Mei 03, 2020

Hukum meninggalkan grup Whatsapp

Hukum meninggalkan grup Whatsapp

PETALING JAYA: Rupanya meninggalkan sesuatu grup Whatsapp atau ‘left’ grup mempunyai hukumnya tersendiri, demikian kata Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya tindakan meninggalkan grup perbualan Whatsapp tidak bermakna kita putus silaturahim namun seeloknya langkah itu diberitahu dahulu.

“Putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara ‘left group’ bukan sampai tahap begitu.

“Namun, jika seseorang berniat untuk meninggalkan grup Whatsapp, mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian negatif,” katanya lapor Sinar Harian.


Azhar Idrus juga memberikan contoh alasan yang dikaitkan dengan tindakan ‘Left group’ misalnya, kerana tidak suka keadaan orang yang berbual, rasa grup tersebut tiada faedah, dan kerana terlalu banyak grup untuk dikendali.

“Sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya… Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh ‘left group’ tiada masalah,” katanya ketika disoal dalam forum Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Dalam forum yang sama, Azhar Idrus menggesa pengguna media sosial agar memanfaatkan platform teknologi itu secara baik.

“Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti ‘bagaimana untuk memasak dengan baik’ juga boleh dikongsi di media sosial,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/06/01/hukum-meninggalkan-grup-whatsapp/

2 ulasan:

  1. So far, tak pernah lagi left group. Pernah jadi secara tak sengaja sebab hp problem. Tapi lepas tu explain la kenapa. :)

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!