Ogos 31, 2021

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 #MalaysiaPrihatin



“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. 
-Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama-

Tarikh keramat 31 Ogos pasti diraikan di seluruh negara sebagai sambutan ulang tahun bermulanya negara beransur bebas daripada cengkaman penjajah. 

Tahun 2021 pastinya melakarkan satu sejarah buat negara apabila kita semua berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19 untuk tahun yang kedua. Pun begitu kita telah buktikan yang kita mampu mendepani wabak ini dengan jayanya kerana sikap perpaduan dan saling bekerjasama di kalangan rakyat Malaysia. 

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-64 buat negaraku Malaysia tercinta. Semoga negara kita segera bebas dari wabak Covid-19

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan
#MalaysiaPrihatin

Ogos 28, 2021

#7samudera #jmbelog

Sudah tujuh samudera ku arungi bersama dengan dirimu
Merangkai hidup dengan suka-duka
Sangat tak bisa ku pahami dan mengerti yang terjadi kini
Kau menjauh dan pergi tinggalkanku
Walaupun harus aku meninggalkan dirimu
Tapi kau masih tersimpan di hatiku
Sangat tak bisa ku pahami dan mengerti yang terjadi kini
Kau menjauh dan pergi tinggalkanku
Namun tak bisa ku ingkari
Ku sangat mengharapkan dirimu
Walau sulit tuk ku pahami
Cintamu sayangmu kepadaku
Hadirmu akan menjadi cerita terindah
Sepanjang hidup dan matiku
Walaupun harus aku meninggalkan dirimu
Tapi kau masih tersimpan di hatiku
Hadirmu akan menjadi cerita terindah
Selama hidup dan matiku
Walaupun harus aku meninggalkan dirimu
Tapi kau masih tersimpan di hatiku
Sudah tujuh samudera ku arungi bersama dengan dirimu


Ogos 24, 2021

#keranacinta #jmbelog



Bukan Ku Bermain Cinta.
Dan Bukan Ku Berpura.
Akhirnya Kita Terpisah Jua.
Suratan Yang Melanda.
Bulan Bintang Matahari.
Dan Api Cinta Ini.
Tetap Bersinar Dan Bercahaya.
Panas Cinta Membara.
Cinta Ku Kepada Mu Semanis Madu.
Bersinar...

#kesetiaan #jmbelog



...lara putus cintaku
Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu
Kesalahan...

#rintihanjiwa #jmbelog

Apakah salahnya diriku...
Hingga sanggup
Kau tinggalkan ku
Setelah ku beri...
Kasihku padamu
Dan telah ku sandarkan
Harapan melangit pada dirimu...
Dengarkanlah
Rintihan jiwa ini...
Yang menjerit
Memanggil oh namamu...
Hanya tuhan yang tahu
Betapa aku cinta padamu
Dan kerananya jua
Kita terpisah...

#adfaita #jmbelog

Adfaita `alal khusnil `aqba
Falwardu tadhawwa `awa a`tanaqa
Hasin ya rabbulana khulqa
Thahirhu falaa nahwa nazaqa

Anda berada dalam posisi kekuatan yang indah
Seperti bunga yang mekar membuka keharumannya
Oh Allah jadikan akhlak kami lebih baik
Lebih suci bersih tanpa sifat ketidakbijaksanaan

Ogos 23, 2021

#seberkassinar #jmbelog



Kala ku seorang diri
Hanya berteman sepi dan angin malam
Kucoba merenungi
Tentang jalan hidupku, ooh

Kulangkahkan kakiku
Dan menyimak sebuah arti kehidupan
Hati selalu bertanya
Adakah kasih suci

#sepenuhhati #jmbelog



Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku Segala-galanya
Pada yang Maha Kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwamu
Dalam ku meniti semua kepastian
Dari bibirmu oh kasih...

#jikakaurasagetarnya #jmbelog



Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya kasihku
Jangan diragu
Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

#kuredhasendiri #jmbelog



Aku bukan aku
Yang kau kenali dulu
Engkau bukan engkau
Yang pernah memukau
Dihadapan kita dua insan berbeza
Yang mencari cari arahnya sendiri
Suara senada, seia sekata
Tiba saatnya bercanggah jua
Kita yang bersifat baru merubah dengan waktu
Kau dan keangkuhanmu
Mencabar kesabaran ku

Ogos 21, 2021

#rajakoranisepyarhogaya #jmbelog



Raja ko rani se pyaar ho gaya
Pehli nazar mein pehla pyaar ho gaya
Dil jigar dono ghayal huye
Teer-e-nazar dil le paar ho gaya

Raja ko rani se pyaar ho gaya
Pehli nazar mein pehla pyaar ho gaya
Dil jigar dono ghayal huye
Teer-e-nazar dil le paar ho gaya


Ogos 20, 2021

#bahteracinta #jmbelog



Beredar sang bumi
Mengitari matahari
Merangkaikan waktu
Tahun-tahun berlalu
Namun cintaku
Takkan pernah berubah
Masa demi masa
Kita berdua
Takkan pernah berpisah
Baur dalam cinta
Berlayar bahtera
Mengharungi samudra
Mencapai tujuan
Nun di pantai harapan

#terdiamsepi #jmbelog



Andaikan waktu bisa kuputar kembali
Ku ingin dirimu tetap ada di sini
Melewati kisah cinta yang kita jalani
Ku tak mampu bila dirimu pergi
Terdiam kutenggelam, meniti sepi malam
Ku sendiri menanggung semua beban kau berikan
Mengalir air mata, membasahi pipi
Kutepiskan semua dengan ikhlas hati

Ogos 17, 2021

#menantikasihdihujunghari #jmbelog




Andainya aku diterima
'Kan kuserahkan jiwaku
Akan kukorbankan apa saja
Walaupun nyawaku jua
Demi cintaku, demi kasihmu
Akan kutunggu sepanjang waktu
Walau seribu tahun lamanya
Dugaan ini mencengkam jiwa

#lelaki #warkahseoranganak #jmbelog

#lelaki #warkahseoranganak #jmbelog




Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Lirik penuh : 

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang Maha Esa
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang Maha Esa

#kitaditakdirkanjatuhcinta #jmbelog

#kitaditakdirkanjatuhcinta #jmbelog



Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba tiba kita jatuh cinta
Ini semua sudah suratan ilahi
Dan kita harus hadapi kenyataan

Ogos 15, 2021

#qadkafaniilmurabbi #jmbelog




QAD KAFANI 'ILMU RABBI

Cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku,
Daripada permintaan dan usahaku,
Doa serta permohonanku,
Sebagai bukti kefakiranku...

Oleh kerana rasa itu aku berdoa,
Pada saat aku senang dan susah,
Aku adalah hamba, menjadi kebangganku,
dalam kefakiran dan keperluanku...

Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku,
Kau Maha Tahu akan keadaanku,
dan apa yang berada dalam hatiku,
dari kesedihan dan kesibukanku...

Maka tolonglah aku dengan kelembutan,
dari Mu wahai Tuhan seluruh hamba,
Wahai Tuhan yang maha Pemurah tolonglah hamba,
sebelum lenyap kesabaran hamba...

Wahai Pemberi pertolongan dengan segera,
berilah kami dengan segera pertolonganMu,
yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan,
dengan apa-apa yang kami harapkan semua...

Wahai Yang Maha Dekat, dan Menjawab,
wahai Yang Maha Mengetahui dan Mendengar,
aku mengaku akan kelemahanku,
dan ketaatan serta kesedihanku...

Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMu,
wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku,
pada lembah kurnia-Mu aku berada,
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana...

Aku sentiasa mempunyai prasangka baik,
ia adalah teman dan kawanku,
juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku,
sepanjang malam dan siangku...

Wahai Tuhanku dalam jiwa ini terdapat hajat,
tunaikanlah wahai yang Maha Menunaikan,
tetenteramkanlah rahsia dan hatiku,
dari kebimbangan dan pergolakannya...

Sungguh aku berada dalam ketenteraman dan ketenangan
dan juga ketenteraman dan ketenangan menjadi pakaianku...



Ogos 09, 2021

#tanparela #jmbelog



Sayang tak pernah ku duga
Keegoanmu mematikan rasa
Cinta yang ku puja
Terhapus dimamah dusta
Teganya kau mengakhiri
Dan memilih dia

#disaatsendiri #jmbelog


https://vt.tiktok.com/ZGJDV8faB/


Kucoba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu
Rindu aku sangat rindu kamu
Terasa saja kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

#akubukanjodohnya #jmbelog




Aku titipkan dia
Lanjutkan perjuanganku 'tuknya
Bahagiakan dia, kau sayangi dia
Seperti ku menyayanginya
Dan 'kan kuikhlaskan dia
Tak pantas ku bersanding...

Ogos 04, 2021

#YaHabibiYaMuhammadYaArusalKhofiqoini #jmbelog




Yâ habîbî yâ Muhammad, yâ ‘arûsal-khôfiqoini
Wahai kekasihku, wahai Muhammad, wahai pengantin tanah timur dan barat (sedunia)

Yâ mu-ayyad yâ mumajjad, yâ imâmal qiblataini

Wahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu), wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.

#namamukinijadisebutan #jmbelog

#namamukinijadisebutan #jmbelog


Kau warnakan duniaku
Dengan pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
Dengan benang sutera
Cintamu hingga aku
Terus terlena keasyikan
Dalam khayalan mimpi
Yang belum aku pasti
Kini kuharap kau kembali
Menerangi duniaku yang sepi
Hatiku sunyi

#kausahabatkauteman #jmbelog

#kausahabatkauteman #jmbelog



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa
Telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Ogos 03, 2021

TIADA maaf bagimu

"TIADA maaf bagimu."

Ayat itu begitu ringkas dan padat. Namun, sudah cukup untuk mencengkam sanubari bagi sesiapa yang menantikan balasan kata-kata pemberian maaf selepas membuat permohonan ampun tersebut.

Andai kata, ayat tersebut yang terdetik dalam hati, pastinya golongan berkenaan terlupa bahawa tiada manusia di dunia yang tidak berbuat kesalahan. Sudah tentu ada kekhilafan di mana-mana.

Benar, bukan mudah sebenarnya untuk memaafkan seseorang. Ia tidak semudah mengungkapkannya hanya pada bibir. Namun, perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam.

Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi ALLAH turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita. Bahkan, ALLAH juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain. Justeru, apakah kelebihan apabila kita belajar memaafkan? Kenapa sifat itu begitu dipandang mulia di sisi Islam?

Tuntutan Islam

Membutirkan lanjut tentang topik itu, Sinar Islam mewawancara pendakwah Ustaz Fauzi Mustafa.



USTAZ FAUZI

Ujar Ustaz Fauzi, memaafkan kesalahan orang lain adalah dituntut dalam agama Islam. Islam adalah agama perdamaian dan kemaafan.

Beliau turut mengajak kita mengingati kembali kisah Nabi Yusuf AS yang mana baginda telah dibuang ke dalam sebuah telaga buta ketika masih kecil. Perbuatan itu dilakukan oleh adik-beradiknya akibat rasa cemburu mereka terhadap baginda AS.

"Apabila Nabi Yusuf sudah menjadi orang yang berkuasa di Mesir, baginda AS tidak berdendam. Malah, baginda memaafkan adik-beradiknya.

"Benar, memaafkan kesalahan orang lain merupakan sifat orang mulia. Dalam al-Quran pun disebut banyak kali supaya kita memaafkan orang lain," katanya ketika dihubungi Sinar Islam baru-baru ini.

Firman ALLAH SWT: "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil." (Surah al-A'raf, ayat 199)

Dalam pada itu, jelas Ustaz Fauzi, agak mustahil untuk kita melupakan suatu perkara apatah lagi jika ia pahit untuk dikenang.

"Itu memang fitrah manusia. Ingatlah bahawa melupakan itu bukan kerja kita. Itu adalah kerja ALLAH SWT. ALLAH tidak menyuruh kita melupakan, tetapi memaafkan.

"Nabi Muhammad SAW sendiri pun masih ingat lagi apa yang Abu Jahal dan musuh-musuh Islam lain lakukan terhadap baginda. Bahkan, apabila kita melupakannya, kita boleh terjebak kembali ke 'lubang' yang sama," jelas beliau.

Sifat ALLAH, para anbiya

Ustaz Fauzi meneruskan perkongsian ilmunya. Kali ini, beliau menyentuh tentang kehebatan dan kemuliaan orang yang memaafkan kesalahan orang lain.



APABILA bertaubat, jangan lupa memohon maaf kepada individu yang telah kita sakiti hatinya supaya segala kekhilafan kita diampunkan oleh ALLAH SWT.

Agamawan itu menjelaskan, ALLAH SWT akan mengampunkan kesalahan orang yang memaafkan orang lain.

"Semua sifat ALLAH, kita boleh tiru kecuali satu sahaja iaitu takabbur (membesarkan dirinya). Ingatlah bahawa kita tidak boleh membesarkan diri kita.

"Namun, apabila ia melibatkan sifat ALLAH yang lain seperti ar-Rahman (pengasih), ar-Rahim (penyayang), al-Adlu (adil) dan al-'Afuwwu (pemaaf), kita boleh lakukan. Ia merupakan satu perbuatan mulia apabila kita meniru sifat-sifat ALLAH itu. Apabila kita memaafkan orang, ALLAH akan mengampunkan dosa kita. Malah, kita akan dekat dengan keampunan-NYA," ujar beliau.

Tambahan pula, tidak akan hilang maruah, jadi hina atau jatuh harga diri seandainya kita memaafkan orang lain. Justeru, maafkanlah orang dan jangan berdendam, ujar beliau.

"Sifat memaafkan telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah. Baginda telah memaafkan penduduk Makkah yang pernah menghalau baginda sebelum ini.

"Peristiwa itu menggambarkan bahawa dalam Islam, sifat memaafkan orang lain telah ditunjukkan oleh para anbiya terdahulu. Apabila para nabi buat, itu adalah perintah ALLAH SWT," jelasnya lagi.

Ujar beliau, betapa hebatnya ungkapan kemaafan itu kerana ALLAH akan meninggikan darjat orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Tambahnya lagi, perbuatan itu juga adalah sifat para rasul, nabi dan wali-wali ALLAH yang berjiwa hebat!

Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim)

Kepada satu soalan, Ustaz Fauzi menjelaskan: "Orang yang mulia suka memaafkan orang lain. Dia bukan orang biasa-biasa. Sebab itulah andai kata, ada orang berbuat salah dengan kita dan dia tidak meminta maaf serta kita juga tidak memaafkannya, nanti di akhirat kelak, orang yang berbuat salah dengan kita akan mencari kita semula.

"Kemudian, dia kena 'bayar' segala kesalahannya kepada kita. Bayaran kesalahan itu adalah dengan pahala. Jika pahalanya habis, tetapi dosanya ada lagi, maka akan diambil dosa daripada orang yang dia pernah berbuat salah dulu, lantas dimasukkan ke dalam 'akaun' dia. Maka, itulah orang yang rugi," jelas beliau.

Tanda orang bertakwa

Bagi memperincikan lebih lanjut, Sinar Islam mendapatkan pandangan pendakwah Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid tentang tuntutan memaafkan kesalahan orang lain.



USTAZ BAKHTIAR FITRI

Ujar agamawan itu, ketahuilah bahawa memaafkan orang lain adalah antara tanda-tanda orang bertakwa sepertimana yang disebutkan dalam ayat 133-134, Surah Ali 'Imran.

"Takwa itu merupakan antara sifat tertinggi bagi orang-orang yang beriman. Untuk memperoleh tahap takwa, perlu memaafkan kesalahan orang lain.

"Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, baginda menceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, antara orang-orang yang diutamakan memasuki syurga ALLAH tanpa dihisab atau diringankan hisab adalah orang-orang yang memaafkan orang lain atau reda dengan orang lain walaupun dia disakiti atau dizalimi individu berkenaan," kata beliau.

Sekalipun individu berkenaan tidak menzalimi atau berbuat kesalahan dengan kita, nasihat Ustaz Bakhtiar Fitri, mohon maaflah kepada orang tersebut. Beliau turut memetik kata-kata penuh keinsafan daripada Abdullah Ibnu Abbas bahawa: "Kamu akan berjaya di atas titian sirat kerana ALLAH memaafkan kita."

ALLAH mengampunkan hamba-NYA kerana kesalahan kita kepada manusia lain telah pun dimaafkan, terang beliau.

"Syarat taubat ada empat iaitu menyesal dengan kesalahan, berazam tidak mengulangi kesilapan tersebut, terus membuat kebaikan dan jika melibatkan kesalahan kepada manusia, mohon maaflah kepada orang berkenaan.

"Andai kata kita tidak memaafkan orang, kita akan menyebabkan orang itu tersangkut di atas titian sirat. Contohnya, kalaulah seorang anak tidak reda kepada ayahnya kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa seperti mengajar anaknya solat dan lain-lain, ayah berkenaan juga tidak dapat melepasi titian sirat berkenaan selagi tidak mendapat kemaafan anak. Jadi, perlunya ibu bapa untuk memohon kemaafan daripada anak masing-masing," ungkap beliau.

Meskipun individu yang dianiayai berhak mendoakan yang tidak elok kepada si pelaku, kata Ustaz Bakhtiar Fitri, sebaiknya maafkanlah orang berkenaan.

"Contohilah sikap pemaaf Rasulullah SAW tatkala beliau dibaling dengan batu hingga berdarah badan baginda. Walaupun baginda ditawarkan oleh Malaikat Jibril untuk membalas perbuatan penduduk Taif berkenaan, namun baginda menolaknya. Malah, baginda memaafkan individu berkenaan.

"Dunia kita pada hari ini sangat menuntut orang yang boleh memaafkan kesalahan orang lain, bertolak-ansur dan berlapang dada dengan kelemahan orang. Itulah antara kesempurnaan apabila kita bahagia. Mudah-mudahan dengan sebab kita memaafkan orang akan menyebabkan orang memaafkan kita," jelas beliau.

'Mohon ALLAH bukakan pintu hati orang untuk maafkan kita'

Seandainya permohonan maaf yang dipinta daripada individu berkenaan tidak diterima, kita disarankan untuk meminta pertolongan orang tengah dalam usaha menyelesaikan perkara tersebut.

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor, sebolehnya individu tersebut mestilah dalam kalangan orang yang disegani untuk menasihati mereka yang enggan memaafkan kesalahan kita sebelum ini.



WAN SALIM

"Orang tengah berkenaan handaklah mengingatkannya tentang ganjaran pahala lumayan bagi sesiapa yang memaafkan kesalahan orang terhadapnya, malah kesalahannya sendiri akan diampunkan oleh ALLAH SWT kerana kesudiannya memaafkan orang," jelasnya kepada Sinar Islam.

Dalam perihal meminta maaf itu, agamawan itu berkata, ia terpulang kepada seseorang untuk memilih tatacara permohonan kemaafan menurut situasi yang difikirkan terbaik.

"Contohnya, dengan sering menyampaikan salam, mengucapkan selamat hari jadi, memberi hadiah-hadiah tertentu, membelanja makan dan sebagainya.

"Untuk membuat permohonan maaf, dianjurkan pilih keadaan dan waktu yang sesuai serta munasabah seperti sempena sambutan hari raya, hari lahir dan sebagainya," ujar beliau.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir berkata, seandainya kita sudah berusaha sedaya mungkin untuk memohon maaf, tetapi tidak berhasil memohon kemaafan daripada individu tersebut, maka berdoalah kepada ALLAH memohon agar dibukakan pintu hatinya.



MOHAMMAD NIDZAM

"Mudah-mudahan individu berkenaan terbuka hatinya untuk memaafkan kesalahan kita. "Bagaimanapun, jika kita melakukan kesalahan kepada orang yang sudah sekian lama tidak berhubung serta bersua dengannya setelah pelbagai usaha dilakukan, berdoalah semoga ALLAH mengampuni dosa kita," ujar beliau.

Sumber