Sanjana I Love You Lyric


Sanjana I Love You Lyric

Dhadkan Ki Rawani Le Le
(Ambil kelancaran detak jantungku)

Chahat Ki Nishani Le Le
(Ambil kenang-kenangan cintaku)

Sanjana Chahe Tujhe
(Sanjana mencintaimu)

Joh Bhi Chahe Aa Mujhse Le Le
(Datang dan mengambil apa pun yang kau inginkan dariku)

Tu Ishq Hai, Tujhe Pyar Doon, Kya Doon
(Kau cintaku, aku akan memberikan cinta, apa lagi)

Tera Pyar Hoon, Tujhe Pyar Doon, Kya Doon
(Aku cintamu, aku akan memberikanmu cinta, apa lagi)

Main Bhi Yahan, Tu Bhi Yahan
(Aku di sini dan kau di juga sini)

Prem Hi Prem Harsu
(Ada cinta di segala arah)

Sanjana I Love You - 3x
(Sanjana aku mencintaimu)

Sanjana I Love You, Love You, Love You
(Sanjana aku mencintaimu, mencintaimu, mencintaimu)

Tu Ishq Hai, Tujhe Pyar Doon, Kya Doon
(Kau cintaku, aku akan memberikan cinta, apa lagi)

Tera Pyar Hoon, Tujhe Pyar Doon, Kya Doon
(Aku cintamu, aku akan memberikanmu cinta, apa lagi)

Main Bhi Yahan, Tu Bhi Yahan
(Aku di sini dan kau di juga sini)

Prem Hi Prem Harsu
(Ada cinta di segala arah)

Sanjana I Love You - 3x
(Sanjana aku mencintaimu)

Sanjana I Love You, Love You, Love You
(Sanjana aku mencintaimu, mencintaimu, mencintaimu)

Aao Aaj Baahon Mein Jhoole
(Ayo, mari kita berayunan di lengan saat ini)

Baahon Mein Jhoole
(Berayunan di lengan)

Aao Saari Duniya Ko Bhoole
(Ayo, mari kita lupakan seluruh dunia)

Duniya Ko Bhoole
(Lupakan dunia)

Madhoshi Chaayi Hai Dekho Na Le Chala Pal Yeh Kahan
(Ada keracunan sekitar, saat ini membawa kita ke suatu tempat)

Pal Yeh Kahan
(Membawa kita ke suatu tempat)

Main Bhi Yahan, Tu Bhi Yahan
(Aku di sini dan kau juga di sini)

Prem Hi Prem Harsu
(Ada cinta di segala arah)

Sanjana I Love You - 3x
(Sanjana aku mencintaimu)

Sanjana I love You, Love You, Love You
(Sanjana aku mencintaimu, mencintaimu, mencintaimu)

Aaj Tumhe Kuch Keh Doon
(Hari ini aku akan mengatakan sesuatu kepadamu)

Chupke Se Keh Do
(Aku akan mengatakannya diam-diam)

Aaj Tumhe Kuch De Doon
(Hari ini aku akan memberikan sesuatu untukmu)

Chori Se De Do
(Aku akan memberikannya diam-diam)

Lab Yeh Kunware Hai, Ab Yeh Tumhare Hai
(Bibirku yang tak tersentuh, sekarang itu adalah milikmu)

O Meri Jaan, O Meri Jaan
(Oh sayangku, Oh sayangku)

Main Bhi Yahan, Tu Bhi Yahan
(Aku di sini dan kau juga di sini)

Prem Hi Prem Harsu
(Ada cinta di segala arah)

Sanjana Loves You - 4x
(Sanjana, mencintaimu)

Sanjana I Love You - 2x
(Sanjana aku mencintaimu)



Sinopsis Filem Bang Bang! (2014)


Hrithik Roshan & Katrina Kaif

Sinopsis Filem Bang Bang! (2014)

Filem arahan pengarah hebat Siddharth Raj Anand yang menampilkan bintang utama Hrithik Roshan dan Katrina Kaif sebagai teraju utama ini merupakan sebuah filem yang mengisahkan seorang wanita yang terperangkap dengan seorang perisik yang dianiaya dan ingin membersihkan namanya. Filem adaptasi dari filem lakonan Tom Cruise dan Cameron Diaz ini menampilkan kisah serupa dengan elemen Bollywood di dalamnya.


