Isteri dah admit nak bersalin. Tapi bos tak bagi cuti. Ini tindakan berani suami.
Di awal pernikahan aku dengan isteri,aku kerja pemandu lori. Office sebelah rumah jer. Then lepas 2 bulan nikah dapat tahu isteri mengandung. Nak cari duit lebih punya pasal,berhenti kerja lori masuk kerja bas ekspres.
Sepanjang isteri aku mengandung,aku mampu temankan dia pi check up sebanyak 2 kali saja. Selain dari tu semuanya isteri aku settle sendiri. Alhamdulillah aku dapat isteri yang memahami niat aku dan tujuan aku kerja jauh.
Sampai masa isteri aku nak bersalin,aku still atas bas. Dapat call dari isteri memberitahu dah admit nak bersalin. Masa tu aku dalam perjalanan dari Larkin ke Seremban dan TBS. Terus aku call boss aku inform nak kena turun emergency sebab wife dah nak bersalin.
Boss aku cakap tak boleh sebab takde orang nak ganti so kena kerja juga. Aku fikir balik,selama nie aku kerja demi anak dalam kandungan dan isteri aku. Takkan time isteri aku gadai nyawa nak lahirkan anak aku,aku takley duduk di sisi dia bagi dia semangat. Aku letak call teruskan perjalanan.
Sampai toll Port Dickson,aku parking bas kat tepi toll gi kejutkan partner yang tengah tidur suruh dia teruskan perjalanan and then inform dalam group WhatsApp office aku dah resign kerja on the spot. Gaji memang takde sangkut sebab setiap trip bayar cash. Turun dari bas terus booking Grab ke Hospital Sunggala di Port Dickson jenguk isteri aku.
Dan sehari kemudian,16/01/2019 anak lelaki sulung aku lahir ke dunia ini. Sepanjang sebulan selepas itu aku susah dalam kehidupan seharian aku. Sampai terpaksa jual motor aku sebab nak rolling duit.
Alhamdulillah sekarang dah dapat kerja dengan gaji yang lebih bagus dan dekat dengan rumah. Terima kasih sebab sokong abang selama ini isteriku. Rezeki Allah itu luas. Dia Maha Pemurah dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya Dia tak akan benarkan hamba-Nya dalam kesusahan.
Sumber: Muhammad Nazri
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.