Mei 01, 2020

RESEPI : Sate Ayam Kuah Kacang Terlajak Lazat

Resepi Sate Ayam Kuah Kacang Terlajak Lazat



resepi satay ayam
Imej via Google

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Ayam/Daging 2 kilo.
  • Bawang putih 1 labu.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Halia 2 1/2 inci.
  • Serai 6 batang.
  • Lengkuas 2 inci.
  • Ketumbar 10 grm.
  • Jintan Manis 50 grm.
  • Jintan Putih 20 grm.
  • Kunyit serbuk 50 grm.
  • Kunyit hidup 3 inci.
  • Gula melaka 1 cawan.
  • Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis).
  • Garam 3 sudu kecil.

Cara Membuat Satay Ayam

1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.
2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.
3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.


resepi satay ayam
Imej via Facebook

Bahan Untuk Kuah Kacang

  • Kacang tanah, goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan blend setelah sejuk.
  • Lada kering, blend.
  • Gula melaka.
  • Garam.
  • Gula.
  • Halia.
  • Serai.
  • Asam keping.
  • Bawang besar dan bawang putih.

Cara Membuat Kuah Kacang

1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.
2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.
3. Akhir sekali masukkan air.



resepi satay ayam
Imej via Google

4 ulasan:

  1. baru semalam buat sate & kuah tapi lain resepi. nak try resepi ni lak nanti.

    sila ke sini

    http://zzzyy.blogspot.com/2020/04/pemenang-segmen-apakah-perkara-pertama.html

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Waa.. sedap nampak. SS tak pernah lagi buat satay sendiri. Time PKP ni tak mustahil semua benda nak kena buat sendiri. heheh

    BalasPadam
  3. Sedapnya satay! Tapi part nak bakar tu hahaha bercinta rasa.

    BalasPadam
  4. Pergh, sedap. memang favourite saya satay ni. Perfume pun saya tak pandang bila meratah satay.

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!