Lakonan Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Danny Denzongpa, Javed Jaffrey



McDonald's Malaysia (McDonald's) menzahirkan jiwa 'Malaysia' dengan memaparkan papan tanda Mekdi

MCDONALD’S Bukit Bintang menukar papan tandanya kepada Mekdi sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. FOTO fail NSTP
MCDONALD’S Malaysia menukar papan tanda restorannya di Bukit Bintang kepada Mekdi, slanga tempatan bagi singkatan perkataan McD.
Cawangan berkenaan juga adalah restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia dan dibuka pada 1982.
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasarannya, Melati Abdul Hai berkata, nama Mekdi akan digunakan untuk tempoh sementara sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
“Sepanjang 37 tahun, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini.
“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ia kini sinonim dengan jenama McDonald’s,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, sempena meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald’s Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri.

Malah, menyedari populariti nasi lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya nasi lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia pada 16 September nanti.


PAPAN tanda Mekdi di 16 restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara.

SEKALI lagi McDonald's Malaysia (McDonald's) menzahirkan jiwa 'Malaysia' dengan memaparkan papan tanda Mekdi di 16 restoran terpilih di seluruh negara.
Inisiatif menarik itu sempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan ulang tahun ke-38 syarikat itu di negara ini.
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, papan tanda Mekdi (McD) adalah singkatan panggilan tempatan untuk McDonald's dan kempen berkenaan diadakan sehingga 16 September ini.
Kata Melati, semua 16 restoran terbabit dipilih sendiri rakyat Malaysia menerusi undian yang dijalankan sebelum ini.


"Dikenali sebagai Mekdi dalam kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang dengan sokongan padu pelanggan setia.

MELATI malancarkan papan tanda Mekdi di Putrajaya, semalam.
MELATI malancarkan papan tanda Mekdi di Putrajaya, semalam.

"Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu dan ia jelas menunjukkan bahawa Mekdi sinonim dengan masyarakat di negara ini.
"Jadi kali ini kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat di seluruh negara dengan menukar restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi ," katanya ketika berucap melancarkan papan tanda Mekdi di Putrajaya, semalam.
Hadir sama, Pengurus Kanan Pemasaran Mcdonald's Malaysia, Azman Mohammad.
Menurut Melati, pandemik Covid-19 menguji operasi perniagaan mereka di pelbagai peringkat namun pihaknya berterima kasih kepada pelanggan kerana terus memberi sokongan sepanjang musim mencabar itu.
Kata Melati, pihaknya juga berbangga dengan kakitangan yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan ketat dipatuhi di semua restoran di seluruh negara.
"Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung masyarakat kita.
"Menerusi perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang 2025, kami juga menetapkan sasaran bagi menambah lebih ramai tenaga kerja," katanya.

MENU menarik sempena sambutan bulan kemerdekaan.
MENU menarik sempena sambutan bulan kemerdekaan.


NASI Lemak McDonald’s kini boleh dinikmati dengan rendang ayam.
NASI Lemak McDonald’s kini boleh dinikmati dengan rendang ayam.

Sementara itu, sempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald's turut memperkenalkan rendang ayam sebagai pilihan hidangan sampingan bersama nasi lemak, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan sambal pedas.
Selain itu, pelanggan juga boleh memilih Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).
Untuk pencuci mulut, pelanggan boleh nikmati pai jagung, ais krim perisa cendol atau McFlurry Cendol baharu yang enak dengan gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair dan jeli cendol.
Azman berkata, hidangan Nasi Lemak McDonald's bersama rendang ayam boleh dinikmati sehingga akhir September manakala nasi lemak bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan GCB sehingga 9 September ini.
"Menu berkenaan disediakan bagi memberi kelainan kepada pelanggan dan walaupun pertama kali ia diperkenalkan namun sambutan yang diterima cukup memberangsangkan.
"Jadi, jangan ketinggalan untuk menikmati hidangan berkenaan dan nikmati kelainannya," katanya.

