Pages

Februari 18, 2019

Tonjol keindahan pelbagai budaya

Imej mungkin mengandungi: teks

Tonjol keindahan pelbagai budaya

Colombia, Arab Saudi, Hungary dan Venezuela buat kali pertama menyertai Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke-24 yang diadakan mulai 27 Februari ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang.
Mereka sebahagian daripada 242 peserta antarabangsa membabitkan 45 negara yang turut memeriahkan festival tahunan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung berkata, peserta antarabangsa termasuk dari Indonesia, Australia, Jepun, Singapura, Jerman, Perancis, England, Belanda, Turki, Poland, Russia, Ukraine, Thailand, Amerika Syarikat dan Brazil.

Menurutnya, festival tahun ini bertemakan Keindahan Budaya.
Katanya, jumlah keseluruhan peserta yang memeriahkan festival kali ini mencecah 1,169 orang.
Selain 46 pasukan antarabangsa, katanya, ia dimeriahkan dengan penyertaan 11 pasukan tempatan, sekolah menengah (60), sekolah jemputan (11), pasukan korporat (29), pasukan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) (32) dan pasukan terbuka (72).
“Festival ini bukan sahaja menyasarkan 10,000 pengunjung, malah menyumbang kepada sektor pelancongan.
“Pada masa sama, ia mempromosikan permainan tradisional, wau dan layang-layang dalam kalangan generasi muda dengan menonjolkan keindahan permainan tradisional itu.
“Antara kelainan kali ini ialah persembahan Joget Wau Merak, persembahan LED Stringless Butterfly dari pelayang Singapura dan persembahan LED Stunt Kite oleh pelayang China,” katanya pada Pra Pelancaran FLLSPG Ke-24 di Capital 21 di sini, semalam.
Turut diadakan, gimik pelancaran Jelajah Bermotosikal Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Bikers (promosi bergerak) FLLSPG Ke-24.
Warga kerja MPPG mempromosikan festival berkenaan dengan menaiki 20 motosikal di beberapa daerah di seluruh negeri ini.
FLLSPG Ke-24 dianjurkan kerajaan negeri Johor menerusi MPPG dan mendapat kerjasama Tourism Johor, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.
Festival berkenaan menerima tajaan keseluruhan RM235,000 termasuk daripada kumpulan Johor Corporation (JCorp), KFC Malaysia, KPJ Healthcare Berhad, Johor Land Berhad dan TLP Terminal Sdn Bhd.
Turut menaja, Eco World Development Group Bhd, Johor Port Berhad, Bahru Stainless Sdn Bhd, Evyap Sabun Sdn Bhd Envilab Sdn Bhd.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!