Anak Dan Suami/Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti, Jaga Hubungan Kita!

Anak Dan Suami/Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti, Jaga Hubungan Kita!

Menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh diperlekehkan. Besar tanggungjawabnya menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita, lebih-lebih lagi bila mana ibu dan ayah sudah tiada lagi.

Abang atau kakak sulunglah yang perlu mengambil peranan ini sebaiknya. Ibarat menjadi ketua nahkoda untuk membawa satu pelayaran ke syurga. Penting ni.

Pun begitu ada sebahagian daripada kita selalu mengendahkan hal adik beradik ini. Selalu terlepas pandang dan selalu tidak mahu ambil bahagian. Hanya pentingkan hal sendiri daripada mengambil kisah adik beradik lain.

Ada baiknya dengar perkongsian oleh Ustaz Iqbal Zain ini mengenai adik beradik ini. Banyak benarlah dalam cerita dan hadis yang dikongsikan.

ADIK BERADIK: AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS

Ini adalah peringatan buat adik beradik untuk menjaga hubungan silaturrahim ….

Diceritakan AlHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak.

Kata alHajjaj: “Bawakan wanita itu ke mari.” Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj.
Kata alHajjaj: “Apa yg menyebabkan kamu menangis?”

Jawab wanita itu: “mereka bertiga yang engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorang lagi saudara kandungku dan seorang lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?”

Simpati dengan wanita tersebut, alHajjaj bersetuju untuk memberi kemaafan kepada salah seorang dari mereka bertiga yang lebih disayangi olehnya.

Kata alHajjaj: “pilihlah mana-mana salah seorang dari mereka bertiga untuk diberikan kemaafan.” AlHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.

Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kepada wanita tersebut, siapakah yang akan dipilihnya untuk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung?

Tiba-tiba wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau:

“AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU.”

Terperanjat alHajjaj… dengan segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?

Jawab wanita itu dengan bijaksana: “Adapun suami itu masih ada.” iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dengan mengahwini lelaki yang lain.

Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi.

Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil untuk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku.”

Al-Hajjaj berasa kagum dengan wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga-tiga pesalah.

Pengajaran: Adik beradik kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai adik beradik kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dengan mereka kerana ketiadaan mereka ini tiada GANTI nya lagi.

Kredit: Facebook Ustaz Iqbal Zain

Sumber : Keluarga.my



1 Comments

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

  1. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post