Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Didenda RM1,000 ~ #JMBELOG Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Didenda RM1,000 - #JMBELOG Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Didenda RM1,000 - #JMBELOG
You are here :Home » AKU » Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Didenda RM1,000

February 10, 2019

Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Didenda RM1,000

Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Didenda RM1,000

Jika anda tinggal di kawasan taman perumahan, sudah menjadi kebiasaan melihat khemah dipasang di hadapan rumah setiap kali adanya majlis perkahwinan atau apa saja majlis keramaian.

Tetapi pernahkah anda terfikir sama ada tindakan anda itu dibolehkan atau tidak. Sebenarnya tidak boleh sama sekali dan tindakan anda itu salah.

Difahamkan perkara ini telah termaktub di bawah Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dimana ia dikara melakukan kesalahan jika mendirikan atau membuat sebarang binaan atau jalangan di kawasan awam.

Sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

Memetik portal PanduLaju, jangan terkejut jika kenduri anda diserbu oleh pihak berkuasa tempatan kerana kesalahan tersebut. Mungkin mereka mendapat aduan daripada jiran atau mereka yang melalui jalan tersebut atau mungkin kebetulan pihak penguatkuasa lalu dikawasan tersebut.

Adalah lebih baik jika anda beritahu jiran tetangga terlebih dahulu jika mahu membuat majlis sehingga perlu menutup jalan, dalam masa sama memudahkan mereka.
Jika ada jiran membuat aduan bukan sebab kes cemburu dengan majlis anda, tetapi mungkin majlis anda itu mengganggu ketenteraman awam sebagai contoh masalah parkir.

FOLLOW ME ON TWITTER @84JMX

2 comments:

  1. Betul tu..
    Bukan kata bagitau JIran, kena pergi Majlis Bandaraya utk dapatkkan lesen menutup jalan ..nak mudah kenalah buat dua-dua sekali ..

    ReplyDelete
  2. ooh...okay, ilmu baru..terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

domain age checker