Resepi Biskut Oat Pisang Untuk Diet

No photo description available.


Resepi Biskut Oat Pisang Untuk Diet



Resepi ini sangat sesuai bagi yang berdiet dan sesuai untuk semua, tidak kira masa, ia sangat mudah disediakan dan sangat sedap serta mengenyangkan.

Bahan-bahanya:
Pisang - 2 biji
Gula - 2 Sudu
Oat - 1 cawan

Cara-caranya:

Lenyekan pisang bersama gula sehingga hancur dan tidak berketul.

Kemudian masukan oat dan gaul hingga sebati.
Kepal @ Jadikan bahan tadi menjadi bulat dan diletakan didalam loyang.

Bakar selama 10-15 minit dan kemudian sejukan serta dimasukan ke dalam bekas @ botol kedap udara supaya tidak lemau.

Pastinya sedap!!! Jom cuba !!!
(Bagi sesiapa yang menghidapi kencing manis, disarankan agar tidak perlu memasukkan gula)

Indonesia Berjaya Hasilkan Durian Tanpa Duri, Kini Dibiakkan Lebih Banyak

Sekumpulan penyelidik pertanian di Indonesia mendedahkan bahawa mereka berjaya menghasilkan buah durian tanpa duri.
indonesia berjaya hasilkan durian tanpa duri, kini dibiakkan lebih banyak
Menurut Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih Wilayah Barat Nusa Tenggara, beliau kini berasa lega kerana orang ramai tidak lagi menganggap durian tanpa duri ini sebagai satu khabar angin.
indonesia berjaya hasilkan durian tanpa duri, kini dibiakkan lebih banyak
Tambah lagi, tanpa duri, durian ini lebih mudah dibuka dan juga mempunyai rasa yang sama, malah lebih manis berbanding durian biasa.
Pokok yang mula ditanam sekitar 2007 di Kampung Treggaluh berdekatan Gunung Rinjani, iaitu sebuah kawasan gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.
indonesia berjaya hasilkan durian tanpa duri, kini dibiakkan lebih banyak
Sampel pokok durian tanpa duri ini juga telah diambil untuk dikaji dan juga dibiakkan.
Bagaimanapun, hanya dua peratus daripada biji benih pokok durian itu berbunga dan menghasilkan buah.
Penduduk disana memanggil buah durian tanpa biji ini sebagai durian gundul atau gundulan.
indonesia berjaya hasilkan durian tanpa duri, kini dibiakkan lebih banyak

SUMBER : https://era.je/

PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR :

PERTANYAAN MALAIKAT DIDALAM KUBUR :

Tanya : Ma Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.
Tanya : Ma Nabiyyuka? Siapa Nabimu?
Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku
Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku
Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku
Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku
Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani.

Jawabannya sangat sederhana, bukan? Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?

Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.
Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.

Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.

Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.

●Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda : “Barang siapa yg menyebarkan satu saja ilmu dariku, maka Allah buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak”.

Subhanallah, semoga Kita ditinggikan ilmunya, diangkat drajatnya , dibesarkan rezekinya, diharumkan namanya, disetiakan cintanya, dipanjangkan umurnya, dijauhkan dari azab kubur dan api neraka dan dikabulkan doa nya. AAMIIN..

Hidayah milik Allah moga Allah redha

Sumber: Fb Mohd RazMan

FADHILAH ISTERI MINTA DULUAN

FADHILAH ISTERI MINTA DULUAN.

Siapa saja seorang istri yang menawarkan diri untuk suaminya dengan suka-rela, maka:


(1) Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka;
(2) memberinya pahala dua ratus ibadah Haji dan Umrah;
(3) dicatatkan untuknya dua ratus ribu kebaikan;
(4) diangkat untuknya dua ratus ribu darjat di Syurga.
Dan siapa saja seorang istri yang masuk bersama suaminya dalam satu selimut, maka Malaikat dari bawah 'Arsy memanggilnya, "Mulailah duluan olehmu perbuatan itu (merangsang suami):

(1) Maka Allah akan mengampuni untukmu dari dosamu yang telah lalu dan yang akan datang;
(2) Dan Allah akan mencatat untuknya pahala seorang yang memerdekan seratus budak;
(3) Dan mencatat untuknya dari setiap sehelai rambut dengan satu kebaikan._
Dan siapa saja seorang istri yang mencium suaminya dengan suka rela maka:

(1) Dia bagaikan menghatamkan Al-Qur'an (dua belas) kali;
(2) Dan dengannya Allah akan mencatat dari setiap ayat dalam Al-Qur’an lima puluh kebaikan;
(3) Dan dari setiap ciuman dibangunkan sebuah kota di Syurga untuknya.
.
Dan siapa saja seorang istri yang mencium kepala suaminya, menyisir rambut dan janggutnya, maka:

(1) Allah akan mencatat untuknya pahala kebaikan dengan bilangan setiap sehelai rambut;
(2) Dan ditanamkan untuknya dari setiap sehelai rambut dengan pohon kurma di Syurga
Wallahu a'lam.

i-Akaun KWSP dikreditkan bermula 4 Mei

Pengeluaran i-Akaun KWSP yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula 4 Mei sehingga 18 Mei ini.

Lebih 3.51 juta permohonan diluluskan berjumlah RM1.66 bilion

FOKUS

"FOKUS"

Ada seorang anak yang setiap hari rajin solat ke masjid, lalu suatu hari ia berkata kepada ayahnya, 
"Ayah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"Laaa kenapa?" Tanya si ayah.

"Kerana di masjid saya menemukan orang² yang kelihatan beragama tapi sebenarnya tidak, ada yang sibuk dengan gadgetnya, sementara yang lain membicarakan tentang keburukan orang lain".

Si ayah pun berpikir sejenak dan berkata, "Baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terpulang kepada kamu".

"Apa dia ayah?"

"Ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah".

Si anak pun membawa segelas air mengelilingi masjid dengan hati², hingga tak ada setitis air pun yang jatuh.

Sesampai di rumah sang ayah bertanya, "Bagaimana sudah kamu bawa air itu keliling masjid?", 

"Sudah ayah".

"Apakah ada yang tumpah?"

"Tidak".

"Apakah di masjid tadi ada orang yang sibuk dengan gadgetnya?".

"Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak.

"Apakah di masjid tadi ada orang² yang membicarakan keburukan orang lain?", tanya si ayah lagi.

"Saya pun tidak mendengar kerana saya hanya fokus menjaga air dalam gelas".

Si ayah pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah hidup anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan ada waktu untuk menilai keburukan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu".

Marilah kita fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan untuk terus menjadikan hidup ini positif.

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

#copypaste #fb

Bantuan Prihatin Nasional ( BPN)

TERKINI: Bayaran BPN bagi Permohonan Baru & Rayuan adalah mulai 15 hingga 20 Mei 2020 

Bagi penerima fasa 1, pembayaran fasa 2 adalah seperti berikut:
✅B40 : 4 hingga 13 Mei 2020
✅M40 : 13 hingga 15 Mei 2020

Panduan Semakan Bayaran BPN: https://www.mysumber.com/bantuan-prihatin-nasional.html

Hukum meninggalkan grup Whatsapp

Hukum meninggalkan grup Whatsapp

PETALING JAYA: Rupanya meninggalkan sesuatu grup Whatsapp atau ‘left’ grup mempunyai hukumnya tersendiri, demikian kata Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya tindakan meninggalkan grup perbualan Whatsapp tidak bermakna kita putus silaturahim namun seeloknya langkah itu diberitahu dahulu.

“Putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara ‘left group’ bukan sampai tahap begitu.

“Namun, jika seseorang berniat untuk meninggalkan grup Whatsapp, mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian negatif,” katanya lapor Sinar Harian.


Azhar Idrus juga memberikan contoh alasan yang dikaitkan dengan tindakan ‘Left group’ misalnya, kerana tidak suka keadaan orang yang berbual, rasa grup tersebut tiada faedah, dan kerana terlalu banyak grup untuk dikendali.

“Sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya… Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh ‘left group’ tiada masalah,” katanya ketika disoal dalam forum Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Dalam forum yang sama, Azhar Idrus menggesa pengguna media sosial agar memanfaatkan platform teknologi itu secara baik.

“Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti ‘bagaimana untuk memasak dengan baik’ juga boleh dikongsi di media sosial,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/06/01/hukum-meninggalkan-grup-whatsapp/

Wadah Terkini