Februari 05, 2019

Belajarlah memahami setiap keputusan Allah yang baik atau buruk adalah suatu keputusan terbaik

Belajarlah memahami setiap keputusan Allah yang baik atau buruk adalah suatu keputusan terbaik



Nampaknya tak habis lagi isu tentang Elfira Loy dan juga Sufian Suhaimi.
Kes ini kembali hangat setelah penyanyi berkenaan membuat persembahan di AJL yang menggunakan prop kahwin.
Terus sampai sekarang isu ini menjadi buah mulut orang ramai.
Kesan dari persembahan lagu Di Matamu memang power, bahkan sampai dapat respon balas dari Elfira Loy dan juga adiknya.
Seperti biasa, ada yang sokong Elfira ada juga yang sokong Sufian Suhaimi.
Apabila kes ini menjadi panas sampai ada dua puak yang taksub menyokong kedua-dua selebriti berkenaan, penceramah bebas iaitu PU Rahmat terpanggil untuk memebri teguran.
Melalui laman Twitter, penceramah ini memberi nasihat supaya kedua-dua mereka ini terima takdir yang tertulis dan menajdi lebih matang.
Berikut adalah tweet yang ditulis oleh PU Rahmat di twitter miliknya:
“Boleh tak Suffian Suhaimi dan Elfira Sama sama belajar memahami takdir ?
“Kerana pertemuan dan perpisahan mereka .Elfira bertemu jodoh dan Suffian mendapat Ilham utk berkarya.
“Belajarlah memahami setiap keputusan Allah y baik atau buruk adalah suatu keputusan terbaik
“Matanglah
Ini tambahan komen dari PU Rahmat lagi:
“Netizen pula jangan jadi batu api . Pada waktu ini kita doakan pernikahan Elfira berbahagia dan Suffian menemui yang lebih baik .
“Netizen belajarlah menjadi pendamai”
Memang tepat dan bernas sekali komen dari PU Rahmat ini.
Ada netizen memberi komen mengatakan memang betul apa yang penceramah ini katakan.
Ini antara komen netizen:
@zashfz: “Saya sokong PU dalam menyampaikan mesej untuk manusia menerima takdir, tapi jika PU sampaikan secara general saya rasa lebih baik daripada terus direct macam ni.
@WJenab: “betul sy setuju tu..sy tgk netizen yg lebih2.. dah terang mereka ad kehidupan masing2.. bukan dia je pasangan yg putus tunang.. ramai lgi kot…
@pinkgojes: “Kan? Dah-dah la tu.. Tak penat ke asyik perli memperli je
Sumber : Twitter Pu Rahmat
Kredit : PenMerahPress

1 ulasan:

  1. Sebenarnya peribadi bagi PC...berbalik pada hati masing-masing.Berfikir sebelum bertindak dan mengelak itu lebih baik.Betul sangat-sangat..baik atau buruk asal dariNYA itu yang paling sangat terbaik.

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut