Hairan mak masak mcm nk kenduri bila Angah balik, tp Along balik mak goreng telur je. Tak sangka itulah makanan terakhir Along.

Hairan mak masak mcm nk kenduri bila Angah balik, tp Along balik mak goreng telur je. Tak sangka itulah makanan terakhir Along.

Semoga perkongsian ini menginsafkan semua pihak yang tidak memahami jiwa remaja yang dilihat bermasalah. Sedarlah bahawa ada remaja yang ingin melakukan perubahan. Mereka juga ingin disanjungi dan diberi kesempatan membuktikan mereka adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain terutama ibubapa dan keluarga.
Berilah mereka peluang kerana mereka juga ada perasaan, ada cita-cita dan harapan. “Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergduh! Bergduh! Bergduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?” Marah ibu. Along hanya membungkam.
Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?” Leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah.
Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya.
Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.
“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar.
Si ibu semakin bengang. “Jadi betul la kau yang mulakan pergduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!”. Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugakla. Along menjerit keskitan. “Skit bu, skit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi. Bu, jangan pukul bu..skit bu..” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi.
“Tau skit ye, kau bergduh kat sekolah tak rasa skit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu, ampunkan Along bu, bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, skit bu..!!”. Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana skitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan.
Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.
Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya.
Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.
Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.
“Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”. “Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu.
Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!” Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. “Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya”. Bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”. Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.
“Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu slalu goreng telur masin dgn nasi putih je, ibu tak masak macam ni pun? ”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”.
Terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!”. Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas” Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya.
Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. “Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni” Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang.
Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?” tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?” soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku” Jelas Along jujur.
“Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!” Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!” Balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.”
Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?” soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!” pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak.
Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”.
Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah”. Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan.
Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Sebab Along, ibu kena marah dengan pengetua tu”. Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri.
Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”.
Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh.
Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along.
Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sudah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik.
Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?” Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?”. Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar.
Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergduh dengan parents?”. Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan.
Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?”. Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada!” Jawab Along pendek.
“Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?”. Along menggeleng-gelengkan kepala. “Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak m@ti dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya.
Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe.
Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah, terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”. Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe” Kata Along lagi.
“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”. Soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju”.
Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.
“Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”. Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?”. “Tak pe lah, perkara dah berlalu.
Lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang. “Kau jadi mngsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”. Kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!”.
“Azam.. kau ni”. “Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi”. Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!”.
Pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?”. Soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”. Terang Along. “Abang Joe mana ni?”.
“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”.
Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”
“Hari ni laa..” Balas Along.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?”
“Bukan, minggu depan”
“Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?” Soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi” Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya.
Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. Terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya.
Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.
Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darrah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut.
Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah.
Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. “Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu” Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya.
Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa keskitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin. Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih.
Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya.
Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meniggal dunia. Si ibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya.
Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul.
Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergduhan tu makcik”. Fariz mula menceritakan peristiwa yang terjadi. “Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.
Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembvnuh. Bapa Azam seorang pembvnuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila.
Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya”. Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu.
Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh skit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital skit jiwa semula”. Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz.
Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya.
Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya.
Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu….UNTUKMU IBU!” Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi si ibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya.
Setelah beberapa lama, si ibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata “Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!”.. Semoga Along bahagia di alam sana. Assalamualaikum.

SINOPSIS THE GADIS

The Gadis

SINOPSIS THE GADIS

Kisah sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina dan Lisa tinggal bersama ayah mereka, Nad bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertauh kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?

Drama 7 episod 'The Gadis' disiarkan bermula 10 April 2020, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Lakonan Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip, Hun Haqeem, Zain Hamid, Hamidah Wahab ...

Ringkasan Kes COVID-19 pada 7.4.2020

Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 7.4.2020:

Kes dilaporkan: 170

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 3,963

Kes sembuh: 80

Jumlah keseluruhan kes sembuh:  1,321

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 92

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 63

- CPRC KKM

Sumber: t.me/cprckkm

Ahli tabligh buka cerita





SEJAK kes pertama dikesan 25 Januari lalu membabitkan pelancong China ke negara ini, beribu-ribu orang dilaporkan sudah dijangkiti wabak pandemik Covid-19 di Malaysia.
Daripada jumlah itu ratusan daripada pesakit itu sudah sembuh, keluar wad serta pulang ke rumah masing-masing selepas dirawat di hospital tempatan.
Bukan mudah menghadapi tekanan akibat dijangkiti virus berkenaan lebih-lebih lagi berhadapan stigma negatif segelintir masyarakat khususnya kluster tabligh yang ketika ini diperkatakan.
Harian Metro menemu bual seorang daripadanya selain mengumpulkan dua status bekas pesakit Covid-19 dari kalangan kluster tabligh sudah sembuh sepenuhnya yang dikongsi mereka di akaun media sosial Facebook (FB).
Beberapa perkataan atau ayat diubah mengikut laras bahasa sesuai.
MUNTAHA ABDULLAH, 46
“NAK cerita pengalaman bersama staf dan frontliners (barisan hadapan) semasa dirawat di HSB. Untuk pengetahuan semua, HSB adalah hospital di Selangor yang dikhususkan merawat pesakit Covid-19. Menurut maklumat seorang daripada jururawat di situ, asalnya dia adalah jururawat bertugas di Wad Bersalin. Beliau berkata, sebelum kes pesakit Covid-19 mula ditempatkan di situ, pihak pengurusan hospital sudah memindahkan terlebih dahulu pesakit bukan kes Covid-19 ke hospital yang lain. Kemudian, HSB dikhususkan untuk menempatkan pesakit Covid-19 disahkan positif atau berkemungkinan besar adalah positif.
Sebagaimana yang kita selalu lihat di media massa, semua frontliners (barisan hadapan) di hospital khususnya doktor, jururawat, paramedik dan semua staf di wad diwajibkan memakai pakaian khas peralatan perlindungan diri (PPE) apabila berhadapan pesakit penyakit berjangkit dan berbahaya seperti virus Covid-19 ini.
Pakaian atau sut ini memang memenuhi standard piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kita yang bukan staf di hospital ini memang tak pernah merasa betapa seksanya mereka yang terpaksa memakai sut sebegini.
Pernah pada suatu hari semasa berada di wad, seorang jururawat datang ke bilik kami untuk buat check-up (pemeriksaan) rutin. Dia mengambil suhu badan, tekanan darah dan denyutan nadi. Bergerak dari satu katil ke satu katil sambil membawa peralatannya.
Saya memang sudah bersedia di katil. Apabila dia menghampiri, saya segera menghulurkan sebelah tangan. Dalam hati berbicara ‘Hurmm...check lagi...’
Namun, sewaktu dia menjalankan tugas dalam keadaan badan sedikit membongkok, saya terpandang sesuatu. Di sebalik perlindungan plastik (shelter) di mukanya, terlihat titik-titik peluh di dahinya. Jarang sekali saya melihat ke arah muka jururawat sebegitu. Kalau tengok pun, sekali imbas saja. Tetapi pada hari itu seolah-olah Allah sengaja memperlihatkannya di depan mata. Perasaan terus tersentap. Ya Allah...dalam bilik berhawa dingin boleh berpeluh, apatah lagi staf lain yang di luar sana? Saya cuba membayangkan keadaan mereka seketika. Dalam keadaan panas di luar sana, mereka sanggup pakai sut itu berjam-jam!
Sudahlah berjam-jam pakai sut yang memerap peluh, kena kerja lebih masa pula. Ada yang sampai lebih 12 jam, 14 jam dan ada yang sampai 16 jam! Sehingga ada yang keletihan sampai jatuh pengsan! Tiada masa cukup untuk beribadat, bersama keluarga dan buat aktiviti lazim kita buat di rumah. Sehingga ada petugas yang hanya memandang anak dari jauh kerana takut tersebar virus kepada ahli keluarga. Itu belum kira lagi risiko mereka mungkin terjangkit virus Covid–19 dari pesakit pula.
Kami, bekas pesakit yang menyaksikan kegigihan mereka menjadi barisan hadapan dalam berhadapan pesakit Covid-19 ini cukup terharu dengan khidmat cemerlang warga kerja KKM khususnya. Tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih ini kami ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua pihak terbabit dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertungkus-lumus membantu kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 ini daripada terus merebak dan meragut nyawa. Syabas utk anda semua. We proud of you! (Kami bangga dengan anda)
Dan demi menjayakan hasrat ini, tiada pesanan lain dari saya melainkan STAY AT HOME, PRAY AT HOME! (Duduk di rumah, doa di rumah).
AMIR HAMZAH BECHIK, 37
“Kami minta maaf atas segala kesulitan kepada seluruh rakyat Malaysia , kalau kami tahu perkara ‘ghaib’ kami tidak akan pergi ke Seri Petaling tetapi kami seperti mangsa lain hadir ke sana hanya untuk mendengar ceramah.”
Demikian luahan jemaah tabligh, Amir Hamzah Bechik, 37, yang juga bekas pesakit Covid-19 yang kini sudah pulih sepenuhnya.
Dia disahkan positif virus itu selepas menghadiri perhimpunan Ijtimak di Masjid Seri Petaling pada 29 Februari lalu.
Bapa kepada dua anak itu berkata, apa yang terjadi sudah ditetapkan Allah SWT yang memilihnya untuk menempuhi ‘ujian’ daripada-Nya.
“Tiada siapa mahu sakit, kalau kami tahu dengan pergi belajar ilmu agama di masjid itu boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan kami, pastinya kami tidak pergi.
“Tetapi kami juga seperti orang lain, kami tidak tahu dan tidak nampak perkara ghaib, jadi berhentilah menyalahkan jemaah tabligh sebagai punca penularan wabak ini, kami juga pesakit tetapi jangan sesekali melabelkan kami sebagai penyebab virus ini di Malaysia,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut, Amir Hamzah berkata, dia hanya menghadiri perhimpunan itu selama satu jam untuk mendengar ceramah antara waktu Maghrib dan Isyak.
“Saya memilih untuk tidak tidur di sana, jadi saya hanya pergi selama sejam. Bagaimanapun, kecoh seketika mengatakan jemaah tabligh dari Brunei positif virus ini selepas menyertai perhimpunan berkenaan.
“Saya hanya mengetahuinya pada 10 Mac dan dua hari kemudian membuat saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Batu 14 bersama keluarga,” katanya.
Menurutnya, dia dan anaknya yang menyertai perhimpunan itu dibawa ke Hospital Ampang untuk melakukan ujian swab sebelum disahkan positif virus itu pada 16 Mac lalu.
“Saya dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan dirawat selama lima hari sebelum keputusan ujian kedua mendapati saya negatif virus berkenaan.
“Ahli keluarga yang lain bebas virus berkenaan kecuali ibu yang disahkan positif berikutan kontak rapat saya. Alhamdulillah ibu juga sudah sembuh dan keluar hospital pada 31 Mac lalu,” katanya.
Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang simptom kecuali batuk berikutan memang mempunyai penyakit asma.
“Ketika dirawat di hospital kebanyakan daripada kami kerap bertahajud diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, membaca al-Fatihah tiga kali dan mengamalkan surah al-Ikhlas (3x).
“Selain itu, saya mengamalkan membaca zikir penerang hati sebanyak 313 kali, selawat satu kali kemudian hembus pada air dan minum. Selepas itu saya membaca surah At-Taghaabun, semoga ini juga menjadi amalan buat pesakit lain,” katanya.
Akuinya, rawatan dan layanan yang diterima di HSB sangat baik.
“Kami terhutang budi kepada pasukan barisan hadapan yang merawat kami, semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, dia memahami perasaan semua rakyat Malaysia khususnya penduduk yang terhalang aktiviti harian mereka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Kami pun tidak inginkan perkara sebegini, tetapi sebagaimana musibah yang lainnya seperti banjir dan kebakaran apabila berlaku kita semua rakyat perlu bersatu hati dengan saling membantu,” katanya.
SAIFUL AZAM
“Perit. Itulah perkataan yang mungkin boleh menggambarkan perasaan saya sebagai seorang pesakit Covid-19 tanpa simptom.
Biarpun kini menjalani kuarantin di bilik rumah seorang diri (dengan syarat ketat seperti di wad), namun ia sangat melegakan perasaan kerana dapat tinggal sebumbung dengan ahli keluarga.
Tempoh 14 hari yang dilalui di Wad 30 HSB benar-benar menguji ketahanan minda dan perasaan.
Dengan persepsi sebagai seorang pesakit Covid-19 biarpun tanpa sebarang gejala, tekanan menjadi bertambah kuat apabila terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri yang tidak pasti apakah cukup makan minum mereka di rumah.
Hati menjadi semakin remuk apabila melihat seorang demi seorang rakan sama wad dibebaskan dari ‘penjara’ ini saban hari.
Diri terus menghitung hari yang mendatang seakan-akan tiada penghujungnya.
Bunyi pintu jeriji wad setiap kali dikunci dengan mangga menambah penderitaan mental diri ini.
Terkadang terlintas juga di fikiran untuk melompat keluar dan lari daripada kepungan ini, namun apabila memikirkan akibatnya, rancangan itu terpaksa dilontar jauh-jauh dari pemikiran.
Setiap kali ujian swab (calitan tekak) dibuat, debaran 24 jam seterusnya begitu terasa seperti menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jantung bergoncang kuat sehingga bergegar seluruh tubuh. Betapa luluhnya hati apabila doktor mengejutkan jam 5 pagi keesokannya hanya untuk membisikkan kalimat ‘Awak masih positif ye’.
Bagi yang tidak mengerti, kata-kata itu bukanlah membawa erti yang sama seperti dalam program
motivasi, sebaliknya ia bermakna kehidupan di wad perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya empat hari lagi.
Maka hati harus terus tabah untuk mengulangi rutin harian untuk hari-hari berikutnya.
Biarpun kini sudah pulang, namun jauh di sudut hati ini amat merindui suasana solat berjemaah ‘semeter ’ setiap waktu di wad.
Buat f rontliners (barisan hadapan), tiada kata-kata yang mampu diucapkan sebagai balasan buat budi baik kalian.
Sanggup mempertaruhkan kehidupan berdepan secara langsung dengan makhluk yang tidak kelihatan ini.
Mengutamakan kami lebih daripada tanggungjawab kepada ahli keluarga masing-masing di rumah.
Moga Allah lindungi kalian sekeluarga sentiasa.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/562980/ahli-tabligh-buka-cerita#utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=ahli_tabligh_buka_cerita&webPushId=Njc2MQ==

Wadah Terkini