April 22, 2020

Seni 'air brush' dedikasi buat wira negara!



Mohd Rozamil menunjukkan lakaran pada helmet dan penutup tangki minyak.
A
A

KUALA TERENGGANU - Terharu dengan sumbangan dan kecekalan pemimpin negara serta petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak koronavirus (Covid-19), seorang pelukis menzahirkan penghargaan kepada wira-wira negara itu menerusi karyanya.
Menggunakan teknik 'air brush', Mohd Rozamil Mohd Yatim, 34, mengabadikan potret wira-wira negara itu pada helmet sebagai kenangan dan ucapan terima kasih atas perjuangan mereka memerangi Covid-19.
Dia bagaimanapun tidak menyangka idea kreatifnya itu menarik perhatian ramai setelah memuat naik hasil kerjanya di laman sosial.
"Idea ini datang secara spontan dari isteri saya, Tuan Rohaya Tuan Ali, 38, yang minta saya membuat lakaran wira-wira negara ini, sementara kedai ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Rozamil menyiapkan lakaran pada penutup tangki minyak.

Mohd Rozamil menyiapkan lakaran pada penutup tangki minyak.
"Saya hanya ambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lakaran pada sebuah topi keledar dengan menggunakan teknik 'air brush'.
"Potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pasukan barisan hadapan yang dilukis itu turut disertakan dengan kata-kata semangat seperti 'We Stand With You', 'Stay At Home Malaysia' dan doa," katanya ketika ditemui di kediamannya di Chendering di sini.
Jelas Mohd Rozamil, setelah memuat naik hasil kerja tangannya itu, dia mendapat banyak tempahan dari kaki-kaki motor seluruh negeri Terengganu yang bukan sahaja mahukan lakaran pada topi keledar, malah dia turut diminta membuat lakaran tersebut di penutup tangki minyak motor mereka.

Bersama sebahagian daripada hasil kerja tangannya.

Bersama sebahagian daripada hasil kerja tangannya.
Hasil kerjanya juga menarik minat sebuah syarikat di ibu negara yang mahu bekerjasama dengannya bagi mengeluarkan 5,000 biji topi keledar yang sudah siap dilakar untuk tujuan amal.
"Saya buat semua ini bukan untuk mencari keuntungan tetapi sebagai penghargaan kepada barisan hadapan yang sanggup bergadai nyawa bagi memastikan wabak Covid-19 ini dapat dihapuskan.
"Golongan macam saya ni dan budak-budak motor, tidak banyak yang kami boleh sumbangkan. Jadi saya gunakan bakat yang dianugerahkan ALLAH ini, dengan memberi sokongan dan penghargaan kepada barisan hadapan yang banyak membantu negara mengekang wabak ini.

Lakaran pada helmet yang menarik perhatian ramai.

Lakaran pada helmet yang menarik perhatian ramai.
"Walaupun ia hanya pada sebiji helmet, tapi ia akan menjadi sejarah untuk tatapan generasi akan datang," katanya.
Mohd Rozamil yang mula berkecimpung dengan lakaran menggunakan teknik 'air brush' sejak 2005 lagi berkata, dia banyak menghasilkan lakaran pada helmet, kayu golf, penutup tangki minyak, telefon dan pelbagai lagi mengikut permintaan pelanggan.
Malah, hasil kerja tangannya sebelum ini turut mendapat perhatian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan pelumba basikal dalam dan luar negara.

Mohd Rozamil Mohd Yatim

Mohd Rozamil Mohd Yatim

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut