Sebelum kita menutup mata dan merehatkan badan setelah seharian melakukan pelbagai kerja dan aktiviti, disarankan kita bermuhasabah diri dan memaafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada kesalahan dengan kita. Mengapa?

Antara adab - adab tidur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah memaafkan semua orang sebelum tidur.

Tidur adalah waktu rehat bagi manusia. Tidur juga adalah ' mati' yang sementara. Sebelum kita menutup mata dan merehatkan badan setelah seharian melakukan pelbagai kerja dan aktiviti, disarankan kita bermuhasabah diri dan memaafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada kesalahan dengan kita. Mengapa?

Kerana hari esoknya belum tentu lagi kita masih hidup, maka biarlah kita pergi tanpa ada sangkut-paut dengan sesiapa. Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah yakni contoh terbaik buat seluruh umat. Sifat pemaaf dan kasih sayang baginda amat tinggi, sehingga membuatkan orang kafir jatuh cinta dengan Islam hanya disebabkan akhlak baginda yang mulia.

Begitulah tingginya sifat pemaaf Rasulullah s.a.w. Terbukti juga dengan sifat pemaaf baginda tatkala umat Islam berjaya menawan semula kota Makkah dari tangan Arab Quraisy, ramai yang memeluk Islam termasuk pemimpin mereka, Abu Sufyan.

Sifat maaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang di langit ( para malaikat )." ( Riwayat Thabrani )

Apatah lagi bagi seorang da'ie yang ingin mengajak manusia kepada Islam. Seperti kata Hassan al-Banna, " Dakwah kita membawa manusia mengenal Allah, dan katakanlah kepada mereka, Kami sayangkan kamu dan ingin sama-sama menuju Allah."

Apabila kita maafkan semua orang, hati kita menjadi tenang dan apabila mata celik esok harinya, segala masalah sesama manusia telah pun terhapus.

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.

1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128 Surah At-Taubah
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah At-Taubah
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

INN SHA ALLAH




NAK LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT SEPERTI KANSER,KENCING MANIS,DARAH TINGGI,STROK DAN BANYAK LAGI PENYAKIT BERBAHAYA?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
آمين آمين آمين يارب العالمين 🤲
*اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدﷺ*

NAK LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT SEPERTI KANSER,KENCING MANIS,DARAH TINGGI,STROK DAN BANYAK LAGI PENYAKIT BERBAHAYA?

Jom amalkan doa ni. Lagi satu pemakanan pun perlu dijaga juga.

Dibaca 3x (Selepas Subuh dan selepas Asar) :
 
اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَدَنِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ سَمْعِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَصَرِيْ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ
  
Maksudnya:-
“Ya Allah! Selamatkan tubuhku (dari penyakit yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkan pendengaranku (dari penyakit, dari maksiat, atau dari apa-apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkan penglihatanku (dari penyakit, dari maksiat, atau dari apa-apa yang tidak aku inginkan). Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) kecuali Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufurandankefakiran. Dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur. Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi dengan benar) kecuali Engkau.”
 
~ Hr. Al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad no. 701, Abu Dawud no. 5090

Alhamdulillah 



SELAWAT HADIAH ISTIMEWA BUAT UMAT ISLAM

Sabda Rasulullah SAW, 

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, niscaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.” (HR. An Nasa’i)

Mari perbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW terutamanya pada bulan maulid.



Wadah Terkini