Pages

Februari 18, 2019

Humble betul Dato' Sri Siti Nurhaliza.

"Saya Kan Orang Kampung Je" - Ini Merupakan Sejarah Dato' Sri Siti Nurhaliza Yang Dikagumi

Humble betul Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Sebut sahaja nama Dato' Sri Siti Nurhaliza, pasti ramai mengenali beliau yang telah berkecimpung dalam bidang muzik sejak berusia 16 tahun. Malah, beliau juga disanjungi ramai dengan sifatnya yang rendah diri.

Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Image via Her Inspirasi

Buat pengetahuan semua, sepanjang kerjayanya, Dato' Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. 

Malah, beliau juga turut digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty Kazakhstan pada tahun 2002.

Bukan setakat itu sahaja, sejak setahun yang lalu, Dato' Sri Siti Nurhaliza telah meraih lebih daripada 10 kejayaan besar yang membuatkan beliau dikagumi ramai.

Di bawah merupakan 10 kejayaan terbesar Dato' Sri Siti Nurhaliza sepanjang kariernya sebagai seorang artis terkenal tanah air:

Image via The Coverage

1. Juara Bintang HMI 1995
2. Voice of Asia
3. Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival
4. Lebih 200 Anugerah dan Penghargaan dari dalam dan luar negara
5. Pernah mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records
6. Telah menghasilkan lebih dari 250 buah lagu
7. Artis pertama dari Malaysia pernah mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London
8. Membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth
9. Merupakan wanita muslim paling berpengaruh selama 3 tahun berturut-turut pada:
- The World's 500 Most Influential Muslims 2016
- The World's 500 Most Influential Muslims 2017
- The World's 500 Most Influential Muslims 2018
10. Mendapat kurniaan darjah kebesaran negeri Pahang seawal usia 21 tahun

Malah, selepas mendapat kurniaan darjah kebesaran sebagai Datuk dan Dato' Sri, nama beliau juga merupakan antara nama yang disebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Baca fakta menarik tentang Dato' Sri Siti Nurhaliza di bawah:

1. Dato' Siti pernah memberitahu media bahawa beliau tidak selesa bergambar/photoshootdengan mana-mana lelaki

2. Pernah dilabel sebagai artis yang membawa 'Imej Kampung'

3. Pernah mengadakan konsert di Singapura dan tiket habis terjual. Malah, harga tiketnya lebih mahal dari konsert penyanyi antarabangsa iaitu Mariah Carey.

4. Bekerja keras selama 29 hari sebulan untuk membuktikan bahawa walau tanpa ijazah, beliau masih boleh berjaya.

5. Sebuah shopping mall di Indonesia telah membuat pengumuman tentang kehadiran beliau di malltersebut dan beliau juga telah ditunggu oleh peminatnya di sana.

6. Beliau pernah mengadakan konsert Mega di Bukit Jalil dan persembahan tersebut adalah untuk menceritakan tentang cita-citanya sewaktu kecil

7. Perkahwinan adalah suatu keputusan besar baginya. Beliau pernah dikritik oleh orang ramai ketika mengatakan bakal berkahwin dengan Dato' Khalid.

8. Beliau juga kaya dengan sikap sopan santun dan lemah lembut

9. Beliau tidak pernah lupa kepada semua insan sekeliling yang menjadi tulang belakangnya selama ini

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!