Sinopsis Filem Kenderaan Berat Ikut Kiri


Sinopsis Filem Kenderaan Berat Ikut Kiri

Menyangka Lisa telah mencuri lagunya, Adam berdepan konflik dengan gadis itu. Namun selepas menyedari kesalahannya dan meminta maaf, kedua-dua mereka mula menyukai antara satu sama lain. Sekali lagi konflik timbul dalam hubungan mereka setelah Adam mendapat tahu bapa Lisa, Pakcik Don, adalah ketua sebuah sindiket pemerdagangan manusia.


Lakonan Syafie Naswip, Farhanna Qismina, Ropie, Sathiya ...


Filem Kenderaan Berat Ikut Kiri ditayangkan mulai 26 Nov 2020 di pawagam.

Sinopsis Filem Salina


Sinopsis Filem Salina

Salina tinggal di sebuah banglo yang mempunyai kisah misteri. Kanak-kanak yang menetap di situ juga mula diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Situasi menjadi lebih menakutkan apabila berlakunya satu pembunuhan yang tidak dijangka.

Lakonan Mona Allen, Pekin Ibrahim, Dewi Amanda

Filem Salina ditayangkan mulai 05 Nov 2020 di pawagam


Sinopsis Filem Miimaland



Sinopsis Filem Miimaland

Sebuah filem seram arahan Nevin Hiong. Ia dibintangi oleh Fattah Amin sebagai Ariel, yang ingin menyiasat misteri taman tema terkenal pada tahun 1990-an, Mimaland. Taman tema yang dibuka sejak 1971 itu dibiarkan terbengkalai selepas berlakunya tanah runtuh pada tahun 1994.

Filem ini turut dibintangi Sophia Albarakbah, Camelia Natasya kmn, Hazzy Alzeeq dan Zalif Sidek.

Filem Miimaland akan ditayangkan mulai 24 Sept 2020 di pawagam.


Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Dosa



Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Dosa


Aurora merupakan remaja berusia 19 tahun yang dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam. Namun, setelah mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah anak luar nikah, Aurora hampir bunuh diri akibat tertekan. Dia kemudiannya dibantu oleh Khaliq dan pulang ke Malaysia untuk mencari ibu dan bapa kandungnya. Sementara itu, ibu kandungnya, Siti Zahrah, masih dihantui dengan dosa silam, manakala ayah kandungnya pula, Ustaz Aariz, seorang ustaz terkenal, cuba lari dari dosa silam dan tidak mengaku Aurora adalah anak kandungnya demi menjaga reputasinya.



Filem Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan mulai 10 Sept 2020 di pawagam.


Lakonan  Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi ...

Cinema Online

11 Tanda Anda Sedang Alami Ketagihan Game

permainan video
Permainan video atau video game merupakan salah satu daripada aktiviti yang banyak dimainkan oleh ramai orang pada masa lapang termasuklah orang dewasa.
Namun, pada tahap manakah permainan video ini mula dikategorikan sebagai ketagihan game? Ikuti jawapannya di bawah ini.

Apakah ketagihan permainan video?

