang sebenarnya mempunyai tujuan

Kita biasa menggunakan barangan harian, tetapi mungkin tidak pernah terfikir kadangkala ia direka bentuk dengan ciri atau fungsi tersembunyi yang tidak diketahui kebanyakan orang. Beberapa butiran pada barangan itu kelihatan seperti idea reka bentuk tetapi sebenarnya ia mempunyai tujuan tertentu.

Di bawah adalah 9 barangan harian dengan idea reka bentuk yang kelihatan seperti tiada fungsi tetapi sebenarnya ia mempunyai tujuan.

#1. Lubang dan butang pada penutup minuman

ymaxsmile / Pikabu

Jika anda melihat pada penutup cawan kopi atau minuman yang lain, anda akan ternampak satu lubang kecil di atasnya. Lubang tersebut sebenarnya berfungsi sebagai penebat suhu panas daripada minuman. Wap panas perlu dilepaskan supaya ia tidak terkepung di dalam cawan minuman.

Butang-butang kecil itu juga mempunyai tujuan. Di restoran makanan segera, pekerja restoran akan memahami minuman apa yang mereka hidangkan sama ada teh, kopi atau cappuccino dengan melihat butang gelembung itu. Terdapat nama minuman di atasnya, dan kerja mereka akan menjadi lebih mudah tanpa perlu memeriksa minuman apa yang terdapat di dalam cawan.

#2. Penyandar kepala di tempat duduk kereta

aceksdemeshko / Depositphotos

Fungsi penyandar kepala di tempat duduk kereta lebih kepada melindungi pemandu dan penumpang daripada brek mengejut dalam kemalangan. Ia menjadi fungsi tambahan keselamatan selain beg udara dan tali pinggang keledar. Dan terdapat satu lagi fungsi tersembunyi bagi penyandar kepala.

Sekiranya anda mengalami situasi kecemasan seperti telah terkunci dari dalam kereta atau kereta terlibat dengan kemalangan dan terperangkap di dalam air, anda boleh menggunakan penyandar kepala sebagai pemecah cermin kereta. Caranya dengan menarik penyandar kepala dan pasakkan besi penyandar di tepi tingkap dan tolak dengan kuat penyandar kepala di tingkap itu untuk memecahkan cermin tingkap kereta. 

#3. Sudu persegi ais krim McDonald’s

aneta_rut / Instagram   / joan_foodnlife / Instagram

Bentuk sudu persegi ais krim McDonald’s telah menimbulkan banyak persoalan. Mengapa ia berbentuk persegi dan mempunyai cangkuk? Cangkuk itu sebenarnya berfungsi untuk disambungkan terus ke mesin ais krim, yang kemudian ia akan berputar bagi mencampurkan ‘topping’ pada ais krim. Dengan ciptaan ini, para pekerja tidak menghabiskan banyak masa untuk membuat pencuci mulut ini dan mesin ais krim tidak perlu dicuci dengan kerap.

#4. Pembungkus makanan dan gulungan foil

Bright Side

Terdapat rekaaan seperti kepak atau pengibas pada hujung kotak pembungkusan makanan atau foil aluminium. Sebenarnya ia direka sedemikian rupa untuk kemudahan pengguna. Jika anda menolaknya ke dalam, gulungan akan berfungsi dengan baik dan lancar di dalam kotak, dan kerja anda untuk membalut makanan akan menjadi lebih mudah.

#5. Filem hitam yang melitupi pintu ketuhar gelombang mikro

Luis Dantas / Wikimedia Commons   / Mike Mullins / Youtube

Pintu ketuhar gelombang mikro mempunyai filem hitam yang sangat penting. Ia berfungsi sebagai perisai yang dipanggil sangkar Faraday. Ia berfungsi untuk menyekat medan elektromagnet. Contoh seperti dalam gambar di atas, melihat seorang wanita di dalam sangkar Faraday. Cas elektrik yang kuat akan menyerang dari luar tetapi tidak membahayakan nyawanya kerana dia berada di dalam sangkar itu.

Perisai gelombang mikro berfungsi dengan cara yang sama. Sinaran elektromagnet tidak dapat keluar. Jadi anda tidak perlu memakai topi kerajang timah apabila setiap kali menggunakan ketuhar gelombang mikro.

#6. Baju bayi dengan rekaan tepi bahu seperti sayap atau kepak

Buntwit / Deposit Foto

Pengeluar pakaian kanak-kanak sudah tahu ibu bapa pasti mengalami cabaran apabila menukar pakaian bayi yang lasak. Untuk satu kehidupan yang lebih mudah, mereka telah mencipta kepak tepi bahu di pakaian bayi untuk membantu ibu bapa atau penjaga menyalin pakaian bayi.

Rekaan seperti kepak ini berfungsi sebagai penurun pakaian bayi ke bawah untuk menjadikan keadaan bayi lebih selesa. Pakaian yang dibuka akan ditolak dan dilurutkan ke bawah melalui kaki dan bukan menariknya ke atas melalui kepala bayi.

#7. Kotak pizza

 themodeltypee1 / Twitter

Kotak pizza itu sebenarnya telah direka untuk berdiri. Anda hanya perlu melipat kotak mengikut arahan pada kotak dan ia boleh berdiri tanpa perlu meletakkan apa-apa alas pendiri lain.

#8. Lubang-lubang kecil pada bekas coklat

Bright Side

Bagi penggemar coklat, anda perlu tahu bahawa lubang-lubang kecil yang terletak di tepi bekas coklat itu ada gunanya. Tolak atau tekan lubang itu ke dalam dan coklat akan melompat keluar dengan mudah.

#9. Gelung atau kelok pada kemeja

 ArturVerkhovetskiy / Depositphotos  / Depositphotos

Gelung  atau kelok di belakang baju bawah-butang diperkenalkan pada tahun 1960-an. Kemeja jenis boleh digantung pada “pasak loker” untuk mengelakkan kemeja menjadi kusut. Tetapi gelung atau kelok ini juga mempunyai rahsia.

Di masa lalu, para pelajar di Amerika menggunakan gelung atau kelok ini sebagai penanda untuk memberitahu bahawa mereka berada di dalam perhubungan dengan seseorang dan orang di sekeliling dapat menentukan bahawa seorang lelaki itu tidak lagi “bebas”.

Sumber : Bright Side

Kredit : EraBaru

2 ulasan:

  1. baru tahu yang kotak pizza tu hahahaha. rupanya kita semua takpernah tahu fungsi fungsi semua barang ni

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut