Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kemaskini pukul 10 pagi tadi mengeluarkan amaran kategori kedua bagi amaran angin kencang dan laut bergelora. Di mana ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Terengganu dan Pahang. Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. Untuk perinciannya, berada di talian ketika ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MET Malaysia, Tuan Muhammad Helmi Abdullah.
Sumber : Astro Awani
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”