Pages

Mei 01, 2020

Perbezaan antara kuih tepung pelita, kuih tako dan kuih limas

Ramai orang, tak kira pembeli atau pun penjual, masih keliru antara kuih tepung pelita, kuih tako, dan kuih limas. Di laman dan blog resepi pun selalu tertukar nama dan bahan-bahan tiga kuih ini.
Mari lihat apa perbezaannya:-
KUIH TEPUNG PELITAAsal : pantai timur
Atas : tepung beras, santan, garam
Bawah : tepung beras, gula, pandan
Cara : masak dalam periuk, tuang ke bekas
Bekas : daun pisang
Tekstur : lembut, cair di mulut
KUIH TAKO/TAKUPAsal : selatan semenanjung
Atas : tepung jagung, santan, garam
Bawah : tepung jagung, gula, pandan, sengkuang
Cara : masak dalam periuk, tuang ke bekas
Bekas : daun pandan
Tekstur : seperti agar-agar lembut
KUIH LIMASAsal : Perak
Atas : tepung gandum, santan, garam
Bawah : tepung gandum, gula, pandan
Cara : kukus dalam bekas
Bekas : daun pisang
Tekstur : lembut, cair di mulut
Rupa bentuk dan warna ketiga-tiga kuih ni sama sahaja, tetapi rasa dan teksturnya berlainan. Ada orang suka tekstur lembut tepung pelita dan limas, ada suka tekstur kental dan sengkuang pada tako.
Jadi, bagaimana nak bezakan jika nak beli, terutamanya jika pembelian atas talian?
1. Tanya penjual bahan apa yang digunakan untuk buat kuih berkenaan. Jika kita tanya nama, belum pasti betul, kerana kadang-kadang penjual pun keliru nama kuih yang dia jual.
2. Kadang-kadang, ada penjual buat bahagian atas dan bawah kuih ni guna padanan tepung berlainan. Ini sukar sikit, sebab tak tahu nak kategorikan kuih tersebut sebagai kuih mana satu.
3. Tak usah gunakan daun pembungkus sebagai kepastian jenis kuih. Ada penjual buat tepung pelita dan limas guna daun pandan, dan ada penjual buat tako guna daun pisang.
Kesimpulannya, sebagai penjual dan pembeli, kita perlu tahu bezakan kuih tepung pelita, kuih tako dan kuih limas supaya tak berlaku salah faham semasa urusan jual beli.
Eh, kuih sampan yang mana satu? Aduh!

2 comments:

nohas berkata...

oo..baru tahu..lain2 tepung rupanya..

Tanpa Nama berkata...

web hosting
vps malaysia
forex vps

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!