Hospital Thailand Lumpuh, Indonesia Perluas Larangan Pulang Ke Kampung





Berita 1 Mei 2021.
Hospital Thailand lumpuh.
203 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.
.
Indonesia Perluas Larangan Pulang ke Kampung pada peringkat daerah sempena Aidilfitri 1442.
.
.

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

#covid19

SINOPSIS TELEFILEM NASIYA

SINOPSIS TELEFILEM NASIYA

Peluang kedua untuk hidup membawanya jauh terpesong. Demi lari dari kesengsaraan hidup masa lalu, Ihyana kini bersekutu dangan sesuatu dan membawa ajaran baru.

Telefilem Nasiya disiarkan pada 1 Mei ini, Sabtu pukul 9 malam di Astro Citra.

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati

Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecil, Danish yang sebelum ini dibencinya.

Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba mengelak bertentang mata dengan Affan.

Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan. Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri.

Drama adaptasi novel 'Sabarlah Duhai Hati' karya Mimie Afinie, mengisi slot Akasia TV3. Menemukan gandingan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading, arahan Mohd Fazli Yahya. Bersiaran setiap hari mulai 28 April 2021 pukul 7 malam di TV3 atau tonton di aplikasi iQIYI atau www.iQ.com

Mati tak kenal tempat.

Berbuka puasa selera sungguh dgn famili. Otw balik, tetiba kereta jadi slow.

Isteri tanya tanpa toleh pada suami, "kenapa slow berhenti tepi ni .. kat tmpat gelap ni, ada langgar apa apa ke?"

Bila toleh nak dptkan jawapan...
.
Suami dah cungap cungap. Dada berombak kuat.

Dan kemudian diam. Dipanggil tidak disahut.

Isteri tak tahu nak buat apa. Line telefon pun kejap ada kejap takde. Anak anak kecil resah.

Nasib baik ada seorang lelaki lalu bermotorsikal. Pelajar IPT.

Dia bantu bawa kereta sbb si isteri tidak tahu memandu.

Motor tinggal tepi jalan.

Lelaki tu tahu si suami dah tiada.

"Kak tolong tunjuk jalan ke hospital terdekat, saya tak tahu jalan sini..sy bkn orang sini”

Nasib baik si isteri tahu. 

Sampai hospital, pengesahan dibuat. Innalillah. Si suami telah hembuskan nafas akhir dlm kereta.

.
 
Ini kisah benar tuan tuan. Cerita baharu. Tak viral.
.
Mati tak kenal tempat. Bila dah sampai waktu, selesai makan kari kambing di buffet ramadan pun boleh dijemput Illahi.
.
Sedia dgn tidak sahaja menerima. Baik buat yg ditinggalkan dan diri yg meninggalkan.

#muhasabahdirisendiri
#nasihatdirisendiri 
#ramadhan2021 
#Ramadan1442

Amal 5 Doa Ini, Rezeki Tidak Akan Putus-putus

Amal 5 Doa Ini, Rezeki Tidak Akan Putus-putus

1. Doa Agar Rezeki Lancar

Alloohumma yaa ghoniyyu yaa mughnii aghninii ginan abadan wa yaa ‘aziizu yaa mu’izzu a’izzani bi-i’zaazin ‘izzatia qudrotika, wa yaa muyassirol umuuri yassir lii umuurod dun-yaa waddiini yaa khoiro man yurjaa yaa allooh.

"Ya Allah, Dzat Yang Mahakaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Mahamulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan kemuliaan kekuasaan-Mu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, ya Allah.”

2. Doa Agar Rezeki Bertambah

Alloohumma zidnaa wa laa tanqushnaa wa akrimnaa wa laa tuuhinaa wa a’athinaa wa laa tahrimnaa wa aatsirnaa wa laa  ‘alainaa wa ardhinaa wardhoo ‘annaa.

“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”

3. Doa Agar Diberi Rezeki Halal

Alloohumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

4. Doa Agar Diberi Rezeki yang Berkah

Alloohumma ashlihli lii diinii wa wassi’lii daarii wa baarik lii fii rizqii.

“Ya Allah perbaikilah agamaku (yang menjadi pokok urusanku) lapangkanlah tempat tinggalku, dan berikanlah keberkahan pada rezekiku.”

5. Doa Agar Mendapat Rezeki yang Tak Disangka-sangka

Robbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin.

“Wahai Tuhan kami, turunkahlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang haru turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkau pemberi rezeki yang paling utama.”

Sumber : Hijabista

Allahumma inni asaluka al-'afiyah - Doa pendek yang bermanfaat.

أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً
Allahumma inni asaluka al-'afiyah

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: "Ya Rasulullah, ajarkanlah doa," katanya.
Nabi (ﷺ) berkata: "Wahai bapa saudara saya, bacalah :

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة
Allahumma inni asaluka al-'afiyah 
(Ya Allah, aku meminta kepada kamu 'afiyah).


'Afiyah bermaksud :

Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa.
Untuk menjadi sihat,kita berada dalam 'afiyah.
Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah.
Untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah.
Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam 'afiyah.

Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.
Jadi, pada asasnya 'Afiyah bermaksud: 

"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan."
Ini termasuk didunia dan akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali selepas beberapa hari dan berkata:

"Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang besar."

Nabi (ﷺ) berkata: 

"Bapa saudara ku yang dikasihi, memohon kepada Allah untuk 'Afiyah, anda tidak boleh diberi apa-apa lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah doa yang mudah."

Yang benar bermakna apa yang anda katakan ketika berdoa.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk selamat daripada sebarang kesusahan,kesedihan,bahaya dan jangan menguji saya dan lain-lain."

Semua ini termasuk dalam "Allahumma inni asaluka al-'afiyah"
(Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Wadah Terkini