Permainan yang pada mulanya hanyalah sebagai satu cara mengisi masa lapang, kini telah banyak menjejaskan keadaan kesihatan mental pemainnya.
Walaupun American Psychiatric Association (APA) tidak mengelaskan ketagihan game ini dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM), namun WHO ada menyatakan ‘gaming disorder‘ dalam International Classification of Diseases (ICD-11).
Menurut WHO, ‘gaming disorder’ adalah corak tingkah laku permainan yang berterusan atau berulang, yang mungkin dilakukan dalam talian atau luar talian.
Tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh gangguan kawalan terhadap permainan, peningkatan keutamaan yang diberikan kepada permainan sehinggalah mainan lebih diutamakan daripada kepentingan hidup dan aktiviti harian yang lain.
Selain itu, terdapat kesinambungan atau penerusan permainan walaupun berlakunya kesan-kesan yang negatif ke atas pemainnya.
Walaupun kebanyakan daripada pemain video game ini tidak mengalami ketagihan game, WHO menganggarkan terdapat antara 3% – 4% pemain yang mengalaminya.
Perbezaan ketara yang menentukan sama ada video game tersebut sihat atau sebaliknya adalah bagaimana permainan tersebut menjejaskan kehidupan seseorang secara negatif. 

Apakah tanda-tanda jika seseorang itu alami ketagihan permainan video?

permainan video
Menurut kriteria yang dinyatakan melalui DSM-5, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 5 atau lebih tanda-tanda yang dinyatakan di bawah ini dalam tempoh 1 tahun untuk dikategorikan sebagai mengalami ketagihan.
Antara tanda-tanda ketagihan tersebut ialah:
  • Selalu berfikir berkenaan gaming sepanjang masa
  • Rasa sedih sekiranya anda tidak dapat bermain video game
  • Perlu habiskan banyak masa bersama video game untuk mendapatkan kepuasan
  • Tidak mampu untuk menghentikan permainan tersebut atau mengurangkannya
  • Tidak mahu melakukan perkara-perkara lain yang pernah dinikmati sebelum ini
  • Mempunyai masalah sama ada di sekolah, di rumah atau di tempat kerja disebabkan oleh permainan video tersebut
  • Terus tetap bermain permainan video walaupun sedar mengalami masalah atau gangguan disebabkan oleh permainan video
  • Menipu orang lain berkenaan jumlah masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video
  • Menggunakan video game sebagai medium untuk melegakan emosi dan perasaan
  • Berasa bosan, resah atau sedih jika tidak dapat bermain video game (simptom withdrawal)
  • Bermain permainan video sehingga memutuskan hubungan dengan pasangan, kehilangan pekerjaan, atau pelajaran terjejas dan merudum

Cara untuk mengawal ketagihan game yang dialami

ketagihan game
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami ketagihan ini, atau diri anda sendiri yang mengalaminya, cuba lakukan beberapa tip yang dinyatakan di bawah ini:

Jaga-jaga, ini kesan yang mungkin terjadi kepada kanak-kanak jika alami ketagihan

American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan, pendedahan terhadap keganasan yang ditonjolkan dalam media termasuklah video game boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai tingkah laku yang agresif.
Selain itu, kanak-kanak juga mungkin akan lebih mudah menerima tingkah laku keganasan yang ditonjolkan dalam game dan menganggapnya sebagai satu yang normal.
Oleh sebab itu, ibu bapa atau penjaga amat perlu mengawal dan memerhatikan sebarang game yang dimainkan oleh anak-anak di rumah. 

Ketagihan bergantung kepada sikap seseorang

Ada yang berpendapat bahawa video game lebih memberikan kesan negatif kepada pemainnya. Ini termasuklah menggalakkan keganasan, seksisme, kelucahan dan mengelakkan pergaulan sosial sesama manusia.
Ada juga yang melihat bahawa video game ini mampu menjadi satu medium pembelajaran untuk kanak-kanak, merangsang kreativiti dan membangunkan karakter seseorang.
Kesan negatif yang mempengaruhi seseorang individu tersebut akibat daripada ketagihan video adalah berpunca daripada sikap pemain terhadap game itu sendiri dan juga kehidupannya. 
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber Asal : Hello Doktor

Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah disatukan


Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah disatukan

Dengan sekali lafaz, Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.(3 september 2020)
Anggun menggayakan busana kurung Pahang, Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Emir dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik pada jam 8.58 malam. _ SUMBER
Sumber : BHonline

Telefilem Mania lakonan Wanns Ahmad, Ashiqin Kamal

Telefilem Mania (TV2) | MyInfotaip

Telefilem Mania lakonan Wanns Ahmad, Ashiqin Kamal disiarkan pada Jumaat, 4 September pukul 9:30 malam di TV2.


SINOPSIS MANIA

Kisah Adib, seorang pelajar kolej yang jatuh cinta dengan Erin, seorang janda yang dikenalinya di media sosial. Pada awal pertemuan, Erin agak keberatan untuk meneruskan hubungan kerana jarak perbezaan umur dan darjat keluarga yang berbeza. Namun, Adib tetap bertegas untuk meneruskan hubungan kerana amat mencintai Erin walau apa pun dugaan yang mendatang. Adib bagaimanapun tidak mengetahui hubungannya dengan erin bakal merubah hidupnya secara total. Apakah mania? Siapakah yang mania? Apakah benar bagai dikata cinta mampu mendorong seseorang menjadi gila.

Word 265

Word 265


Kartun Lawak Mengenai Sloth

Kartun lawak ini berkaitan dengan binatang yang dikenali sebagai Sloth, ia merupakan seekor haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan mamalia yang paling perlahan di dunia.Tak ada binatang lain kah yang paling perlahan selain Sloth ini? jawapannya tidak ada, ini kerana Sloth hanya mampu bergerak selaju 20 hingga 25 kilometer per jam.



Kenapa sloth bergerak lambat? mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai hal ini. Jawapannya ialah sloth mempunyai tenanga yang sedikit, cuba bayangkan jika anda tidak makan apa-apa selain saayur sahaja selama seminggu. Tentu sekali anda tidak mempunyai banyak tenaga, begitu juga binatang ini.-sumber

Untuk pengetahuan anda, nama saintifik sloth ialah Choloepus Hoffmanni, haiwan ini boleh didapati di kawasan hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Harap maklumat ini dapat membantu anda memahami haiwan ini, sekali gus memudahkan anda untuk faham mengenai kartun lawak di bawah ini.

Kartun lawak mengenai Sloth dihasilkan oleh seorang artis Japan yang dikenali sebagai Keigo. Idea kartun ini menurut Keigo, dia cuba membayangkan keadaan suasana kehidupan Sloth sekirannya haiwan ini menjalani kehidupan seperti manusia biasa. 

Selain sloth terdapat juga kartun lain seperti Zirafah, buaya dan banyak lagi, lebih 3,000 gambar dimuat naik beliau di instagramnya. Sekirannya anda berminat mengikuti perkembangan kartun ini, sila ikuti Keigo di laman instagram beliau iaitu @k5fuwa.

1. Kartun Lawak Mengenai Sloth "Sampai sihat orang tu, baru dapat air"


2. Kartun Lawak Mengenai Sloth "habis dah permainan baru dapat bagi kad merah"


3. Kartun Lawak Mengenai Sloth "Sampai berjanggut orang tu baru dapat diselamatkan"


4. Kartun Lawak Mengenai Sloth "bertapa lambatnya, sampai habis cerita tu"


5. Kartun Lawak Mengenai Sloth "perasaan tak? pelanggan lain dah pulang dah"


6. Kartun Lawak Mengenai Sloth "terpaksa kucing itu sendiri goyangkan"


7. Kartun Lawak Mengenai Sloth "sampai masak dibuatnya baju tu"

8. Kartun Lawak Mengenai Sloth "sampai tubuh janggut"


9. Kartun Lawak Mengenai Sloth "kasian temannya"


10. Kartun Lawak Mengenai Sloth " sampai ke petang"


11. Kartun Lawak Mengenai Sloth "lelaki ini teman setia sloth"


Kredit : Edisi Viral

Sumber asal : oohsenyum.com

Wadah Terkini