SEGMEN | GIVEAWAY RAYA BERSAMA SHIDA REDZUAN BLOG #jmbelog




GIVEAWAY RAYA BERSAMA SHIDA REDZUAN BLOG

Agak lama tidak bergiveaway. Tidak sabar rasanya menanti RAMADAN yang akan tidak ini. Dapat bersahur dan berbuka Bersama keluarga itu saat paling dinantikan.

Syawal dapat berkumpul bergembira bersama keluarga. Inilah masa nak berkumpul ramai-ramaikan.

Tag : Kak Mia TWJ

DOA SELEPAS SOLAT DAN MAKSUDNYA

DOA SELEPAS SOLAT DAN MAKSUDNYA

A’uzu billahi minashaitanir rajim bismillahir rahmanir rahim, hamdan yuwafi ni’amahu wa yukafi u mazidah.

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam, dengan pujian yang sesuai dengan nikmat-nikmat-Nya dan memadai dengan pernambahan-Nya.

Ya rabbana lakal hamdu kama yanbaghi lijalali wajhikal karimi wa’adzimi sulthanika

Wahai Tuhan kami, Hanya bagi Mu segala puji, sebagaimana pujian itu patut terhadap keagungan dan kemuliaan-Mu serta keluhuran kerajaan-Mu.

Selawat Keatas Nabi


Allahumma salli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad

Ya Allah limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada junjunga kita Nabi Muhammad beserta keluarganya.

Untuk Kenikmatan Dunia & Akhirat

Allahumma inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’afiyatan fil jasadi, waziyadatan fil ilmi, wabarokatan fir rizki, watawbatan qablal mawt, warahmatan indal maut, wamaghfiratan ba’dal maut. Allahumma hawwin ‘alayna fi sakaratil maut, wa najata minannari, wa afwa indal hisab

Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon keselamatan agama, kesihatan jasmani, bertambahnya ilmu dan berkat rezeki, dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, dan memperolehi keampunan setelah mati. Ya Allah, mudahkanlah kami ketika sakaratul maut. Jauhkanlah kami dari azab nerakaMu dan memperolehi ampunan ketika kami dihisab.


Allahumma inni ala zikrika wa shukrika wa husni ibadatika

Ya Allah, tolonglah kami untuk selalu mengigat-Mu dan mensyukuri rahmat dan nikmat-Mu, dan perbaikilah amal ibadah kami kepada-Mu.

Rabbana zalamna anfusina wa il lam taghfir lana wa tarhamna lana kunan minal-khasiriin

Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.

Rabbana la tu’aakhidznaa in nasiinaa au akhtha’naa

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.


Rabbana la tuzigh quluubana ba’da idh hadaytana wa hab lana milladunka rahmah, innaka antal Wahhab

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Penutup Doa Selepas Solat


Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar, Allahummaghfir lanaa dzunuubanaa wa kaffir ‘annaa sayyi’aatina wa tawaffanaa ma’al-abraar

Ya Tuhan kami, Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. Ya Allah, ampunilah dosa kami dan tutupilah segala kesalahan kami, dan semoga jika kami mati nanti bersama-sama dengan orang-orang yang baik-baik.

Subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun wa salamun alal mursalina walhamdu lillaahi rabbil-‘aalamiin

Mahasuci Tuhan-Mu, Tuhan Yang Maha Perkasa dari sifat yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera bagi para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.

Doa Tambahan (Boleh Amalkan Juga)

Rabbana wala tahmil ‘alaina isran kama hamaltahu ‘alal lazina min qablina

Wahai Tuhan kami Janganlah Engkau bebani kami beban yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.

Rabanna wala tuhammilna ma la taqata lana bih(i), wa’fu ‘anna, wagfir lana, warhamna, anta maulana fansurna ‘alal qaumil kafirin

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir – (Surah Al-Baqarah: 286).


Rabbij’alni muqimas-salati wamin dzuriyyati, rabbana wataqabbal du’aa

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku”. (Surah Ibrahim: 40)


Rabbana hab lana min azwajina wa’zuriyyatina qurrata a’yunin waj’alna lilmuttaqina imama

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan kam sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin (imam) ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqaan: 74)


Wa adkhilnal-jannata- ma’al-abraar, yaa ‘aziizu yaa ghaffaaru yaa rabbal-‘aalamiin

Masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang berbuat baik, Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Pengampun dan Tuhan yang menguasai seluru alam.

 https://www.portalmalaysia.com/doa-selepas-solat/

Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

Solat itu wajib ke atas umat Islam yang sudah mencapai usia baligh. Amalan seorang hamba yang pertama kali dihisab di hari kiamat nanti adalah solat.

Solat adalah hubungan manusia dengan Rabb, sang maha pencipta. Ia sebagai satu tanda syukur di atas segala nikmat dunia yang kita nikmati termasuk nikmat tubuh badan, nikmat kesihatan, udara yang disedut, kejayaan diraih dan lain lagi.

