Aku yang kau panggil sayang

Aku yang kau panggil sayang
Ingin menghampiri masa-masa silam
Engkau yang ku panggil sayang
Pernah meneroka hati ini
Detik kemanisan pun berlalu
Ke manakah janjimu yang suci
Aku yang kau panggil sayang
Ingin ku mengutip sisa-sisa cinta
Engkau yang ku panggil sayang
Menapak ke hala persimpangan
Tanpa meninggalkan kata-kata
Bila kau kan kembali lagi
Seraut wajah sering ku usap
Dalam mimpi kita pun bersenda
Siangku menyebutmu di malam sunyi
Ku digoda rindu... oh...
Aku yang kau panggil sayang
Dalam kegelapan ku mencari kasih
Engkau yang ku panggil sayang
Mungkin kali ini kehilangan
Berikan daku saat terakhir
Mengusap muka mu oh sayang

SINOPSIS DI PENGHUJUNG FATAMORGANA

SINOPSIS DI PENGHUJUNG FATAMORGANA

Mengisahkan seorang wartawan, Zamarul yang mengalami delusi antara realiti dan fantasi akibat dari siasatan kes penculikan seorang anak pasangan usawahan selebriti dimana siasatan tersebut berjaya merungkai misteri yang terjadi kepadanya.

Telefilem Di Penghujung Fatamorgana, Jumaat, 22 Mei 2020, pukul 9:30 malam di TV2.

Lakonan Amar Asyraf, Nazia Mustafar, Sara Ali, Ainin Batrisya, Nina Iskandar, Fezrul Khan, Aizat Hassan ...

SINOPSIS SAKA VIRAL


SINOPSIS SAKA VIRAL

Mengisahkan Mael yang taksub dengan media sosial telah dibuang kerja apabila dia telah memuat naik maklumat sulit syarikatnya di laman sesawang secara tidak sengaja. Namun, hidupnya berubah selepas dia bertemu dengan Nani yang juga seorang yang ketagihan dengan media sosial. Perkara pelik mula berlaku dalam hidup Mael. Siapakah Nani yang sebenar?

Telefilem komedi seram 'Saka Viral' di TV3 pada hari raya pertama pukul 4 petang.

Lakonan Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Talha Harith, Kazar Saisi, Faez Nick, Issey Fazlisham, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Kamarool Haji Yusoff ...

Saka Viral

Drama Runi dan Solah 25 Mei TV3.

Drama bersiri mini empat episod, 'Runi dan Solah' disiarkan pada 25 Mei ini pukul 12 tengah hari di TV3.

Lakonan Zareef Yusof, Nik Adam Mika, Duerra Mitilda, Indah Emeerlda, Nynaa Harizal, Eizlan Yusof, Farahdhiya ...


Mengisahkan Runi (Zareef Yusof) yang dibesarkan di luar negara berpindah kembali ke Malaysia bersama keluarganya. Runi berasa asing dengan budaya Malaysia dan cuba untuk menyesuaikan diri. Ayahnya, Rahmat menghantarnya ke kelas Fardhu Ain, di mana Runi berlawan dengan  Solah (Nik Adam Mika), Suraya (Duerra Mitilda) dan Nisa (Indah Emeerlda).


Runi & Solah

SINOPSIS ANAK-ANAK TAMAR

SINOPSIS ANAK-ANAK TAMAR

Wadi Umar seorang usahawan tamar yang berjaya dan mempunyai 2 orang anak iaitu Yusuf dan Nur. Dia telah mengambil 2 orang anak angkat yatim piatu iaitu Adim dan Haiqal. Yusuf tidak boleh menerima kehadiran mereka. Namun ada sesuatu berlaku kepada Haikal.

Telefilem Anak-Anak Tamar disiarkan pada Ahad ini, 17 Mei 2020, pukul 10.00 malam di TV1.

Lakonan Rusdi Ramli, Fimie Don, Nur Khadra Syamimi, Izuan Fitri, Ariff Abdullah, Radhi Khalid, Assry Azizan, Liya Banks ...

Anak-Anak Tamar

Emas perhiasan ini ada dua ketegori

Sbg org Muslim wajib tahu pasal zakat emas. Emas perhiasan ni ada dua ktegori.
1) Emas yg dipakai
2) emas yg disimpan


Emas yg dipakai dibadan:
‘Uruf emas yg paling banyak dipakai dibadan adalah 150gm. Katalah dia pakai lebih dlm 250gm..yg dia kena bayar adalah 100gm mengikut ‘uruf yg ditetapkan...bukannya 250gm.
Kiraannya adalah:
250gm(pakai) - 150gm(‘uruf) = 100gm
100gm(lebihan pemakaian) x Rm145.12(kiraan emas skrg) x 2.5% (kiraan kadar zakat tetap) = RM362.80 (inilah jumlah kiraan yg kena bayar jika pakai melebihi yg ditetapkan dlm islam)
Bagi emas yg disimpan pula:
Limit simpanan adalah:
85gm - jik melebihi 85gm WAJIBLAH MEMBAYAR ZAKAT EMAS
Contoh simpan gold bar 100gm.
Kiraan:
100gm x rm145.12 x 2.5% = RM362.80 wajib dibayar SOLID HARGA BARANG YG DISIMPAN.....
Jdi sbb tu apabila kita nak memilikinya hendaklah kita berilmu.
P/s: ‘uruf tidak melebihi 150gm adalah bagi kwasan KL
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)
Semoga bermanfaat.
Bagus soalan Fa'izatul Akma Mustafha sbb beliau rsa bertanggungjawab utk mengetahuinya.
Boleh share sbb saya juga dapat ilmu ini dari Ustaz Don Daniyal. Dh faham dan jelaskan? Jangan lupa dalam berhias dan berharta, BERZAKATLAH.tunaikan hak agamamu.

Bahaya berbuka dengan rokok. Rupanya kesannya pada tubuh waktu itu lebih dahsyat

Bahaya berbuka dengan rokok. Rupanya kesannya pada tubuh waktu itu lebih dahsyat
TENTU biasa kita melihat golongan perokok yang merokok sebaik masuk waktu berbuka puasa bukan?
Terlihat benar kepuasan dapat melakukan aktiviti itu selepas seharian terpaksa berlapar dan dahaga, selain menahan diri daripada menyedut asap rokok.
Ya, secara luarannya memang tergambar kepuasan dan ketenangan dalam diri perokok terutamanya yang tegar berkenaan. Namun begitu, tahukah anda duhai perokok sekalian apa berlaku dalam sistem dalaman anda?
Menurut Public Health Malaysia (PHM), merokok sebaik sahaja berbuka puasa menyebabkan satu kejutan yang ‘maha dahsyat’ kepada tubuh.
“Manakan tidak, selepas berpuasa selama 12 jam, tubuh badan memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga.
“Kesan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh individu selepas berpuasa menyebabkan saluran darah mengecut dan menganggu saliran oksigen di dalam salur darah!
“Asap rokok juga menyebabkan darah menjadi lebih pekat, meningkatkan tekanan darah dan menganggu degupan jantung.
“Situasi ini menyebabkan risiko serangan jantung dan stroke meningkat berkali ganda!,” kongsi PHM dalam laman Facebooknya yang mendapat pelbagai respons positif netizen. Tidak kurang juga yang sinis di ruangan komennya.
Kesan positif puasa
Dalam pada itu, PHM berkongsi kesan positif berpuasa yang dikatakan telah terbukti mampu memberi pelbagai kesan positif kepada fisiologi dan metabolisme tubuh.
“Mengapa sia-siakan usaha berpuasa sepanjang hari dengan mengambil sesuatu yang menjahanamkan tubuh?
“Bulan Ramadan merupakan antara tempoh terbaik untuk berhenti merokok. Kunjungi Klinik Berhenti Merokok untuk bantuan dan sokongan,” kongsi PHM lagi.
Sebenarnya pelbagai kempen tentang keburukan rokok sejak dahulu lagi telah dimulakan. Ironinya, biarpun semakin meningkat saranan dan nasihat diberikan, semakin ramai pula perokok yang tegar.
Anda bagaimana? Sayangilah diri dan keluarga anda. Ambillah keberkatan bulan yang mulia ini untuk menghentikan perbuatan yang sia-sia.
Banyak-banyakkan berdoa dapat berhenti merokok. Ingatlah keluarga anda yang tersayang… -AG #PastiAdaSinar
Sumber : SinarPlus

BMI CALCULATOR


BMI CALCULATOR

BMI Range Chart
  • Less than 16.0 – Severely Underweight
  • From 16.0 to 18.5 – Underweight
  • From 18.6 to 25.0 – Normal Weight
  • From 25.1 to 30.0 – Overweight
  • From 30.1 to 35.0 – Moderately Obese
  • More than 35.0 – Severely Obese
(Learn more at Wikipedia: Body Mass Index / BMI) | https://www.calculator.com.my/

Wadah Terkini