Pages

Pengakuan

April 29, 2021

Mati tak kenal tempat.

Berbuka puasa selera sungguh dgn famili. Otw balik, tetiba kereta jadi slow.

Isteri tanya tanpa toleh pada suami, "kenapa slow berhenti tepi ni .. kat tmpat gelap ni, ada langgar apa apa ke?"

Bila toleh nak dptkan jawapan...
.
Suami dah cungap cungap. Dada berombak kuat.

Dan kemudian diam. Dipanggil tidak disahut.

Isteri tak tahu nak buat apa. Line telefon pun kejap ada kejap takde. Anak anak kecil resah.

Nasib baik ada seorang lelaki lalu bermotorsikal. Pelajar IPT.

Dia bantu bawa kereta sbb si isteri tidak tahu memandu.

Motor tinggal tepi jalan.

Lelaki tu tahu si suami dah tiada.

"Kak tolong tunjuk jalan ke hospital terdekat, saya tak tahu jalan sini..sy bkn orang sini”

Nasib baik si isteri tahu. 

Sampai hospital, pengesahan dibuat. Innalillah. Si suami telah hembuskan nafas akhir dlm kereta.

.
 
Ini kisah benar tuan tuan. Cerita baharu. Tak viral.
.
Mati tak kenal tempat. Bila dah sampai waktu, selesai makan kari kambing di buffet ramadan pun boleh dijemput Illahi.
.
Sedia dgn tidak sahaja menerima. Baik buat yg ditinggalkan dan diri yg meninggalkan.

#muhasabahdirisendiri
#nasihatdirisendiri 
#ramadhan2021 
#Ramadan1442

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!