SINOPSIS MISTERI DILAILA

SINOPSIS MISTERI DILAILA

Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila. 

Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini? 

Filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof akan menemui penonton di pawagam pada 21 Februari 2019

Lakonan Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, NamRon, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”