Pages

Julai 13, 2022

Kita ni hidup untuk menunggu mati.

Kita ni hidup untuk menunggu mati.

Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.

Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.

Begitulah kita.

Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah bekalkan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.

Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Seperti budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis

Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan mengatakan Allah tak adil.

Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah 

Muhasabah.

Kredit: Dr.Amirul Amin

Sumber 




0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!