Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh π²πΎ
π harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πSemua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πSemua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
πPenjarakkan sosial sentiasa diutamakan
πPita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
π Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
πHanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πKedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πKeseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
π Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
πMajlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
πTiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
πTidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
πTaman permainan kanak - kanak ditutup.
πKekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
πKekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
πBerlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πRak - rak di kedai menjadi kosong.
πKilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πKerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πTiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πSidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πKemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
π Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
πRamai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
π Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πPekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
π "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ππππ
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
π€π€π€
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️π²πΎ❤️π²πΎ❤️
Hari ini, 1 April 2020 dh masuk Fasa ke 4, hari ke 45 PKP.
#copyNpaste
#forMyReference
#stayathome
#dudukrumah
#coronavirus
#covid19
#staysafe
#kitapastimenang
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!