24 Manusia Sesat Yang Pernah Mengaku Sebagai Nabi

24 Manusia Sesat Yang Pernah Mengaku Sebagai Nabi


Seperti yang wajib dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 sahaja yakni nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan ada lagi nabi-nabi lain selepas Baginda.



Namun, masih ada lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Nak tahu siapa mereka ini, jom baca info di bawah..

1. Lia Aminuddin

Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.

2. Ahmad Mukti

Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.

3. Dedi Mulyana

Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.

4. Ahmad Musaddeq

Juga dikenali dengan nama H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telah bertaubat pada 9 November 2007.

5. Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah

Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab.

Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam.

6. Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib

Penganut fahaman Syiah yang meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi sekaligus.

7. Mirza Ali Mohammad (abad 19)

Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati oleh pemerintah Iran tahun 1843.

8. Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala

Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal dari Kaherah, Mesir.

9. Muhammad Bakri

Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh oleh pengikutnya sendiri, kemudian mayatnya disalib di atas papan kayu.

10. Tsurayya Manqus

Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.

11. Amru bin Luhayyi

Berasal dari Kabilah Khuza’ah. Orang pertama yang mengubah agama Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.

12. Musailamah al-Kadzdzab

Berusia 150 tahun, mati pada tahun 12 H/633 M. Memiliki penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.

13. Zoroaster

Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam perang melawan Bactria (Balkh).

14. Mazdak

Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.

15. Al-Aswad al-Ansi

Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka’ab bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.

16. Al-Mukhtar bin Abi Ubaid

Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair di Harura.

17. Mirza Husein Ali

Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya, Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.

18. Asy-Syaikhah Manal Wahid Manna

Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak tahun 1995. Dia dipenjarakan oleh pihak berkuasa Mesir.

19. Daishan

Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran dua tuhan di Parsi dari agama Majusi.

20. Mirza Ghulam Ahmad

Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera.

21. Marcion

Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan fahaman Marcionisme.

22. Mani

Berasal dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh, dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.

23. Sutarmin

Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun 2013.

24. Ashriyanti Samuda

Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat tempatan.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/ 

PENGASAS DNARS MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN DI THAILAND


Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pagi tadi.
Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar

8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar

Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.

Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.

Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

#3 – Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

#4 – Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)

#5 – Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)

Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

#7 – Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!

Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)

#8 – Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.

Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim)

Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!

Kesimpulan

Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.

Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.
Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.

KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manfaat.

#whatsappgroup
#jmbelog

Memori cinta semalam

Memori cinta semalam - Menara

Cinta yang kau jejaki

Sejak kenangan silam
Menghantui dirimu
Demi cinta semalam
Hanya semalam
Jauh di sudut hati

Engkau masih kukenang
Sayang cinta semalam
Kita menjadi mangsa
Angkara durja pentas dunia
Biarpun kecundang

Simpan saja di hati
Kenangan semalam
Yang menyakitkan
Aku yang sengsara

Aku yang menderita
Dalam penantian
Aku merana
Usah diulang
Pasti kecundang
Biarpun kecundang

Simpan saja di hati
Kenangan semalam
Yang menyakitkan
Aku yang sengsara

Aku yang menderita
Dalam penantian
Aku merana
Usah diulang
Pasti kecundang
Jauh di sudut hati

Engkau masih kukenang
Sayang cinta semalam
Yang menyakitkan
Aku yang sengsara

Aku yang menderita
Dalam penantian
Aku merana
Aku kecewa
Oh, kecewa

Maksud Hadith Keberkatan Pada Sahur


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan berkat dalam bersahur daripada hadith (تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً)?

Jawapan:
Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa. Hadith tersebut diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” [Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)]

Beza Sahur (السَّحور) dan Suhur (السُّحور)

Dalam hadith yang disebutkan, terdapat dua pandangan dalam kalimah sahur, iaitu, Sahur (السَّحور) dengan baris fathah dan Suhur (السُّحور) dengan baris dhammah.