Sering kali di rakaat akhir, kita lihat seseorang sujud lebih lama membaca doa sementara sebahagian lagi sudah duduk di antara dua sujud.

Agak-agak kenapa kita disuruh sujud lama semasa rakaat akhir? Baca perkongsian ini dan kenapa kita digalakkan membacanya untuk memperoleh saham akhirat kelak.

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

#1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

#2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

#3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

https://www.google.com/amp/s/www.remaja.my/ruginya-kalau-di-akhir-sujud-kita-tak-baca-3-doa-ini-manfaatnya-besar/amp/

Tidurlah Kekasihku – Yollanda & Imam

Tidurlah Kekasihku – Yollanda & Imam

Tidurlah sebab rindu butuh rehat jua
Rasa sayang yang ku tulis dengan tetes air mata
Pastilah untukmu sayang

Biarlah ku nikmati kesepian ini
Memeluk bayang-bayangmu di dalam wadah yang semu
Untuk melepaskan rindu


Jarak yang memisahkan kita
Semoga gelap tiada
Dan ku beri fajar untukmu
Tidurlah kekasihku


Mata siapa yang bisa terpejamkan
Bila kekasihnya jauh dari pandangan


Dengar lah sayangku tiada perlu begitu
Sebab rasa hatiku sama jua denganmu


Mari sama satukan helaan nafas kita
Mari pejamkan mata hingga pagi menyapa


Jangan pernah di paksa untuk mencipta kata
Sebab nyanyian rindu tak mungkin selamanya


Tidurlah kekasihku…
Tidurlah kekasihku…


Biarlah ku nikmati kesepian ini
Memeluk bayang-bayangmu di dalam wadah yang semu
Untuk melepaskan rindu


Jarak yang memisahkan kita
Semoga gelap tiada
Dan ku beri fajar untukmu
Tidurlah kekasihku


Mata siapa yang bisa terpejamkan
Bila kekasihnya jauh dari pandangan


Dengar lah sayangku tiada perlu begitu
Sebab rasa hatiku sama jua denganmu


Mari sama satukan helaan nafas kita
Mari pejamkan mata hingga pagi menyapa


Jangan pernah di paksa untuk mencipta kata
Sebab nyanyian rindu tak mungkin selamanya

Tidurlah kekasihku…
Tidurlah kekasihku...



BACAAN TAHAYAT AWAL DAN AKHIR DALAM RUMI DAN MAKNANYA

BACAAN TAHAYAT AWAL DAN AKHIR DALAM RUMI DAN MAKNANYA

Tahayat Awal

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.

Asyhadu allaa ilaaha illallaah,

Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.

Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad

wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad


Makna Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tahayat Akhir

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.

Asyahadu alla illaha illallah.

Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.

Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.


Makna Tahayat Akhir:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

https://akuislam.com/blog/ibadah/bacaan-dalam-solat/



DOA QUNUT DALAM RUMI DAN MAKNANYA

DOA QUNUT DALAM RUMI DAN MAKNANYA


Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

https://akuislam.com/blog/ibadah/bacaan-dalam-solat/

Lafaz yang tersimpan

Lafaz yang tersimpan

Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

WORD 314

WORD 314

Ya ALLAH...  Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya. Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak-anaknya Soleh & solehah. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang & riba. Mudahkanlah segala urusannya. Kabulkanlah cita-cita dan harapannya. Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar, dijauhi dari bala, musibah,  dikurnia rakan2 yg terbaik serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.
Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu tanpa hisab, Aamiin.. 
أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.

WORD 313

WORD 313

BISMILLAHIRRAMANIRRAHIM

جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هُوَ أَهْلُهُ

Jazallahu anna sayyidana muhammadan shallallahu a’laihi wa sallam ma huwa ahluh

Artinya: “Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam atas jasa-jasa beliau kepada kita dengan balasan yang pantas beliau terima.”

Rasulullah ﷺ bersabda:” Siapa saja yang membaca selawat ini, maka 70 malaikat akan "letih" untuk mencatat pahalanya sampai 1000 hari.

JIKA SEDANG SAKIT RESAH SEDIH RISAU BIMBANG BACALAH

JIKA SEDANG SAKIT RESAH SEDIH RISAU BIMBANG BACALAH


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ 


Hasbunallah Wani'mal Wakil Ni'mal Mawla Wani'man Nasir 


“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”


ketia mengalami kesulitan maka jangan lupa untuk mengucapkan Hasbunallah Wani'mal Wakil Ni'mal Mawla Wani'man Nasir, Insya Allah segala urusanmu akan dipermudah oleh Allah SWT.


Yakinlah apabila Allah SWT mengilhamkan kita untuk berdoa, sudah tentu Dia akan menerima segala hajat dan permintaan kita.


Kita berdoa dengan penuh iman dan percaya diri, lalu kita serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Pasrahkan semua masalah yang kita hadapi kepada Allah sepenuhnya, Allah pasti hadir dan berkata, "Tenanglah, Aku hadir untuk mengambil alih semua masalahmu!."

Wadah Terkini