Pages

Oktober 06, 2020

Ahli Politik Kedah ini Akan Disaman Kerana Menyebabkan Beribu Org di Swab Test

SUSULAN penularan wabak Koronavirus (Covid-19) yang meningkat sehingga 423 kes semalam, ahli politik dinasihatkan perlu bersikap rasional dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Hal demikian susulan penularan wabak tersebut menjadi-jadi dipercayai disebabkan oleh jangkitan yang tersebar ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Susulan itu, ahli politik perlu menilai semula kaedah pelaksanaan pilihan raya ketika gelombang ketiga pandemik ini sedang melanda negara.

Ini berikutan gesaan beberapa pihak terutama dalam kalangan ahli politik sendiri supaya diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 dalam masa terdekat.

Jika hal demikian berlaku, penularan wabak Covid-19 tidak akan dapat dibendung lagi malah, ia akan terus meningkat dengan terus mendadak.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 semakin teruk dan seorang daripada 10 penduduk di dunia akan dijangkiti virus itu.

“Mengadakan pilihan raya apatah lagi PRU-15 dalam tempoh terdekat ini hanya akan mengundang pelbagai risiko.

“Walaupun garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kempen dan proses pengundian ditetapkan.

“Walaupun PRN Sabah bukanlah satu-satunya penyebab kepada berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang kembali menjadi kerisauan rakyat.

“Namun, tidak boleh dinafikan terdapat penularan kes yang berlaku disebabkan mereka yang terlibat dengan PRN berkenaan.”

Demikian kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dipetik laporan Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian mendakwa golongan tersebut perlu bersikap rasional dan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan berbanding agenda politik masing-masing.

Malah, dengan situasi pandemik yang dijangka tidak akan beransur dalam masa terdekat bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan pilihan raya umum.

Sekiranya Parlimen benar-benar dibubarkan dan kempen plihan raya berjalan, rakyat Malaysia sekali lagi akan menyaksikan pemimpin turun padang dan berasak dengan rakyat.

Begitu juga penyokong-penyokong, dalam situasi sedemikian langkah penjarakan sosial sudah pasti terus diabaikan dan pemakaian pelitup muka pun di pandang ringan.

Jelas Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, ketika itu juga akan berlaku perjalanan rentas negeri dalam kalangan ahli politik dan penyokongnya.

“Penjarakan fizikal dan mengelakkan bersentuhan antara satu sama lain adalah merupakan perkara yang amat sukar untuk dilakukan.

“Terutama ketika menjalankan aktiviti kempen pilihan raya.

“Kegagalan melaksanakannya akan mendedahkan masyarakat kepada penularan pandemik Covid-19.

“Itu belum diambil kira SOP-SOP lain yang turut diabaikan.

“Setiap anggota masyarakat harus mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada PRN Sabah baru-baru ini.

“Bukan sahaja mereka yang terlibat berkempen yang dijangkiti pandemik ini, bahkan ahli keluarga terdekat dan orang sekeliling turut menerima akibatnya.

“Terutama apabila terdapat golongan yang mementingkan diri dan tidak melaksanakan kuarantin kendiri.

“Untuk itu, PRU15 wajar ditangguhkan ke suatu tarikh yang ketika itu negara dan keselamatan rakyat dapat dipastikan dalam keadaan baik dan terkawal daripada krisis pandemik Covid-19,” tegasnya

Ahli Politik Kedah ini Akan Disaman Kerana Menyebabkan Beribu Org di Swab Test

Kumpulan yang menyaman pemilik restoran nasi kandar kerana memulakan kluster Sivagangga C0vid-19 di Kedah, memaklumkan mereka juga akan melakukan perkara sama terhadap seorang ahli politik kerana menyebabkan kluster baharu di Kulim selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, ahli politik itu cuai kerana gagal menjalani ujian saringan selepas pulang berkempen di Sabah, yang merupakan kawasan berisiko tinggi.

Kementerian Kesihatan berkata, kluster Bah Lunas dikesan di Kulim, menjadikannya zon kuning dengan 3 kes dikesan tengah hari semalam.

Terdapat 809 kes di Kedah, dengan 475 pesakit menjalani rawatan dan 6 kematian setakat ini.

“Kami tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang melanggar SOP Covid-19 atau lalai, menyebabkan pengguna dan rakyat di Kedah menderita.

“Tuntutan saman itu akan dimulakan oleh penduduk Kulim terhadap ahli politik berkenaan.

Mereka yang ingin menyertainya boleh menghubungi kami di Facebook atau 04 7718241,” kata Yusrizal kepada FMT.

Katanya, perniagaan yang terjejas disebabkan kluster baharu itu, dan ibu bapa pelajar SK Permatang Janggus di Butterworth juga akan menjadi sebahagian yang mengemukakan saman itu.

Ibu bapa pelajar terbabit juga terlibat kerana isteri ahli politik itu guru di sekolah berkenaan yang turut positif Covid-19.

Ini menyebabkan 396 pelajar disaring minggu lalu, dengan 71 didapati negatif sehingga semalam. Manakala yang lain masih menunggu keputusan.

Kawasan sekitar sekolah berkenaan menjadi kawasan larangan kepada umum selama seminggu bermula 1 Oktober lalu.

FMT menghubungi ahli politik berkenaan untuk mendapatkan penjelasannya.

Pada 19 Ogos, CAKE mengemukakan saman sivil berjumlah RM1.5 juta terhadap seorang warga India

yang dikatakan sebagai penyebab kluster Sivagangga Covid-19 di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pemilik restoran nasi kandar disaman RM1.5 juta 

Terdahulu, GARA-GARA menjadi punca tersebarnya kluster Sivagangga hingga menjejaskan peniaga lain di pekan Napoh, Jitra, Kedah.

Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh telah dikenakan saman sivil dengan tuntutan RM1.5 juta.

Saman itu telah dikemukakan oleh 200 penduduk dan peniaga di Napoh yang diwakili Persatuan Pengguna Kedah (Cake).

Ia telah difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, persatuan itu selaku plaintif mengemukakan saman sivil itu kepada defendan, Nezar Mohamed Shabur Batcha, 57.

Ini kerana menjadi pencetus Covid-19 bagi Kluster Sivangga di Napoh.

Mohamad Yusrizal berkata demikian kepada pemberita selepas memfailkan saman sivil tersebut di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Alor Star hari ini.

Kluster itu kemudiannya merebak hampir ke seluruh negeri Kedah hingga ke Perlis dan Pulau Pinang.

Ekoran penularan kluster itu, penduduk dan peniaga di Napoh berhadapan denghan kesulitan.

Terutama ekonomi mereka terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKP) secara pentadbiran.

Menurut Mohamad Yusrizal, selain itu, penduduk yang disahkan positif kluster itu perlu mendapatkan rawatan di hospital dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah.

Katanya, tuntutan terhadap defendan sebanyak RM1.5 juta termasuk ganti rugi am, ganti rugi khas.

Selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi meruncing dan ganti rugi normal.

Sumber : gstv.vip

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!