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan dalam Fath al-Bari: “Kalimah Sahur adalah dengan baris fathah (السَّحور) dan dhammah (السُّحور), kerana yang dimaksudkan dengan keberkatan adalah ganjaran dan pahala, maka yang sesuai adalah dengan baris dhammah kerana ianya adalah masdar (kata terbitan), dengan makna perbuatan bersahur atau keberkatan.” (Lihat Fath al-Bari, 4/140)

Dalam kitab Lisan al-‘Arab karangan Ibn Mandzur, Sahur (السَّحور) membawa maksud makanan sahur dan minumannya. (Lihat Lisan al-'Arab, oleh Ibn Mandzur, 4/351)

Imam al-Azhari berkata: “Sahur (السَّحور) ialah apa yang disahurkan dengannya pada waktu sahur daripada makanan atau susu atau apa-apa jenis makanan yang dimakan pada ketika itu. Sebagai contoh, telah bersahur seorang lelaki makanan itu, iaitu memakannya.” (Lihat Tahdzib al-Lughah, oleh Muhammad bin Ahmad bin al-Azhari al-Harawi, 4/171-172)

Imam Ibn al-Athir pula menyebut: “Sahur (السَّحور) dengan baris fathah ialah apa yang disahurkan daripada makanan dan minuman, manakala Suhur (السُّحور) dengan dhammah adalah masdar dan fi'il (perbuatan) itu sendiri, dan kebanyakan yang diriwayatkan adalah dengan baris fathah, dan dikatakan yang tepat adalah dengan baris dhammah, kerana apabila huruf sin itu berbaris fathah, ianya membawa maksud makanan. Manakala barakah, ganjaran dan pahala adalah pada perbuatan, bukan pada makanan.” (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar, oleh Ibn al-Athir, 2/347)

Berdasarkan hujah-hujah yang disebutkan, dapat disimpulkan bahawa kalimah Sahur adalah makanan dan minuman yang dimakan ketika waktu bersahur, manakala kalimah Suhur adalah perbuatan bersahur itu sendiri. Maka kalimah yang lebih sesuai adalah kalimah Suhur, kerana kalimah tersebut adalah lebih tepat dengan maksud hadith tersebut iaitu keberkatan pada perbuatan melakukan sahur itu sendiri.

Waktu Sahur

Waktu sahur bermula daripada akhir malam sebelum waktu subuh sehingga terbit fajar al-sadiq. Sunnah untuk melewatkan waktu sahur sehingga hampir kepada waktu subuh sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً
“Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya?” Maka baginda SAW bersabda: “50 ayat.” [Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)]

50 ayat di dalam hadith ini bermaksud kadar tempoh bacaan ayat al-Quran tersebut lebih kurang persamaannya dengan kadar waktu antara imsak iaitu waktu berhati-hati dengan waktu Subuh.

Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut: “Maknanya, jarak antara kedua waktu tersebut adalah kadar bacaan 50 ayat al-Quran serta padanya galakan untuk melewatkan sahur sehingga sebelum waktu fajar.” (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 7/208-209)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani pula menyebut: “Waktu bersahur itu adalah sebelum fajar.” (Lihat Fath al-Bari, 2/487)



Galakan Bersahur

Pada hadith ini menunjukkan galakan untuk bersahur, dan hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut berdasarkan nas-nas yang banyak yang menggalakkannya, disamping ianya juga merupakan perbezaan antara puasa orang Islam dan juga puasa ahli kitab sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Amr bin al-'As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ
“Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.” [Riwayat Muslim (1096)]

Imam al-Nawawi berkata mengenai syarah hadith ini: “Maknanya, perbezaan yang paling ketara antara puasa kita dan puasa mereka (ahli kitab) adalah bersahur, sesungguhnya mereka tidak bersahur dan kita disunatkan untuk bersahur.” (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 7/207)

Seorang Muslim tidak seharusnya meninggalkan perbuatan bersahur walaupun sahurnya itu dengan segelas air, atau sebutir tamar atau selain daripada keduanya, tetapi sahur yang paling afdhal adalah sahur dengan air dan tamar sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَ سَحُورُ المُؤمِنِ التَّمْرُ
“Sebaik-baik sahur orang Mukmin adalah dengan buah tamar.” [Riwayat Abu Daud (2345)]

Syeikh Abd al-Muhsin al-‘Abbad dalam mensyarahkan hadith ini menyebut: “Pada hadith ini menunjukkan pujian pada sesiapa yang bersahur dengan tamar, kerana pada tamar itu terdapat kekuatan yang tersendiri. Terdapat satu hadith sahih yang menceritakan: "Rumah yang tiada tamar padanya, maka akan lapar penghuninya", kerana tamar merupakan makanan asasi yang utama di sisi mereka. Hal ini menunjukkan bahawa bersahur dengan tamar itu dipuji, kerana perkataan ni'ma (نِعْمَ) ini menunjukkan sighah pujian sebagaimana yang diketahui.” (Lihat Syarh Sunan Abi Dawud, oleh Syeikh Abd al-Muhsin al-'Abbad, 8/255)

Keberkatan Bersahur

Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam mensyarahkan hadith ini menyebut: “Berkat pada sahur terhasil daripada sudut yang pelbagai, iaitu mengikut sunnah, serta berlawanan dengan ahli kitab, dan ianya menguatkan tenaga untuk melakukan ibadah puasa, serta menambahkan semangat untuk berpuasa, menahan daripada perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar, penyebab memberi sedekah kepada yang meminta, dan sebab kepada berzikir dan berdoa, waktu mustajab untuk berdoa, dan waktu niat untuk berpuasa bagi yang lupa berniat sebelum tidur.” (Lihat Fath al-Bari, 4/140)

Imam al-Nawawi dalam syarahnya pula menyebut: “Pada hadith ini menunjukkan galakan untuk bersahur. Ulama' telah bersepakat bahawa bersahur itu sunat dan digalakkan, dan ianya bukanlah wajib, namun pada zahirnya, terdapat berkat dalam sahur itu kerana ianya menguatkan dan memberi semangat untuk berpuasa, menjadikannya sebab dan galakan untuk menambahkan puasa disebabkan keringanan beban bagi orang yang telah bersahur, dan ia adalah pandangan yang tepat yang muktamad pada maknanya. Dan dikatakan: Ditambah pula dengan perbuatan bangun, berzikir, berdoa pada waktu yang mulia, iaitu waktu diturunkan rahmat, dimaqbulkan doa dan istighfar.” (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 7/206)

Justeru, keberkatan bersahur yang ditunjukkan dalam hadith ini terbahagi kepada dua jenis keberkatan:

Keberkatan Syar'iyyah: Iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu yang mustajab doanya.

Keberkatan Badaniyah: Iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa, dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar.

Kesimpulan

Melihatkan kepada nas dan hujah di atas, kami katakan bahawa perbuatan melakukan sahur merupakan sunat yang sangat dituntut di dalam syariat kerana padanya terdapat keberkatan yang dijanjikan oleh Allah SWT melalui utusanNya Nabi SAW.

Perbuatan meninggalkan sahur tanpa uzur yang syar’ie disebabkan oleh sikap yang tidak baik seperti malas untuk bangun pada awal pagi wajarlah dijauhi kerana perbuatan tersebut merugikan diri orang yang berpuasa itu sendiri, seperti lemah tubuh badan ketika berpuasa, hilang semangat, dan seumpamanya. Kami nasihatkan supaya bangunlah bersahur walaupun dengan sebiji tamar ataupun segelas air.

Semoga kita mendapat taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber : OhMedia

Syiling Opah (TV1)

Syiling Opah (TV1)
Siapa yang tidak mengenali pelakon veteran wanita, Wan Maimunah yang telah banyak membintangi drama-drama tanah air. Daripada sisi lain, dramatis terkenal ini juga telah dipilih sebagai tokoh wanita sempena Sambutan Hari Wanita 2019 peringkat negeri Melaka.
Kepada yang merindui babak-babak air mata yang dilakonkan beliau, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie penuh keinsafan Ramadan ini yang bertajuk “Syiling Opah” pada 18 Mei ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.
Kali ini ceritanya berkisar tentang pengorbanan dan kasih sayang seorang nenek pada cucunya yang telah kematian ibu ayah akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Nenek tersebut mengambil alih tugas menjaga seorang cucu perempuan selepas ayah dan ibunya meninggal dunia. Pelbagai cabaran yang perlu diharungi nenek dalam memenuhi permintaan cucu yang sering merungut dengan kesempitan hidup tinggal bersama neneknya. Kemuncaknya nenek melakukan pengorbanan besar terhadap cucunya.
Turut dibintangi oleh Aleza Shahdan, Zamarul Hisham, Azar Azmi, dan Izzat Mushtaq, telemovie kekeluargaan penuh air mata ini mengangkat watak utama Opah Som tinggal berseorangan di kampung, hidup dalam kesusahan dan sentiasa berjimat cermat mengumpulkan duit syiling sebagai simpanan.
Pada masa sama beliau amat merindui kehadiran anaknya, Su bersama suaminya, Hairi. Mereka tidak pernah lagi pulang ke kampung menjenguk Opah Som selepas berkahwin.
Anak Su iaitu Diana merupakan seorang remaja yang bermasalah. Setiap tindak tanduknya ada sahaja yang mengundang masalah kepada ibu dan ayahnya. Konflik berlaku bila Hairi yang dibuang kerja membawa keluarganya pulang ke kampung Su untuk memulakan hidup baru.
Dalam pada itu, dalam diam Su masih berdendam dengan ibunya yang memaksa beliau berkahwin dengan Hairi, kisah 19 tahun dahulu. Perkara itu meninggalkan kesan di hatinya meskipun sudah memiliki Diana.
Kegembiraan Opah yang bertemu semula dengan anaknya pada bulan Ramadan hanyalah seketika apabila Su dan Hairi meninggal dunia apabila mereka dilanggar lori. Kebahagiaan yang baru ingin dikecapinya lenyap sekelip mata.
Sementara itu Diana melakukan pelbagai olah. Dia berhasrat berbuka puasa di kedai dan Opah terpaksa menggunakan duit syiling yang disimpannya. Demi memberikan duit kepada cucunya, Opah hanya minum sahaja ketika menemani Diana berbuka puasa.
Ramadan berlalu dan hari raya makin menjelang tiba. Ketika itu Opah gembira apabila Diana mula bercakap dengannya walaupun Diana meminta baju raya dengan nada yang kasar. Opah sedaya upaya membawa simpanan duit syiling ke bandar untuk ditukarkan di bank bagi membeli baju raya Diana.
Malang menimpa apabila Opah disamun oleh dua orang lelaki. Perkara itu akhirnya sampai ke pengetahuan Diana. Dia mula resah memikirkan keselamatan Opah dan keterlanjuran sikapnya terhadap nenek yang sepatutnya disantuni dengan baik sebelum ini. Apatahlagi bila mengenangkan neneknya itu telah banyak berkorban setelah kehilangan ibu dan ayahnya. Namun masihkah ada ruang untuk Diana memohon kemaafan daripada neneknya itu?

SINOPSIS SINAR RAMADAN UNTUK AMANDA (TV3)

Telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda disiarkan pada 19 Mei 2019, 10:00 malam, TV3.

Lakonan Awal Ashaari, Nina Iskandar, Naura Arissa, Khatijah Tan, Faezah Elai, Rahim Jailani ...

SINOPSIS SINAR RAMADAN UNTUK AMANDA

Sofea telah dihalau ibu mertuanya kerana melahirkan anak sindrom down, Amanda dimana ketika itu suaminya, Idham terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan hilang ingatan. Sofea telah membesarkan Amanda seorang diri dengan pelbagai dugaan menimpa apabila suaminya telah berkahwin lain kerana Idham tidak mengingati bahawa dirinya pernah berkahwin.

SINOPSIS CINTA SESUNGGUHNYA (TV3)

Telefilem Cinta Sesungguhnya disiarkan pada Sabtu, 18 Mei 2019, pukul 9 malam di TV3. 

Lakonan Fikry Ibrahim, Intan Najuwa, Nazeera Sardi, Duerra Mitilda, Laila Nasir, Khaty Azian ...

SINOPSIS CINTA SESUNGGUHNYA 

Tentang ketabahan seorang suami apabila dia tekad untuk mempertahankan cintanya terhadap isteri yang mengidap mental disorder. Razlan tekad untuk menjadikan Farisha sebagai isteri walaupun ditentang oleh ibunya, Norlia. Farisha adalah penghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius. Farisha menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, pakar psikitrik.

Word 168

Word 168


Word 167

Word 167

Si Lelaki tidak tahu bahawa ada ular mematuk tangan Si Wanita itu. Dan Si Wanita tidak tahu ada batu besar sedang menghempap di belakang Si Lelaki.

Terdetik di hati wanita 'aku akan jatuh, kenapa kamu tidak boleh guna lebih lagi kekuatan untuk menarik aku ke atas?'

Manakala terdetik pula di hati Si Lelaki ' aku tersangat sakit dan akan cuba menarik kamu ke atas, tetapi terdetik juga, kenapa kamu tidak boleh cuba lebih sedikit untuk naik ke atas?'

Pengajarannya :

Kita tidak mampu melihat apatah lagi merasa tekanan yang dialami pihak yang lain. Meski kita rasa kita pernah juga lalu, tidak! Bukan situasinya sama.

Inilah kehidupan, tidak kira dalam belajar, bekerja atau berniaga sekalipun,

KITA PERLU MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN,

BELAJAR BERFIKIR DARI SUDUT BERBEZA,

FIKIR ANTARA SATU SAMA LAIN,
DAN BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK.


Word 166

Word 166

Semasa hidup berbagilah.
Itu hak kita.
Sama-sama mencari redho Allah.


Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak solat?

Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak solat?

Menurut pendapat Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat iaitu mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

Ulama Islam mengeluarkan pelbagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat berkenaan.

Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan solat dan enggan membayar zakat.

Sebahagian lain pula berpendapat, hanya orang yang meninggalkan solat sahaja menjadi kufur kerana kedudukan solat itu tinggi di dalam Islam.

Satu hadis yang diriwayatkan Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan solat.”

Ulama yang mengkafirkan orang meninggalkan solat dengan sengaja berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.

Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selagi orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW.

Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik. Mudah-mudahan pendapat itu lebih benar dan adil.

Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna.

Imannya lemah dan jika berterusan meninggalkannya, Allah SWT tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.

Pahala terhadap apa yang dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.” (Surah al-Qamar, ayat 53)

Dalam satu lagi Firman-Nya yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Berikut adalah rumusan pendapat ulama berkenaan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:

Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka.

Mereka perlu bertaubat kepada Allah SWT dan kembali mengerjakan solat. Itu pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah, tetapi tidak diberi pahala.

Itu pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr Ahmad Syarbashi, Dr Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain.

Hal itu kerana Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kami lebih cenderung kepada pendapat mengatakan puasa seorang itu sah, tetapi tidak diberi pahala kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.

Itu sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam supaya ia difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

Sumber: Irsyad Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber : MyMetro

Word 165

Word 165


Pernahkah anda memahami kepayahan mereka?

