Hampir setiap hari menempuh hampir 80 kilometer perjalanan ulang alik antararumah dan pejabat dengan menunggang motosikal, banyak hal yang bermain dikepala.
Tiada radio atau pemain muzik untuk dimainkan. Selain melayan banyak perkarayang singgah di fikiran, banyak juga yang dicerapnya daripada pemerhatian disepanjang perjalanan.
Perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja itulah, kata pereka bentukindustri, Muhammad Arif Asat, yang banyak mencetuskan ilham kepadanya untukmenghasilkan karya komik di laman Facebook Galeri Sentuhan ArifSan.
“Kita naik motosikal bukannya boleh dengar muzik, jadi banyak masa untukberfikir, banyak benda bermain dalam kepala kita.
“Pada masa itulah ilham paling banyak datang,” kata Arif kepadaMalaysiakini.
Komik Arif menyentuh banyak perkara tetapi subjek yang paling kerapditampilkan lewat karya-karyanya ialah berkenaan ibu bapa dan ikatankekeluargaan.
Malah, di halaman Galeri Sentuhan ArifSan, gambar utamanya memaparkan imejseorang ayah sedang menolak basikal dengan anaknya yang berpakaian sekolah,sedang duduk menggendong di belakang.
“Bila di lampu isyarat, kita berhenti tengok orang, tengok respons mereka -ada yang bawa anak pergi sekolah, kadang-kadang idea boleh terlintas.
“Kadang-kadang saya nampak ada ayah bawa anak kecil naik motosikal. Kadang-kadang kita pergi stesen minyak pun kita nampak (ilham). Perjalanan jauh, jadimacam-macam situasi ada sepanjangnya.
“Dulu saya pernah buat komik pasal baju hujan. Itu semua memang yang sayanampak dari atas motosikal saya,” kata lelaki berusia 39 tahun ini.
Dengan motosikal model GPX Gentleman 200, dia berulang alik antara rumahnya diPuncak Alam dan Shah Alam, tempat dia bekerja di sebuah syarikat elektronik.
Komik di halaman Facebooknya turut mengangkat isu semasa seperti pemansuhanUPSR dan tragedi kapal selam Kri Nanggala 402 dari Indonesia namun berdasarkanpemerhatiannya, komik bertemakan kekeluargaan yang tetap mendapat reaksipaling banyak daripada kira-kira 110,000 pengikutnya.
Ibu bapa dan anak yang berjauhan
Selalunya, komik Arif memaparkan kesunyian ibu bapa di kampung setelah anak-anak mendewasa merantau mencari rezeki serta mendirikan keluarga sendiri. Adajuga komiknya memaparkan suasana keriuhan di kampung apabila anak-anak pulangberaya.
Semuanya dihasilkan bukan menggunakan tablet atau pun tablet lukisan,sebaliknya dengan telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note 10 miliknya.
Dia mula menghasilkan karya secara digital sejak 2012 dan dikongsikan di akaunFacebook peribadinya, sebelum mewujudkan Galeri Sentuhan ArifSan pada Jun 2018untuk berkongsi karya-karyanya secara lebih tersusun.
Melewati komen di sana, ramai pengikut yang menjadikan ruang itu sebagai medanmelepaskan rindu buat ibu bapa di kampung halaman, lebih-lebih lagi ketikaumat Islam memasuki fasa sepuluh malam terakhir sebelum menjelangnya Hari RayaAidilfitri.
Sedangkan, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan.
Ada juga yang berkongsi dan mengimbau kenangan masing-masing bersama ibu bapayang telah pun tiada.
“Kadang-kadang orang simpan di dalam hati, mereka tak kongsi dan luahkan(perasaan rindu) di media sosial mereka. Tapi mereka kongsi guna kartun,"katanya.
Arif berkata pengunjung dan pembaca komiknya semakin meningkat sejak perintahkawalan pergerakan tahun lalu. Malah karya-karya lamanya kembali dikongsimereka.
Dia banyak mendapat mesej daripada pembaca yang meluahkan rasa tersentuhketika menatal komiknya di skrin telefon masing-masing.
Kebanyakannya mengucapkan terima kasih, dan malah ada yang memberitahunyamereka terus menelefon ibu bapa selepas membaca komiknya - sesuatu yangmemberikannya rasa ‘lega’ dalam hati apabila karyanya memberi kesan sebegitukepada pembaca.
“Ada juga mesej dari ibu bapa sendiri. Ada ibu mesej saya, dia cakap, diarindu anak-anak dia. Dia harap anak-anak dia baca (komik saya) dan telefon diasemula,” kongsinya.
Ayah saya dulu kuat ...
Selain daripada pemerhatian dari atas motosikal, Arif berkata dia jugamendapat ilham daripada komen pembaca, berita, serta pengalaman waktu kecilnyaketika pulang ke kampung sebelah ibunya di Bukit Gambir, Muar, Johor.
Sedangkan rumah ibu dan bapanya sendiri terletak di Puchong. Kata Arif, diaakan pulang ke rumah mereka seminggu atau dua minggu sekali dan memastikanakan kerap menghubungi mereka, walaupun rumah mereka tidaklah "dipisahkan"dengan larangan rentas negeri.
Meskipun ada seorang adik yang menemani mereka, kata Arif, dia tetap selaluterfikirkan keadaan mereka dan perasaan itu diluahkan dalam lukisannya.
Tambahan pula, katanya lagi, kesihatan ayahnya kini tidak lagi seperti dahuludan sudah tidak boleh berjalan seperti biasa.
“Kadang-kadang, saya teringat masa kecil, ayah saya cukup kuat. Boleh buatmacam-macam. Sekarang, ayah saya pun dah tak larat nak berjalan."
Dia mengakui sering kali dilanda emosi - teringatkan ibu bapa sendiri - ketikaberkarya.
"Sampai pernah menangis. Biasalah, bila melukis kita akan fikir watak inimacam mana muka dia, dia tengah buat apa, jadi saya terbayangkan benda itukena pada ibu bapa saya. Sebab itu bila dah melukis tu, rasa macam sebakpula," kata anak kedua daripada lima beradik itu sambil ketawa.
Setelah berumah tangga dan menyaksikan anak-anak semakin membesar, diaterlintas betapa karya komiknya itu juga mungkin berlaku ke atas dirinyasendiri pada suatu hari nanti.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri, mereka dikurniakan tiga anak - seorangperempuan berusia 13 tahun, dan dua anak lelaki berusia lapan dan setahun.Anak keduanya mempunyai autisme.
Arif berpegang yang ibu bapa adalah satu keutamaan, tanpa mengira sejauh manaanak itu membina kehidupan dan keluarga sendiri.
Meskipun laman Facebooknya semakin mendapat perhatian, Arif berkata dia belummenjana apa-apa pendapatan daripada populariti komiknya.
Tetapi bermula tahun lalu, dia berjinak-jinak menghasilkan barangan sepertibaju T, kalendar dan sampul raya bermotifkan komiknya, itu pun setelahmendapat permintaan daripada pembaca.
Ditanya apakah dia tidak bercadang mengumpulkan karyanya dalam bentuk buku,kata Arif, memang ramai pengikut yang meminta berbuat demikian.
Cuma dia berdepan kesukaran mendapatkan versi asal karya lama kerana duatelefon pintar lamanya sudah rosak. Komik yang dimuat naik di Facebookmemiliki kualiti gambar lebih rendah dan maka tidak sesuai untuk diterbitkansebagai buku.
Menjelang Aidilfitri tak lama lagi, Arif berkata seperti tahun-tahunsebelumnya, dia sudah menyiapkan karya sempena sambutan itu dan menunggu masayang sesuai untukmenyiarkannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.