Tutorial: How To Make YouTube Videos Responsive In Your Blog Posts?

How To Make YouTube Videos Responsive In Your Blog Posts?

COPY & PASTE AT ]]></b:SKIN> SUMBER


.tubevideo {
    position: relative;
    padding-bottom: 56.25%;
    padding-top: 30px; height: 0; overflow: hidden;
}

.tubevideo iframe,
.tubevideo object,
.tubevideo embed {
    position: absolute;
    top: 0;
    left: 0;
    width: 100%;
    height: 100%;
}

Angin kencang dan laut bergelora

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kemaskini pukul 10 pagi tadi mengeluarkan amaran kategori kedua bagi amaran angin kencang dan laut bergelora. Di mana ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Terengganu dan Pahang. Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. Untuk perinciannya, berada di talian ketika ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MET Malaysia, Tuan Muhammad Helmi Abdullah.
Sumber : Astro Awani

SEGMEN | Giveaway-01 by Ematunz

Giveaway-01 by Ematunz


Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Angin kuat

Angin kuat semalam

Lebih kurang sebelas malam

Kali pertama saya rasai angin sekuat tidur

Ketakutan juga nak tidur.

Di tempat anda bagai mana ?


Kawan saya ada menghantar video di whatsapp mengenai kejadian ini di Alor Setar dan Langkawi


Word 187

Word 187

Bak kata joe flizzow dalam lirik lagu Alhamdulilah

"Mencari ketenangan,
menjiwai peranan,
menepati saranan,
janji juga saranan.
Alhamdulilah di atas kurnian rezeki
moga tidak leka dalam perjalanan nanti"

Apa yang kita buat setiap hari, kita perlu tahu banyak lagi kekurangan dan kelemahan kita sebagai umat Islam. Ada yang lebih ada yang kurang.

Oleh itu, jangan cepat  menilai keburukan dan kelemahan orang lain.  Kita pun tak sempurna.

#inibenarbukanrekaansematamata
#selamatmalam

Sitkom Pop Yeah Yeah (TV3)

Sitkom Pop Yeah Yeah disiarkan sebanyak 20 episod bermula 3 Ogos, setiap Sabtu jam 9.00 malam ini di TV3.

Pop Yeah Yeah

Qarraba (TV OKEY)


Telefilem khas sempena Hari Raya AidilAdha berjudul Qarraba akan disiarkan di TV OKEY pada 10 Ogos 2019 jam 8.00 malam.

Lakonan Mahmud Alibasha, Hartini Adurahman, Kahar Jani, Taridi Mohamad, Mazlan Hipni, Noorul Syazfeeqa Sazali, Muhammad Dnaial, Ahmad Zaharuddin, Mohamad Shazrin Azreen Azmi...

 Qarraba _ Pasangan suami isteri iaitu Husin dan Fatimah yang mempunyai dua orang anak OKU telah berpeluang untuk mengerjakan Haji , namun mereka diuji dengan pelbagai cabaran dari masyarakat sekeliling.

Telefilem menarik | Istimewa Aidil Adha

Telefilem menarik | Istimewa Aidil Adha


Telefilem manarik semperna Aidiladha di TV3
Kampungku dan Adiladha l Jumaat 9 Ogos 1.30 tengah hari
Jubah Dari Mekah l Sabtu 10 Ogos 9.30 malam

Hajah Heathrow l Isnin 12 Ogos 2.00 petang
Bidadari Walid l Ahad 11 Ogos 3.00 petang

Janji 10 Zulhijjah (TV2)

Telefilem khas sempena hari raya Aidiladha bertajuk Janji 10 Zulhijjah pada 10 Ogos 2019, Sabtu jam 10.30 malam di TV2.

Lakonan Jay Iswazir, Che Kem, Safura Yaakob, Wan Hanafi Su, Yujie, Ardell Aryana ...

Bagaimana Umur Kita Digunakan

Bagaimana Umur Kita Digunakan

1. Sa'd bin Muaz memeluk Islam setahun sebelum hijrah iaitu pada usia 30/31 tahun. Pertempuran di medan perang menyebabkan beliau gugur syahid selepas perang Khandaq pada tahun ke 5 Hijrah. Ketika itu beliau berusia 36/37 tahun. Rasulullah menyifatkan kematian Sa’d sebagai kematian yang menggegarkan Arasy Allah.

Bayangkan Tuan-Puan, dengan hanya enam tahun bergelar Muslim, kematian beliau disifatkan oleh Rasulullah sebagai kematian yang menggegarkan Arasy Allah. Dengan hanya enam tahun bergelar Muslim, Ibn Hajr menyifatkan kedatangan ruh Sa'd menggembirakan penduduk langit sehingga bergegarnya Arasy.

Berapa tahun sudah kita bergelar Muslim? Apakah sudah kita memartabatkan Islam?

2. Menurut Ibn al-Attar, al-Imam al-Nawawi meninggal pada usia 45 tahun (Tuhfah al-Talibin, 43). Walaupun melalui usia yang singkat, beliau meninggalkan karya yang tidak terhitung. Dr. Khalid Abu Syadi menyebutkan bahawa sekiranya dibahagikan usia hidup al-Nawawi dengan jumlah karyanya, kita akan dapati seolah al-Nawawi mengarang setiap hari sebanyak empat helaian kertas. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23).

Bayangkan betapa al-Imam al-Nawawi menggunakan setiap saat dari hidupnya dengan aktiviti yang bermanfaat. Bukan itu sahaja, usianya dihabiskan untuk memberikan manfaat kepada orang lain.

3. Sebahagian manusia menghabiskan masanya mengejar dunia. Sebahagian manusia hanya menumpukan akhirat sahaja. Jadilah manusia yang seimbang dan jadilah manusia yang paling bermanfaat kepada orang lain.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Filem Till Death: Azalea’s Wrat 9 Ogos 2019 di Netflix

Filem tempatan berjudul Till Death: Azalea’s Wrath atau Dendam Azalea bakal ditayangkan secara eksklusif di Netflix pada 9 Ogos 2019.

Lakonan Vanidah Imran, Khir Rahman, Namron, Kodi Rasheed, Zain Hamid, Zulaika Zahary ...

Drama Sweet Dreams (Astro)

Drama diinspirasikan daripada novel Sweet Dreams karya Acik Lana yang bakal disiarkan  bermula 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria.

Lakonan Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang ...

Teka-Teki al-Quran Untuk Anak-Anak

Teka-Teki al-Quran Untuk Anak-Anak

Sambil-sambil bersembang dengan anak-anak, tanyakan kepada mereka soalan-soalan yang menambah minat mereka untuk membuka al-Quran. Antaranya:

1. Surah apakah yang ada di dalam setiap ayatnya menyebut nama Allah?
*Jawapan: Surah al-Mujadalah (setiap ayat di dalam surah ini ada menyebut nama Allah).

2. Apakah Surah yang ditutup dengan nama dua orang Nabi?
*Jawapan: Surah al-A’la. Ayat terakhirnya berbunyi (صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى).

3. Surah apakah yang tidak ada di dalamnya huruf Mim?
*Jawapan: Surah al-Kauthar (setiap ayatnya tiada huruf Mim).

4. Apakah Surah yang dinamakan dengan nama wanita?
*Jawapan: Surah Maryam

5. Surah apakah yang tidak ada huruf Ra’ di dalam setiap ayatnya?
*Jawapan: Misteri

6. Surah apakah yang dinamakan dengan rukun Islam?
*Jawapan: Surah al-Haj (Haji)

7. Surah apakah yang dinamakan dengan nama buah?
*Jawapan: Surah al-Tin

8. Surah apakah yang dinamakan dengan salah satu nama peperangan Nabi Muhammad?
*Jawapan: Surah al-Ahzab

9. Satu-satunya nama Sahabat Nabi Muhammad yang disebut dalam al-Quran?
*Jawapan: Zaid (dalam Surah al-Ahzab)

10. Surah apakah yang tidak dimulakan dengan Bismillah?
*Jawapan: Surah al-Tawbah

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Ibadah Korban: Hikmah Dalam Membantu Fakir Miskin

Ibadah Korban: Hikmah Dalam Membantu Fakir Miskin

1. Ibadah korban merupakan ibadah yang istimewa di sisi Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban”. (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

2. Ibadah ini melambangkan sifat kehambaan kita yang tidak berbelah bahagi kepada Allah sepertimana kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Selain itu ia juga mempunyai hikmah yang besar dalam merapatkan ukhuwwah dan meringankan beban fakir miskin. Kerana itu agihan daging korban sebaiknya diberikan sesama muslim terutamanya kepada orang fakir dan miskin berdasarkan ayat 28 dan 36 surah al-Hajj.

3. Namun masih ramai dikalangan kita  melepaskan kelebihan ibadah ini dengan alasan tidak mempunyai kemampuan. Sekiranya benar-benar tidak mempunyai kemampuan, kita masih boleh turut serta mendapatkan kebaikan dengan melakukan sedekah korban.

4. Yayasan Maghfirah (PPAB-04/2018) menyeru kaum muslimin untuk berkongsi kebahagiaan pada Hari Raya Aidil Adha dengan saudara-saudara kita kurang berkemampuan yang hidup di flat Projek Perumahan Rakyat.

5. Majoriti daripada mereka merupakan kelompok B40 yang hidup dalam serba kekurangan yang dikategorikan sebagai miskin bandar dan fakir miskin. Agihan daging akan diutamakan kepada meraka yang benar-benar memerlukan seperti ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya dan asnaf tinggal di PPR.  Meraka menantikan sumbangan korban tuan dan puan.

6. Justeru Yayasan Maghfirah menjemput tuan dan puan untuk melakukan ibadah korban dan sedekah korban bersama masyarakat kota raya.

Satu Bahagian: RM750.00
Seekor : RM5,250.00

Sedekah Qurban : RM50.00

Sumbangan dan pembayaran disalurkan kepada:
CIMB Islamic Yayasan Maghfirah
8603221427

atau melalui pautan

Pembelian Bahagian Ibadah Korban:
https://www.billplz.com/IbadahQurbanKotaRaya

Sumbangan Sedekah Korban:
https://www.billplz.com/SedekahQurban

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pejabat: 03-8740 1193
Whatsapp/telegram: 0193694493
(https://bit.ly/2vdnNTe)

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad

1. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Walaupun Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)

2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)

3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ

“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:

أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة

Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda Rasulullah:

ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

6. Dengan itu Tuan Puan, dalam minggu ini perbanyakkanlah solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan berzikir. Mudah-mudahan kita menerima pahala yang lebih besar dari Jihad.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Sinopsis Filem Ogos 2019

Sinopsis Filem Ogos 2019

Warkah

Sebuah adaptasi kisah benar mengenai seorang remaja yang mengirimkan surat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO). Ikmal seorang pelajar cemerlang yang berdepan dilema antara melanjutkan pelajaran dan membantu keluarganya selepas bapanya lumpuh akibat kemalangan.

Akan ditayangkan 15 Ogos 2019 di pawagam lakonan Namron, Syazwan Zulkifli, Isyariana, Mohd Wafiy, Puteri Rayyana Rayqa dan ramai lagi.

Treler

Makmun


Diadaptasi dari filem pendek yang berkisar mengenai entiti menakutkan yang mengganggu seorang wanita ketika sedang menunaikan solat.

Akan ditayangkan 15 Ogos 2019 di pawagam lakonan Titi Kamal, Ali Syakieb, Tissa Biani, Bianca Hello, Adila Fitri dan ramai lagi.

Treler

Wadah Terkini