Bertemu Ilahi ketika laung azan


Perginya pada penghulu segala hari, pada bulan yang lebih baik daripada 1,000 bulan, di tempat mulia iaitu di dalam masjid, dan ketika itu dia sedang mengungkap kebesaran Allah, mengajak manusia menyembah Allah, sujud kepadaNya – dia melaungkan azan solat Jumaat.
Tatkala mengalunkan azan di Masjid Sungai Panching Selatan di Kuantan, Muhammad Amirul Najmie Muhammad Asrull Leonard tidak sedarkan diri hinggalah pengakhiran hayatnya.
“Selamat pulang wahai teman. Rehatlah, sungguh kami cemburu dengan cara Allah mengambilmu. Saya rasa tidak perlu saya perkenalkan siapa adinda Amirul ini pada saya. Ramai orang tahu yang dia kawan rapat saya.”
Itu yang diceritakan Ustaz Muhammad Izzan Idris mengenai rakan baiknya, yang juga pelajar semester lima Diploma Pengajian Islam (Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan) Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Sesungguhnya2019

Sesungguhnya2019 - Alif Satar, Raihan

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu

Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Sesungguhnya walau kukutip
Mengapa rindu belum berbunga

Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Kucuba menghulurkan
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Sebuah hadiah kepada Mu
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Tapi mungkin kerana airnya
Kucuba menyiramnya
Sesungguhnya walau kusiram
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Pada Mu ya Allah
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Syukurku adalah milik Mu
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu


Jejak Rasul Ulul Azmi (2019)

Dikalangan 25 Rasul yang wajib diketahui, 5 orang digelar "Ulul Azmi" iaitu Nabi dan Rasul yang memiliki tahap kesabaran tertinggi. Antaranya Musa as. Jejak Rasul Ulul Azmi menyingkap kisah Nabi Musa as. bermula dari saat kelahiran sehinggalah peristiwa menyelamatkan kaum Bani Israel dari penindasan Firaun. Saksikan perjalanan Fedtri Yahya dalam menjejaki sejarah Nabi Musa A.S di sekitar Mesir, merungkai hubungan di antara Nabi Musa dan Firaun Ramses II. Jejak Rasul Ulul Azmi juga akan memaparkan peralatan bersejarah di era Nabi Musa dan juga keindahan Mesir. Bersiaran bermula 3 Mei hingga 2 Jun, setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.30 petang di TV3.




OST JEJAK RASUL

Betapa mulia
Rasul-Rasul pilihan Allah
Dibadai ujian diterpa rintangan

Jejak Rasul
Walau Jauh
Jalannya membawa ke syurga

Jejak Rasul sejarah dunia
Ibrahnya membara di jiwa

***

Penyanyi & Lagu: Hafiz Hamidun Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

SINOPSIS HANTU DON

SINOPSIS HANTU DON

Penduduk kampung Sungai Bil kecoh apabila muncul kelibat yang dipanggil Hantu Don di kampung mereka. Orang kampung mula takut untuk keluar pada waktu malam kerana bimbang akan dianggu oleh Hantu Don. Abu merupakan pemuda di kampung itu bengang apabila perniagaan burgernya pada sebelah malam mula merosot sejak kehadiran Hantu Don. Abu sering menyumpah dan ingin bersemuka dengan Hantu Don. Suatu malam ketika baru pulang dari meniaga, Abu terserempak dengan Hantu Don. Wajah Hantu Don yang menggerikan, menyebabkan Abu ketakutan lalu terlanggar Hantu Don dengan keretanya sehingga tercampak ke tepi semak. Terbongkarlah rahsia yang sebenarnya Hantu Don merupakan orang gila yang menyamar menjadi Hantu Don dan kerjanya sering menakut-nakutkan penduduk kampung. Namun demikian kehadiran Hantu Don telah menyebabkan banyak perubahan kepada Kampung Sungai Bil tersebut

Telefilem Hantu Don ditayangkan lebih awal di Youtube Drama Sangat #HantuDon bermula 6 hingga 14 Mei jam 12 tengah hari. 

Lakonan Kamal Adli, Issey Fazlisham, Uqasha Senrose, Kazar Saisi, Razak Ahmad, Syazwan Zulkifly, Shah Sulaiman, Aliff Yasraff ...


Ikuti Facebook Pages Telemovies Hantu Don TV3 dan Instagram #Hantudon

Wadah Terkini